Thursday, August 30, 2012

Peneroka Ditipu, Berhutang 800 Unit Saham Kepada FELDA?

Peneroka yang berhutang dengan bank untuk membeli 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) tidak perlu lagi membayar kepada bank mulai bulan depan apabila hutang mereka itu diambil alih Felda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata peruntukan RM360 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membiayai pembelian unit saham itu semalam akan digunakan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat oleh peneroka, kepada 10 konsortium bank.

"Jadi, daripada bayar kepada bank yang ada faedah lima peratus setahun, peneroka akan bayar kepada Felda tanpa faedah dalam tempoh lima tahun iaitu kira-kira RM50 sebulan," katanya kepada pemberita selepas menutup Kem Anak Muda Generasi Felda (Kemuda) dan Kursus Induksi Permuafakatan Siswa/Siswi Felda (Persada) 2012 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang hari ini.

Najib semalam mengumumkan Felda memperuntuk RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka bagi meringankan beban mereka dalam pemilikan saham itu.

Ahmad berkata peralihan itu akan dilakukan secara automatik dan pembayaran balik kepada Felda boleh dilakukan dengan potongan pendapatan, di mana ia bakal memberi keuntungan lebih kepada peneroka apabila mereka tidak dikenakan sebarang faedah ke atas pinjaman itu.

Beliau berkata dengan itu, pihak peneroka juga dapat melakukan urusniaga saham mereka pada bila-bila masa tanpa sebarang syarat, dan ia juga dapat mengelakkan 'jualan paksa' di mana jika mereka berhutang dan masih belum melunaskan bayaran penuh kepada bank selepas enam bulan, mereka perlu menjual saham itu, sekaligus merugikan sekiranya harga saham pada masa itu rendah.

Kita tak bagi (pinjaman ini) sebelum ini sebab kita tak jangka berapa keuntungan yang kita dapat. Tapi akhirnya kita dapat RM10 bilion, RM6 bilion untuk Felda dan RM4 bilion untuk FGV, jadi kita ada dana lebihan untuk kita bantu lagi peneroka," katanya.

Sementara itu Ahmad turut menafikan tuduhan pihak pembangkang bahawa pemilikan peneroka terhadap saham FGV terlalu sedikit, malah Felda dan peneroka adalah pemegang utama saham itu 39.5 peratus.

Beliau berkata 17 peratus saham itu adalah milik Felda, dan 22.5 peratus lagi milik peneroka iaitu 2.5 peratus daripada pemilikan 800 unit saham dan 20 peratus tabung amanah.

Saham itu juga turut dimiliki syarikat atau organisasi tempatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 7 peratus, Tabung Haji 7 peratus dan kerajaan Sabah serta Pahang masing-masing 5 peratus, sekaligus menafikan dakwaan bahawa saham itu banyak dimiliki oleh syarikat asing, katanya. -mk

21 comments:
Write comments
  1. RM360 juta yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membiayai pembelian unit saham itu semalam akan digunakan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat oleh peneroka.

    Baguslah kalau begitu, Peneroka yang berhutang dengan bank untuk membeli 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd tidak perlu lagi membayar kepada bank mulai bulan depan kerana hutang mereka itu diambil alih Felda.

    ReplyDelete
  2. Felda tak bagi pinjaman sebelum ini sebab kita tidak terjangka berapa keuntungan yang boleh didapati. Tapi akhirnya Felda dapat RM10 bilion, RM6 bilion untuk Felda dan RM4 bilion untuk FGV, jadi ada dana lebihan untuk kita bantu lagi peneroka.

    Ini sememangnya berita baik untuk para peneroka Felda.

    ReplyDelete
  3. org felda berhutang dgn felda......cam mana tu...dulu tak ada hutang ne dah hutang pula...tuan rumah berhutang dgn tuan rumah.....apa pun yg terbaikkkkkkk.........

    ReplyDelete
  4. Saya masih ingat dulu time UMNO mula memerintah Sabah Amanah Saham Saham dilancarkan. Kerajaan menyuruh kakitangan kerajaan dan anak syarikat kerajaan melabur kerana kononnya saham itu dijamin oleh kerajaan. Jadi pegawai2 kerajaan pun berhutang dengan bank untuk membeli saham. Bila harga saham merudum masing-masing menteri Sabah tuding menuding jari dan rakyat terpaksa juga membayar hutang bank. Mana-mana yang tak dapat bayar hutang bank pihak bank jual saham itu atau kena saman. "Jasa-jasa" BN dan UMNO menyusahkan rakyat yang saya tak dapat lupakan. Kalau saham di negeri-negeri lain dibeli semula oleh pihak kerajaan di Sabah pula kerajaan Sabah biarkan rakyat menderita!

    ReplyDelete
  5. Kenapa baru sekarang Felda mahu membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka?

    ReplyDelete
  6. felda pinjam felda...kartun betul lah...kahkahkah

    ReplyDelete
  7. ABIS TU..MACAMANA DGN PEGANGAN SAHAM DARI PKNK?? BANYAK TUH. HUHU

    ReplyDelete
  8. Kerajaan patut membantu para peneroka menyelesaikan masalah

    ReplyDelete
  9. Harap2 ada cara terbaik untuk tolong mereka

    ReplyDelete
  10. Semoga peneroka Felda mendapat apa yang sepatutnya menjadi milik mereka.

    ReplyDelete
  11. Kalau suatu hari nanti ada orang beli saham-saham dalam FELDA mcam mana?

    ReplyDelete
  12. Kes ini harus mendapat perhatian dari pihak berkuasa. Jangan biarkan mereka yang bersalah terlepas begitu sahaja.

    ReplyDelete
  13. Harap kes ini diselesaikan dengan segera dan peneroka mendapat manfaat yang setimpal.

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya itu gimik politik yg UMNO cpta utk kelabuasapkan mata peneroka dan rakyat 1Malaysia. Saya selalu keluar masuk kawasan felda. Cerita realiti dbawah tak sama dgn citer yg UMNO sajikan.

    ReplyDelete
  15. bantulah peneroka felda.

    ReplyDelete
  16. Peneroka seolah2 dtipu utk 'melabur' dlm pasaran saham. Pasaran tu confirm ada risiko. Risiko pula ialah kejatuhan nilai saham .Org dah tak main saham sekarang nih. Pasaran saham US dan UK dah merudum last 3 year...jatuhnya Lehman Broth., Bank of Scotland dan mcm2 nama yg gah lagi dpersada dunia, kita pula minta pakcik2 felda tu melabur. Pasaran saham oleh bank2 tempatan kita pula brgantung terus dgn pasaran saham milik Yahudi dunia. kalau mereka kata jatuh, jatuh le kata kita kpd pelabur(peneroka). Paksi mara pasaran saham kita adalah Pasaran Saham New York.

    ReplyDelete
  17. pembangkang tidak ada idea ni, sebab itu dia bantah idea ni.. kalau bukan sebab felda, lagi ramai belia2 Sabah menganggur..

    ReplyDelete
  18. Bukan pambangkang takde idea tapi kaedah utk selamatkan peneroka dr tertipu oleh permainan kotor UMNO/BN. Bengap punya oranggg..

    ReplyDelete
  19. Akhir Zaman....semua dah tak bolih percaya....banyak penipuan dan pembohongan.

    ReplyDelete
  20. ada orang sanggup buang beribu berjuta wang untuk org lain disebabkan niat ada baik dan sebaliknya. hanya Allah yng mengetahuinya... spt dalam cerita madu tiga P.Ramle..'baguskan pa tuan itu menolong kita' bagus..bagus ada niat tu...'!

    ReplyDelete
  21. Anonymous said...
    September 4, 2012 5:18 PM

    kalau peneroka tertipu, tidak ada para peneroka hari ini yang pakai dua tiga biji kereta, siap dengan rumah dua tingkat.. jalan2 masuk felda supaya otak tu tidak bengap akibat suka sangat dengar cerita pembangkang..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.