Sunday, March 17, 2013

Bekas penerbit rancangan Ikim.fm umum sertai PAS

Bekas penyampai dan penerbit rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.fm), Ustaz Zamri Zainal Abidin mengisytiharkan menyertai PAS pada majlis ceramah sempena Xpresi Ulama Muda Haraki di Maahad Ehya Asy Syarif di sini, malam tadi.

Petang semalam, seramai enam Imam Muda telah mengumumkan menyertai PAS iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim (IM Ar Razi).

Penyertaan mereka diumumkan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali.

“Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama,” ulas satu kenyataan semalam berhubung penyertaan Ustaz Zamri itu.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib merasmikan majlis penutup Xpresi Ulama Muda Haraki pada petang semalam.

Ketika berucap pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 ulama muda haraki dari seluruh Negara itu semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, umat Islam seharusnya memberi kemenangan kepada Islam di dalam PRU13 untuk merealisasikan pelaksanaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama berkata, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen. -HD

25 comments:
Write comments
  1. Sseorg yg benar2 faham apa itu siasah sar'iyah dan apa khendak Islam...mereka akan cnderung dgn parti PAS

    ReplyDelete
  2. yang nak islam sebenar, mereka akan masuk Pas. yang nak RM akan masuk umeno

    ReplyDelete
  3. Allah akan bersama - sama dgn Umatnya yg Ikhlas memperjuanghkan Islam....marilah kita genarasi muda malaysia mengubah pemerintahan ini yg dah jauh tersasar dri ajaran Agama kita yg suci.

    ReplyDelete
  4. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Mohd Johari Baharom menyifatkan pemimpin Pas Kedah munafik kerana mengaku 12 buah masjid yang dibina oleh kerajaan persekutuan, dibina oleh kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  5. Beliau mendakwa sejak mengambil alih pentadbiran negeri Kedah selepas pilihan raya umum ke-12 pada 2008, kerajaan negeri pimpinan Pas itu tidak membina walau sebuah masjid atau surau di negeri ini.

    ReplyDelete
  6. Katanya kerajaan negeri lepas tangan berikutan kerajaan persekutuan mengambil tanggungjawab melaksana 818 projek pembinaan, membaik pulih dan menaik taraf masjid, surau serta rumah-rumah ibadat kaum lain di seluruh Kedah dengan kos lebih RM74 juta sejak 2008.

    ReplyDelete
  7. “Kerajaan Pas Kedah lebih galak menebang balak dan melicinkan hutan-hutan manakala pembangunan syiar Islam diabaikan…kerajaan persekutuan membelanjakan lebih RM30 juta setahun (untuk memberi insentif kepada guru-guru agama dan pegawai-pegawai masjid),” katanya

    ReplyDelete
  8. Beliau mengulas buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ yang diterbitkan kerajaan negeri Kedah yang antara lain mengaku telah membina 12 buah masjid di seluruh negeri sejak 2008.

    ReplyDelete
  9. Mohd Johari mahu rakyat membuat penilaian seadil-adilnya dan menyokong Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13 akan datang kerana terbukti pakatan pembangkang tidak mampu mentadbir dan gagal memberi perkhidmatan terbaik.

    ReplyDelete
  10. Kelemahan pengurusan kerajaan negeri Kelantan pimpinan Pas sewajarnya menyedarkan rakyat untuk memilih parti yang lebih berupaya menyempurnakan tanggungjawab, memberi perkhidmatan dan pembelaan kepada semua pihak.

    ReplyDelete
  11. Zawawi Othman berkata, rakyat telah menyaksikan sendiri kegagalan dan permasalahan yang menyebabkan negeri ini gagal maju setanding dengan negeri-negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) walaupun telah diberi peluang selama 22 tahun.

    Katanya, ini termasuk isu bekalan air dan kemudahan infrastruktur yang tidak dapat disediakan kerajaan Pas Kelantan dan terpaksa mengharap belas ihsan Kerajaan Pusat.


    ReplyDelete
  12. "Pembangunan syiar Islam dengan pembinaan masjid, pendidikan fardu ain dan al-Quran, penyediaan guru jawi dan al-Quran, pembangunan fizikal sekolah, penyediaan rangkaian jalan Persekutuan, negeri dan kampung sejak sekian lama dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.

    "Pas hanya lebih mementingkan slogan dan menggunakan agama untuk mendapatkan simpati rakyat. Malah, ada tindakan yang membebankan termasuk meminta sumbangan rakyat bagi pelaksanaan sesuatu projek dengan menggunakan amalan bersedekah sebagai 'jambatan' bagi tujuan tersebut," katanya.



    ReplyDelete
  13. Zawawi berkata, sebagai sebuah kerajaan yang sudah lama mentadbir negeri ini dan mendakwa kaya dengan hasil bumi, pendekatan yang menyusahkan rakyat tidak wajar dilaksanakan.

    Dalam masa sama katanya, Kerajaan Pusat yang sebelum ini bukan pilihan majoriti rakyat Kelantan terus menyalurkan sumbangan dalam usaha memastikan kebajikan keseluruhan rakyat negeri ini terus mendapat pembelaan.


    ReplyDelete
  14. "Rakyat seharusnya bangkit mempersoalkan apakah sumbangan kerajaan Pas Kelantan kepada rakyat secara keseluruhannya? Apakah keadaan jalan raya yang semakin banyak rosak akibat aktiviti pengangkutan bijih besi yang masih kabur manfaat dan keuntungannya kepada rakyat setempat itu adalah limpahan pembangunan," tanya beliau.

    Mengulas lanjut kata Zawawi, pihaknya yakin pilihan raya akan datang bakal berpihak kepada BN berikutan kebangkitan rakyat termasuk keterbukaan beribu-ribu bekas penyokong Pas yang tampil secara berterusan menyertai perjuangan UMNO sejak kebelakangan ini.



    ReplyDelete
  15. BARISAN NASIONAL ADALAH MASA DEPAN CERAH UNTUK MALAYSIA!

    ReplyDelete
  16. setiap orang ada pilihan mereka sendiri untuk menyertai parti mana.

    ReplyDelete
  17. Pergolakan dalam pakatan pembangkang Perak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 terus memuncak selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah tindakan Pas yang didakwa 'melanggar syarat' ketika mengumumkan calonnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Pengerusi PKR negeri, Muhamad Nur Manuty menegaskan, tindakan Pas mengumumkan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di kerusi itu belum muktamad kerana Pas perlu menyerahkan kerusi lain sebagai ganti.

    ReplyDelete
  20. "Memang kita tidak bersetuju kerana Pas belum memberikan kerusi lain sebagai ganti. Dahulu, memang ada dengar Pas mahu beri kerusi DUN Belanja kepada PKR, tetapi sehingga kini tidak dengar apa-apa," katanya

    ReplyDelete
  21. apa pun, tidak kira BN atau PR pasti akan berusaha untuk menang.

    ReplyDelete
  22. its his choice to choose whichever party to join.

    ReplyDelete
  23. Why make a fuss for such a small matter like this

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.