Tuesday, September 3, 2013

Hadiah PRU13 : Diesel, RON95 naik 20 sen

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

fuel hike chart 020913Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,

Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.

Ini kenaikan pertama sejak kenaikkan sama pada Disember 2010.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga menteri kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

NONEBagi mengurangkan bebanan golongan berpendapatan rendah dan mudah terjejas berikutan rasionalisasi subsidi bahan api, kerajaan akan meningkatkan pemberian BR1M dalam Bajet 2014 yang jumlahnya akan diumumkan dalam ucapan bajet.

Najib terdahulu mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa dasar fiskal yang berlangsung setiap enam bulan sekali.

Jimat RM1.1 bilion tahun ini

Perdana Menteri berkata melalui dasar rasionalisasi subsidi bahan api ini yang akan bermula esok, kerajaan akan menjimatkan sejumlah RM1.1 bilion pada tahun ini.

"Bagi tahun sepenuhnya, kita menjangka kira-kira RM3.3 bilion, tetapi tahun ini kerana kita akan bermula esok pagi, jumlah itu kira-kira RM1.1 bilion, kata beliau.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata untuk menangani lebihan akaun semasa yang berkurangan, pelaksanaan projek-projek sektor awam akan dipertimbangkan dengan teliti.

NONE"Projek-projek yang mempunyai kandungan import yang rendah akan diberi keutamaan dan kesan pengganda yang tinggi akan diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi tidak terjejas.

"Manakala, pelaksanaan projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi akan disusun mengikut jadual yang sewajarnya supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada imbangan pembayaran," kata beliau.

Bagaimanapun, jelas Najib projek Mass Rapid Transit Jajaran 1, 2 dan 3 akan diteruskan seperti dirancang dan Projek Rel Kelajuan Tingi Koridor Selatan pula masih dalam proses rundingan.

"Kita akan meneliti mana satu projek yang akan dijadualkan semula dan mana projek yang akan diteruskan," tambahnya.

Menurut Perdana Menteri dalam jangka sederhana dan panjang, kerajaan akan mengkaji kaedah untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan mempelbagaikan lagi pasaran eksport negara.

"Pelancongan, sumber terimaan luar yang besar akan diberi tumpuan selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2014," kata beliau.

Najib berkata Jawantankuasa Dasar Fiskal (FPC) telah menekankan bahawa komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan 3.0 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020.

"Melalui penilaian FPC, persekitaran luar didapati semakin mencabar," kata beliau dan menambah bahawa lebihan akaun semasa imbangan pembayaran yang sederhana di samping defisit fiskal yang berterusan boleh mendatangkan risiko jangka sederhana kepada ekonomi.

Oleh itu, langkah mengukuhkan kedudukan fiskal adalah penting untuk mengekalkan daya tahan ekonomi dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat dan pelabur, kata Perdana Menteri.

"Pada masa ini, subsidi dinikmati oleh semua lapisan masyarakat, termasuklah dalam kalangan mereka yang berpendapatan tinggi dan rakyat asing.

"Oleh itu, kita perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas," kata beliau.

'Inflasi masih rendah'

Menjawab mengenai kemungkinan kenaikan inflasi selepas kenaikan harga bahan api tersebut, Najib berkata inflasi pada masa ini masih rendah dan dijangkakan kesan itu tidak akan memudaratkan rakyat.

"Mungkin peningkatannya tidak begitu tinggi," kata beliau.

Semasa ditanya mengenai cukai barangan dan perkhidmatan, beliau berkata: "Apa sahaja berkaitan GST akan diumumkan dalam ucapan belanjawan."

Menyentuh mengenai ringgit, beliau berkata ringgit mendapat kesan ekonomi luar dan di luar kawalan negara.

"Bank Negara menyedari akan hal ini dan tidak memberi kita tekanan yang tidak wajar pada masa ini tetapi kita percaya apa yang penting ialah untuk mengukuhkan asas ekonomi," kata beliau. -MK

15 comments:
Write comments
  1. Inilah yang Headhunter, aku orang sabah. mantera nanti-nantikan kenaikan harga minyak. Tahniah maju rakyat!

    ReplyDelete
  2. YAAaa..hidup UMNgok,mbah. Rakyat Sabah tolak BN/UMNO tapi tatap manang,mbah mareka ituh. Siapa yg sokong,PATI atau yg dapat ic haram. Nahh..sikarang bukan dikira sapa kamu,bayar siyak mbah,hrga petrol baru ini.

    ReplyDelete
  3. untuk orang UMNO - BN, tak usah risau, anda boleh menggunakan KAD KEAHLIAN UMNO untuk dapatkan harga DISKAUN...

    ReplyDelete
  4. Perlukan van sewa (pandu sendiri atau dengan driver)? semenanjung malaysia http://transdetour.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. hadiah di hari merdeka buat manusia pencinta umno-bn.......undilah BN sampai mati agar hidup anda aman dan sejahtera tanpa berhutang.......kakakakakakaahhhh....undi jangan tak undi.....

    ReplyDelete
  6. Tahniah kawan2 aku dari Sabah & Sarawak yg mengundi BN ini hadiah istimewa kemerdekaan Malaya yg ke-56 utkMU。

    ReplyDelete
  7. bahlol2 pencacai musa aman tu..tulong bg komen tentang kenaikkan minyak ni...kakhkahkah

    ReplyDelete
  8. Pengundi BN, tak usah risau, anda boleh menggunakan KAD KEAHLIAN UMNO untuk dapatkan harga DISKAUN...terbaikkkk

    ReplyDelete
  9. mungkinkah kad keahlian omno boleh dijdkan kad diskaun dimana2 pasaraya utk mengurangkan harga barangan yg dijangka naik nanti???....haaaa........BN=BARANG NAIK......

    ReplyDelete
  10. Jangan marahkan kepada kerajaan, kemenangan kerajaan hari ini adalah undian rakyat. So kalau minyak naik dan lain2 naik sama2 la merasainya. Tak ada guna langsung nak marahkan kerajaan sebab wujudnya kerajaan sekarang adalah persetujuan rakyat meskipun dahulu ada pilihan.TAHNIAH!!!!

    ReplyDelete
  11. Sang Monyet Yang Degil..

    Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah Sang Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan cili-cili yang merah menyala.

    "Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak Sang Monyet.

    "Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya", tegah Sang Kura-kura.

    "Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain", sokong Sang Kancil.

    "Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata Sang Monyet tegas.

    Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kancil dan Sang Kura-kura, Sang Monyet terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan terus memakannya dengan gelojoh.

    Tiba-tiba Sang Monyet menjerit,

    "Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!!",

    Dengan muka yang merah kerana menahan Sang Monyet berlari mencari air bagi menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil Sang Kancil dan Sang Kura-kura menggeleng-gelengkan kepala mereka..

    ReplyDelete
  12. pergkiraan mudah... purata full tank sebuah kenderaan 30liter bahan bakar, jadi kenaikkan
    20sen... 30xRM0.20=RM6.00..
    seminggu, 2 kali full tank... kenaikkan RM12...
    sebulan RM48=setahun bersamaan RM576 ringgit
    maka, kita menanggung kenaikkan kos hidup RM 576 setahun
    belum masuk barangan yang bakal naik
    BRIM kerajaan bagi RM500 setahun
    kenaikkan mintak RM576.. pon xcukup dgn BRIM...
    bagus.... masa utk kutip duet BRIM,, dan dekat plhanraya, bagi hadiah kpda rakyat RM500... wahai PM ku cinta.. mana ckup BRIM tuh dgn kenaikkan minyak yg kerajaan tetapkan.. trima kasih pakar ekonomi.. PM. janji ditepati

    ReplyDelete
  13. alhamdulilah. .. terima kasih Kerajaanku. .. tidak salah aku mengundimu. .. satuuuuu malaysiaaaa. ... satuuuuuu malaysiaaaaa. .... satuuuuuu malayyyyyysiaaaaaa sudaaaahhhh kenaaaaaaaaa autaaaaaaaaaaa. ... rasionnal kurangkan subsidi minyak untuk tambah BRIM sangat lucu. .. apa yang golongan pendapatan isi rumah rm3001 dapat yaaaa. ... tambah bahagiaa nampaknya. .. tolong pesan PM supaya cepat cepat laksanakan GST pula. .. dah tak sabar rasanya nak tolong tingkatkan pendapatan kerajaan ni. . mulakan dengan 7% pun sangat sesuai. . kalau belanja barang dapur sebulan 700 tambah GST baru jadi 749. . belanja minyak sebulan 200 baru jadi 220. . dapatlah sumbang untuk kerajaan 70 ringgit sebulan. . campur lagi cukai di bil bil utiliti cukuplah 100 sebulan sumbangan untuk satuuuu malaysiaaaa. ... satuuuuu malaysiaaaaa. ..... setahun 1200. .. sepuluh tahun lebih dari cukup kos pergi menunaikan fardhu Haji...itu anggaran paling minima. ... berbangga saya dapat membantu kemakmuran negara tercinta. ....... memang Endless Possibilities. ..... kagum sungguh dengan kebijaksanaan PM kita. .. harapan saya agar OTAK PM kita ini kita simpan untuk tatapan generasi akan datang setelah ketiadaan beliau. .. Satu dalam berjuta juta punya bijaksana. ... sattttuuuuuuuu malaysiaaaaaaaa

    ReplyDelete
  14. hidup bn, hidup najib, hidup rosmah.

    ReplyDelete
  15. terima kasih pengundi sabah & sarawak bagi mandat bn terus naik minyak..padan muka pakcik dan makcik ..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.