Thursday, November 8, 2012

Minit Mesyuarat Sahkan MIC Sokong Bina Kondo


Minit mesyuarat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 29 November 2007 mengesahkan, projek kondominium bersebelahan Batu Caves turut disokong oleh ahli majlis dari MIC.

Antara ahli MPS yang menyokong cadangan pembinaan kondo itu adalah timbalan Menteri Luar, Datuk A Kohilan Pillay yang menjadi ahli majlis dari Gerakan antara 1997 hingga 2007.

Turut menyokong adalah tiga wakil MIC dalam MPS iaitu Rajakupal Sinarthamby, Jayakumaran Govindasamy dan Rajadran Muniandy, lapor muka depan akhbar harian The Sun hari ini.

MIC dan Gerakan baru-baru ini menyalahkan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat kononnya mereka yang meluluskan pembinaan itu.

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu 26 Oktober lepas memimpin tunjuk perasaan membantah pembinaannya dengan alasan akan merosak alam sekitar Batu Caves yang menjadi kuil hindu itu.

Minit mesyuarat yang diperolehi oleh The Sun itu mengesahkan bahawa permohonan untuk pembinaannya turut disertakan dengan pelan lengkap layout dan bangunannya.

Minit itu juga mengesahkan, kebenaran telah diberikan kepada pembinaan 18 unit rumah kedai tiga tingkat dan dua bangunan menara, satu 25 tingkat dan satu lagi 29 tingkat.

18 comments:
Write comments
  1. samy vellu n gang buat demonstrasi dekat batu caves apa hal? itu ular ada 2 kepala di kedua2 hujung badannya n UMNgOk bertindak sbg raja ular...

    ReplyDelete
  2. Berak di tengah jalan kemudian tuduh orang!

    ReplyDelete
  3. Bagus juga kalau disiasat kes ini. Sekurangnya kita tahu akan kebenaran.

    ReplyDelete
  4. Kalau setakat cakap sini sana masih tidak ada kepastian lagi. Jadi kita lihat keputusan siasatan siapa yang meluluskan sebenarnya akan perkara ini.

    ReplyDelete
  5. Pakatan Rakyat Parti Gabungan
    DAP, PAS, PKR di Bawah Naungan
    Punya Pemimpin yang hebat sakan
    DAP ada Tokong yg tiada saingan
    PKR ada Anugerah Tuhan
    PAS pula setaraf nabi diakhir zaman

    Hebat-hebat pemimpin pakatan
    yang mana satu bakal diberi jawatan
    kalau daki dn dengki penuh dibadan
    jangan mengharap mandat dn sokongan

    rakyat dah meluat tahap cipan
    tak tahan menunggu pembubaran dewan
    kami rakyat hendak menghumban
    kesemua pemimpin di atas kedalam lautan
    biar berkubur tanpa nisan
    baru sejahtera rakyat sekelian

    ReplyDelete
  6. Nuwar... Nuwar... rentikanlah pembohongan serta auta kamu tu. Kalau setakat lulus dalam Pengajian Melayu dengan Kelas Tiga, tak payahlah nak cakap pasal ekonomi. Kamu memang terer bercakap tapi kami tak heran pun. Sebab pejual ubat kaki lima, Mr. Bean & Mat Sapu bini orang yang tak ada kelulusan akademik pun petah bercakap

    ReplyDelete
  7. Aku ingat kalau nak dapat pahala buta DSN dan DSR lagi dapat pahala banyak sebab pak2 lebai Pas pun sama2 sebar fitnah kerana percaya sangat dengan pakar auta. Si pakar auta tu memang elok sangat lah kalau bersara..kalau gagah dok jual temberang pesen lama tu orang dah tak boleh terima lagi dah penyokong tak bertambah, pusing pi pusing mai cuma tinggal 2 orang yang kat atas tu aja dok buat ramai. Nik ajis pun dah lama bersara kira2 sehari selepas DRM bersara..yang si pakar auta tu bila lagi.? nak tunggu budak2 londeh sampai telanjang bulat.? tapi sejahat-jahat firaun, hamman macam kat atas tu lagi jahat sebab jadi batu api dan kuat mengampu..yang tu firaun tak insaf sampai ke sudah tu..!

    ReplyDelete
  8. Aku rasa PAS yang berlagak pandai dalam semuo hal...... Contoh: Mahfuz berlagak pakar ekonomi tapi sekolah pun takat SRP jer

    ReplyDelete
  9. Dulu Pas Menjadi Ikutan
    Parti Terkuat Dalam Pakatan
    Tapi Kini Tinggal Kenangan
    Semenjak Ditunggang Anugerah Tuhan

    ReplyDelete
  10. Bodoh punya pencacai umgok. Kita barcakkap pasal MIC yg luluskan bina kondo dekat dgn kuil Murugan dia orang tu tapi tuduh kerajaan PKR Sel yg buat. Itu tajuk asal,jgn cuba brdalih atau lari tajuk seolah2 kamurang tu sekongkol dgn MIC. Heii deyy..BN nask mamposs la suda. Tajuk PAS,PR,DAP ,LBGT atau bagai2 lagi tu ndak ngam la disini,bah. Jgn jadi jurcakkap MIC atau hindu ,bah.

    **888

    ReplyDelete
  11. selesaikan hal ini dgn jalan terbaik.

    ReplyDelete
  12. Bagus jugak YB hanya setakat SRP asalkan pandai jaga hak2 rakyat yg dwakili JGN pula yg ada ijazah tapi tak pandai jaga hak2 rakyat mcm YB UMNO tu...Dah la tak pandai jaga hak rakyat tapi pandai menipu rakyat..

    ReplyDelete
  13. Jgn risau,PM dah batalkan projek ni dlm ucapan beliau sempena Deepavali tapi masalahnya bukan mau batalkan sekarang. Tunggu kalu Bn menang di Selangor dulu. Heyy..yennadey,jgn auta sama kita semua yg lebih auta dr kamu le Najib.

    YELE'LA

    ReplyDelete
  14. Fir'aun dgn Hammam tu dah trmaktub dlm Qur'an yg Allah turunkan bahwa dua makhluk memang pnghuni neraka jahannam dan mampus cara hina dgn ditelan bumi...alih2 pencacai UMNO kata Anwar dan Nik aziz pulak yg lebih teruk dr Fir'aun dan Hammam. Aduh duh...suda pinda ayat al qur'an.
    Ruj ONANYMOUS Nov 8.2012:4.03 pm di atas.

    **888

    ReplyDelete
  15. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kawasan Batu Caves akan dipertahan daripada sebarang kerosakan atau ancaman yang boleh menjejaskannya.

    ReplyDelete
  16. Beliau berkata jika Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, ia akan membatalkan cadangan projek pembangunan kondominium 29 tingkat di kawasan itu selain mencadangkan supaya Batu Caves diisytihar sebagai tapak warisan dunia.

    ReplyDelete
  17. Projek kondominium yang dirancang dibina berhampiran bukit batu kapur itu mendapat tentangan pelbagai pihak kerana dilihat akan menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya.

    Mengulas lanjut, Najib berkata cadangan menjadikan Batu Caves sebagai tapak warisan dunia perlu dibawa ke Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) selepas tempoh Malaysia menjadi anggota Suruhanjaya Warisan Dunia tamat pada 2015.

    ReplyDelete
  18. "Kita tidak boleh buat permohonan buat masa ini kerana boleh berlaku 'conflict of interest' (konflik kepentingan). Tempoh kita akan berakhir pada 2015, dan pada masa itu kita akan mengemukakan (permohonan) secara rasmi supaya kompleks Batu Caves diisytihar Unesco sebagai tapak warisan dunia," katanya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.