Sunday, March 17, 2013

Video sex baru fitnah p'raya Umno

Gambar daripada video seks yang disebarkan oleh blog pro-Umno hanya "fitnah pilihan raya", kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

anwar allegationsKetika ditanya hari ini, Anwar menafikan tuduhan menjadi pelaku dalam gambar itu.

"Ini fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya," katanya ketika ditemui pemberita ketika sedang meninggalkan sebuah majlis di Bandar Utama, Selangor.

Sejak dua hari lalu, gambar menunjukkan hubungan intim dua lelaki dalam sebuah bilik itu menjadi modal baru penulis blog anti-Anwar.

Beberapa keping gambar yang disiarkan itu menunjukkan aksi intimdua lelaki sedang berpelukan dan bercumbuan.

Gambar seorang daripadanya turut dipaparkan dalam keadaan bertelanjang bulat. _MK

46 comments:
Write comments
  1. Kah kah kah..UMngok,Umngok!! Takde kerja lainn.

    ReplyDelete
  2. Kalau difikirkan secara lojik, adakah Anwar masih tergamak melakukan perkara yang dilaknati Allah sedangkan sudah beberapa kali dia dituduh melakukan perkara yg sumbang macam ini. Sedangkan kita manusia biasa pun dapat menilai bahawa perkara itu sumbang, apa lagi Allah Yang Maha Kuasa.Jika benar itu Anwar, Allah juga yang akan menghukumnya. Sebagai manusia biasa, janganlah kita suka menghakimi orang lain. Jika kita guna jari telunjuk menunjukkan kepada orang lain, lima jari lagi menunjuk ke arah diri kita sendiri. Oleh itu, jangan suka menghakimi orang lain sedangkan diri sendiripun berdosa.

    ReplyDelete
  3. ya allah ya tuhan kami turunkan lah bala kepada pembuat fitnah ini kalau pembuat nya adalah orang islam sendiri

    ReplyDelete
  4. bukan saiful bukhari ka itu? dia kan gay...

    ReplyDelete
  5. Apa saja keburukan yang berlaku dalam dalam PKR atau pakatan biasanya bukan didedahkan oleh UMNO. Ia didedahkan oleh orang di dalam pakatan sendiri sama ada yang masih kekal bersama mereka atau yang sudah keluar. Tak ada sebab dan masa untuk orang UMNO membuat intipan ke tahap ini.

    ReplyDelete
  6. Pendedahan ini adalah agenda kelompok tertentu yang mungkin rasa tidak puas hati dan ugutan telah mendarah daging dalam diri mereka. Ada antaranya yang sudah bersedia dengan sesuatu rakaman dan sampai masanya ia menjadi senjata ugutan yang cukup ampuh sama ada untuk kedudukan wang atau jawatan.

    ReplyDelete
  7. Janji meletakkan Anwar sebagai PM di kalangan pakatan juga sudah dibaca kerana pada DAP segala salah laku Anwar telah berada dalam gengaman Karpal. Anwar boleh dikawal mengikut kehendak mereka dengan mudah.

    ReplyDelete
  8. Tapi meletakkan segala kesalahan jijik pada UMNO sebenarnya adalah kesilapan Anwar dan pengikutnya. Lama kelamaan orang yang mendengar akan bosan dan mempertikaikan semula kebenarannya. Masa boleh mungubah keadaan. Dalam keadaan tenang orang akan mempertikaikan cara Anwar. Silent majoriti adalah ramai. Mereka ini tidak menjerit atau membuat bising melalui blog-blog. Tetapi mereka memerhati dan sekarang ada yang membuat keputusan menolak pembangkang walaupun dalam masa yang sama masih rapat dengan rakan-rakan dalam pakatan.

    ReplyDelete
  9. Sama ada sedar atau tidak, isu skandal seks Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berusia 15 tahun. Bermula pada 1997 apabila terdapat tuduhan yang dibuat oleh Karpal Singh dalam Parlimen, diikuti pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri (1998), reformasi dan kes Liwat Azizan (1998-2003), Liwat II (2009-2012), video klip lelaki menyerupai beliau mengadakan hubungan seks.

    ReplyDelete
  10. Dan sekarang muncul satu lagi skandal beliau atau lelaki menyerupai beliau mengadakan hubungan songsang dengan seorang pemuda “triple A”. Sebenarnya orang ramai sudah letih, bosan dan penat dengan skandal yang mengelilingi Anwar bin Ibrahim ini.

    ReplyDelete
  11. Barisan Nasional dalam keadaan kuat dan bersedia memenangi pilihan raya ini dengan majoriti 2/3 biar pun Pakatan mungkin masih menguasai satu atau dua negeri. Justeru kemunculan gambar dan video terbaru ini tidak memberi sebarang keuntungan politik kepada Barisan Nasional dan UMNO.

    ReplyDelete
  12. Sebaliknya, memahami psikologi orang Melayu dan Asia keseluruhan, penyebaran video-video memalukan ini pada saat-saat menjelang pilihan raya mungkin memberi undi simpati kepada Pakatan dan Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  13. Ini pernah terjadi dalam pilihan raya 1999 apabila terdapat gerak kerja UMNO yang terlalu memburukkan Anwar akhirnya memberi undi simpati kepada pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  14. Justeru ia menimbulkan tanda tanya sama ada gambar-gambar sensasi terbaru ini disebarkan oleh Barisan Nasional atau oleh Anwar sendiri.

    ReplyDelete
  15. Perilaku dan peribadi Anwar tidak lagi penting kerana apa yang dipaparkan dan disiarkan sebelum ini sama ada di Mahkamah, di dalam media massa mahu pun ruang siber sudah cukup untuk membantu rakyat membuat keputusan sama ada mahu terus menyokong Anwar atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  16. Dengan kata lain mereka yang mengambil kira moral dan perlakuan luar tabie Anwar sudah membuat keputusan untuk menolak Pakatan.

    ReplyDelete
  17. Manakala mereka yang mahu terus bergantung kepada Anwar akan terus mempertahankan Anwar sehingga ke tahap video hanyalah besi yang tidak boleh menjadi saksi. Jadi adalah tidak mustahil untuk menyatakan kemungkinan gambar perlakuan seks (dan mungkin video selepas ini) yang baru ini disebarkan oleh pasukan Anwar sendiri menjelang pilihan raya Umum.

    ReplyDelete
  18. Pasukan Anwar menyedari bahawa terdapat perubahan besar sikap rakyat terhadap Barisan Nasional sejak enam bulan yang lalu apabila pelbagai program mesra rakyat, penerangan isu semasa dan akhir sekali kesungguhan kerajaan menyelesaikan isu Lahad Datu mendapat impak yang positif.

    ReplyDelete
  19. Pakatan dalam keadaan terdesak apabila beberapa kenyataan pemimpin mereka terhadap insiden Lahad Datu telah menimbulkan kemarahan rakyat.

    ReplyDelete
  20. Untuk mengalih isu sikap kurang ajar pemimpin pakatan terhadap pasukan keselamatan, dengan tiba-tiba sahaja isu skandal seks Anwar kembali hidup. Pasukan Anwar sendiri yang menghidupkannya apabila menggunakan Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari Azlan (yang mengaku beliau diliwat Anwar), untuk memburukkan anaknya sendiri.

    ReplyDelete
  21. Sungguhpun isu ini kembali menjadi perhatian rakyat namun ia tidak sebesar tumpuan rakyat kepada isu kebobrokan perangai dan perkataan Tian Chua dan beberapa lagi pemimpin Pakatan terhadap insiden Lahad Datu. Pakatan perlukan satu isu sensasi besar untuk mengubah perhatian rakyat daripada isu Lahad Datu. Dalam keadaan tersebut tiba-tiba sahaja muncul satu lagi gambar sensasi mmebabitkan individu yang menyerupai Anwar.

    ReplyDelete
  22. Adalah tidak mustahil gambar ini disebarkan oleh kumpulan Anwar sendiri bagi mengalih isu dan menagih simpati. Malah tidak menghairankan jika dalam sedikit masa lagi akan muncul individu yang menyerupai Anwar Ibrahim mengakui bahawa beliaulah lelaki dalam gambar dan video tersebut. Anwar bukanlah begitu bodoh. Tidak mustahil dalam tempoh setahun yang lalu beliau telah membayar seseorang untuk membuat pembedahan plastik membentuk semula wajah seiras dengan beliau.

    ReplyDelete
  23. Malahan dengan membesarkan isu ini, mungkinkah Anwar mencipta jalan dan skrip untuk mengadakan sumpah laknat selepas Parlimen dibubarkan. Sumpah laknat tidak akan menunjukkan kesan dalam masa yang singkat. Malahan menurut para ulama ia mungkin mengambil masa bertahun sebelum nampak jelas kesannya. Jika Anwar memilih untuk bersumpah selepas Parlimen dibubarkan ia sekadar untuk mengelirukan rakyat.

    ReplyDelete
  24. Kita perlu ingat Anwar telah diminta bersumpah sejak beberapa tahun lalu tapi beliau enggan melakukan. Jika beliau melakukan selepas pembubaran Parlimen itu bermakna beliau berbuat untuk kepentingan politik bukannya untuk kebenaran.

    ReplyDelete
  25. Pilihan raya adalah soal memilih parti yang mampu membentuk kerajaan yang baik dan stabil untuk masa depan rakyat dan negara ini. Barisan Nasional telah terbukti berjaya mentadbir negara ini dengan baik. Daripada sebuah negara yang miskin, bekas tanah jajahan beberapa penjajah, dihurungi ancaman komunis, pergaduhan antara kaum dan ekstremis agama, Barisan Nasional menukar lanskap perpecaham kaum, mundur, buta huruf kepada masyarakat yang bersatu, ekonomi yang membangun dengan pantas dan menghampiri zon sifar buta huruf.

    ReplyDelete
  26. Barisan Nasional menukar negara ini daripada ekonomi berasaskan pertanian kecil-kecilan, ekonomi sara diri dan bergantung kepada eksport komoditi yang tidak stabil kepada sebuah negara yang mempunyai sektor perladangan antara terhebat di dunia, menempatkan diri dalam negara perindustrian sehingga digelar “Harimau Ekonomi Asia” pada 1990-an, mempunyai lulusan universiti yang melebihi pasaran kerja dalam negara.

    ReplyDelete
  27. Telah beberapa kali, kerajaan Malaysia berjaya keluar dari kegawatan ekonomi dengan jayanya termasuklah kemampuan melepasi ancaman ekonomi paling perit pada 1997 kerana diserang oleh spekulator matawang dan juga dikhianati dari dalam oleh individu yang menganjurkan Asian Renaissance.

    ReplyDelete
  28. Menjelang pilihan raya umum ke 13 ini, rakyat telah menilai dan melihat kegagalan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

    ReplyDelete
  29. Daripada sebuah negeri terbaik, tersusun dan ditadbir secara cekap sebelum 2008, kini negeri termaju Selangor berada dalam keadaan membimbangkan dan merudum dengan cepat. Jalan berlubang merata-rata, sistem pengurusan sampah kembali seperti awal 90-an, pasir di lombong sesuka hati tanpa kawalan, setinggan sedang menampakkan diri kembali, rumah kos rendah langsung tidak dibina, krisis air dan elektrik menunggu masa untuk berlaku.

    ReplyDelete
  30. Dalam masa lima tahun lagi tidak mustahil Selangor akan kembali kepada keadaan seperti 90-an, dipenuhi setinggan, masalah pengangguran dan jurang pendapatan yang sangat besar antara rakyat.

    ReplyDelete
  31. Rakyat juga sudah melihat dan mengetahui kepincangan dan kedhaifan manifesto Pakatan. Tahun lalu Pakatan melancarkan “Buku Jingga” yang kononnya manifesto mereka untuk memerintah negara. Setelah Barisan Nasional mendedahkan kelemahan ketara Buku Jingga sehingga menyebabkan hampir 80% janji mereka tidak boleh dilaksanakan, Pakatan muncul dengan satu lagi manifesto beberapa minggu lalu.

    ReplyDelete
  32. Sebaliknya Barisan Nasional telah berjaya menguruskan masalah kos sara hidup yang tinggi secara berhemah dan berhemat. BN memperkenalkan sistem petrol dua jenis yang membantu mengurangkan subsidi bahan api kerajaan tetapi tidak begitu membebankan rakyat. BN juga telah melancarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang secara khusus bertujuan membantu meringankan rakyat berpendapatan rendah.

    ReplyDelete
  33. Kerana kegagalan kerajaan negeri Selangor membina rumah kos rendah, BN terpaksa mengambil inisiatif memperkenalkan skim perumaham mampu milik untuk rakyat terutamanya di sekitar lembah klang.

    ReplyDelete

  34. Suatu ketika dahulu isu ini diselesaikan oleh kerajaan negeri. Beberapa tahun lalu, rumah kos rendah berlebihan di lembah klang sehingga Menteri Besar Selangor ketika itu mencadangkan agar rumah kos rendah yang tidak dapat dijual setelah beberapa tahun dijual kepada golongan yang berpendapatan melebihi RM 2,500 sebulan. Sekarang Pakatan di Selangor melupakan terus agenda rakyat sebaliknya bersengkongkol dengan Pemaju melupuskan kuota rumah kos rendah.

    ReplyDelete
  35. Justeru BN tidak memerlukan skandal seks Anwar Ibrahim untuk meyakinkan rakyat mengenai kemampuan dan keupayaan meneruskan kepimpinan yang cemerlang dalam pentadbiran negara Malaysia ini. Barisan Nasional hanya memerlukan manifesto yang meyakinkan rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.

    ReplyDelete
  36. Apa yang BN perlukan ialah kesatuan dalaman dan rekod pentadbiran yang cemerlang untuk meyakinkan majoriti rakyat parti mana yang lebih layak memerintah.

    ReplyDelete
  37. Mengenai individu bernama Anwar bin Ibrahim, biarkanlah ia menyelesaikan isu peribadinya. Jika beliau bersumpah laknat pun menjelang PRU ke 13 ini ia tidak membuktikan apa-apa kerana sifat sumpah laknat itu sendiri bukanlah dalam bentuk pembalasan serta-merta. Jika ada individu yang muka seirasnyapun ia tidak membuktikan bahawa beliau tidak terbabit dalam kegiatan tidak bermoral yang didakwa. Jika kita yakin beliau tidak terbabit pun ia bukan alasan untuk meberi undi kepada Pakatan sewenang-wenangnya.

    ReplyDelete
  38. Saya suka menurunkan semula pandangan bekas mentornya Dr. Sidek Baba, (yang lebih kurang berbunyi) “saya tidak boleh menyatakan Anwar terbabit atau tidak dengan kejadian liwat dan zina seperti yang didakwa. Namun pembabitan beliau dengan pluralisme dan liberalisme Islam; hubungan yang akrab dengan tokoh-tokoh Yahudi terkemuka; tingkah laku beliau kebelakangan ini, meyakinkan saya untuk tidak lagi bersama perjuangan politik beliau.”

    ReplyDelete
  39. Kepada mereka yang mahu memilih parti terbaik menjadi kerajaan baca dan nilailah pandangan semua pihak. Kepada mereka yang mengundi Pakatan kerana Anwar bin Ibrahim nilailah pandangan Dr. Sidek Baba, guru, mentor dan penyokong yang membuang segala-gala keagungan material dunia untuk bersama Anwar suatu ketika dahulu.

    ReplyDelete
  40. This is not accusation, this is evidence.

    ReplyDelete
  41. just by looking at the pic, we could already guess its him.

    ReplyDelete
  42. Whether its anwar or not, im sure the people know how to evaluate this matter wisely.

    ReplyDelete
  43. Its possible that this video was made few years ago but only now being exposed.

    ReplyDelete
  44. And its also possible that this video was made by anwar and his party with a purpose to divert the people attention away from the lahad datu intrusion to this and at the same time, getting sympathy votes from the people. Its all about the timing.

    ReplyDelete
  45. BN/UMNO is not that stupid to frame anwar when election is just around the corner cause they know that the people will immediately blame BN/UMNO for playing dirty.

    ReplyDelete
  46. We should think outside the box. Instead of blaming BN/UMNO, it may be anwar himself who plan this all along.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.