Tuesday, March 19, 2013

Reban Ayam : Datuk Ghafir Mahu Saman Utusan

Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid mahu memfail saman ke atas Utusan Malaysia berikutan kenyataannya diputar belit akhbar kawalan Umno itu.

Ghafir menegaskan, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkan mereka tiada misi jelas sehingga perlu ‘duduk di bawah rumah orang dan reban ayam’.

Beliau sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur diputar belit akhbar itu.

“Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.

“Saya menyentuh kegagalan perisikan. Utusan dah spin kenyataan saya. Saya akan saman mereka,” kata Ghafir dipetik Malaysiakini.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan, Ghafir memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas di Sabah.

Kenyataan beliau diputar dan dilaporkan sebagai: pasukan keselamatan ‘hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam’ dan seolah-olah mendakwa pelaksanaan Ops Daulat gagal.

Beliau dilapor membuat kesimpulan bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh tentera membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana. -KD

24 comments:
Write comments
  1. Utusan ni memang entah apa-apa.

    ReplyDelete
  2. Jadikan perkara ini sebagai iktibar supaya tak buat statement sembarangan.

    ReplyDelete
  3. Pandai-pandailah pembaca menilai perkara ini. Jangan politikkan kejadian di Lahad Datu. Anggota keselamatan kita bertarung nyawa di sana.

    ReplyDelete
  4. Biasa le akhbar suara syaitan utk parti syaitan yg dikenali. Dulu pun sama jugak..dai t/ramah Datin Seri W.azizah isu tudohan liwat DS Anwar dgn brtanya adakah Datin Seri percaya tudohn itu. Jawapan permulaan.."Saya percaya...." terus masuk TV 3 suku dan UTUSEEX isteri Anwar pun percaya yg anwar kaki liwt. Ayat panjang dr jawapan Datin seri ialah..."Sebagai isteri,SAYA PERCAYA suami saya seorang yg baik perangai dan tidak akan melakukan perkara spt tudohn itu". Dah lidah syaitan,nak buat guano.

    ReplyDelete
  5. Syabas Jendral, tolong saman Utusex ni sampai bengkrap.. Hidup hanya tahu memfitnah orang.

    ReplyDelete
  6. The four new projects under E&E 2.0 are development of balance systems for solar photovoltaics (PV); growing the embedded systems industry; enabling electric vehicle component manufacturing; and supporting regional rail MRO.

    ReplyDelete

  7. Under the Business Services NKEA, global consulting firm Frost & Sullivan has set up its Global Innovation Centre for Excellence in Iskandar Malaysia. Other foreign firms, namely AIG, Chartis and AIA, have also expanded their shared services centres in Malaysia. “These developments are expected to help the outsourcing segment surpass its targets for export revenue by 117% and jobs created by 113%,” the report said.

    ReplyDelete
  8. For the Communications Content and Infrastructure NKEA, the government received a RM1 billion revenue contribution from the creative content field, achieved through higher sales of film, television, animation and handicraft.

    ReplyDelete

  9. The Education NKEA, meanwhile, saw three new EPPs formed to address market demand. These comprise EPP 14: Building a Games Development Cluster; EPP 15: Establishing Branch Campuses for Foreign Universities; and EPP 16: Establishing Not-for profit Education Institutions.

    ReplyDelete
  10. Under EPP 15, Heriot-Watt University (HWU) established its second international branch campus in Putrajaya last year. While work on HWU’s 20,000 sq m campus is ongoing, the university first commenced operations with an MBA programme in September at a temporary site in Putrajaya.

    ReplyDelete
  11. In 2012, the Agriculture NKEA surpassed its KPI targets and achieved several significant milestones. A total of 107 anchor companies have received approval to participate under this NKEA, with committed private investments of up to RM8.9 billion to generate RM13 billion in GNI and total of 55,936 jobs by the end of each project’s completion date.

    ReplyDelete
  12. Most notable was the appointment of Lobster Aqua Technologies Sdn Bhd, a subsidiary of US-based Darden Aquasciences, as an anchor company. Lobster Aqua Technologies will develop the world’s first integrated lobster aquaculture park in Sabah under EPP 4: Integrated Cage Farming, bringing in investment of about RM2.03 billion.

    ReplyDelete
  13. The last NKEA, Healthcare, saw a number of significant developments, especially in the development of local pharmaceuticals for export. In September 2012, the Seniors’ Living (Aged Care) lab transformed the sector into a recognised part of the healthcare industry which will see a development for senior citizens in the high and middle income brackets.

    ReplyDelete
  14. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Umno BN agar tidak mengheret beliau dalam isu di Lahad Datu, Sabah.

    ReplyDelete
  15. Malah kata Anwar, sesiapa saja yang memfitnah dengan membabitkan namanya dalam isu pencerobohan tentera ‘Sultan Sulu’, di Lahad Datu akan berdepan tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  16. “Saya akan saman Utusan (Malaysia) sekali lagi minggu depan kerana cuba memfitnah dengan mengheret saya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu,” katanya ketika berucap di hadapan hampir 5000 hadirin di tapak parkir, Pasar Tenggiri, Seberang Jaya semalam.

    ReplyDelete
  17. Beliau juga mempertikaikan bagaimana pencerobohan perairan negara boleh bolos hingga memberi ruang kepada musuh mengancam keselamatan negara.

    ReplyDelete
  18. “Ini membuktikan betapa lemahnya pertahanan serta kepimpinan negara hingga pencerobohan yang menggugat keselamatan negara boleh berlaku sejak tiga minggu yang lalu.

    ReplyDelete
  19. “Sebagai rakyat Malaysia, saya tetap mahu kedaulatan negara serta bumi Malaysia dipertahankan,” ujarnya serius.

    ReplyDelete
  20. Anwar juga menyelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana tidak memberi peluang kepadanya menjawab segala tuduhan membabitkan pencerobohan Lahad Datu.

    ReplyDelete
  21. Ia juga mencabar Najib supaya tidak menjadi pengecut dengan berselindung di sebalik media arus perdana.

    ReplyDelete
  22. Tanpa memberi ruang yang sama kepadanya untuk membalas kritikan.

    ReplyDelete
  23. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Lt.Jeneral(B)Datuk Abdul Ghafir Abd Hamid dan pimpinan PR Pulau Pinang

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.