Tuesday, September 3, 2013

Rakyat Naik Minyak Dengan Kenaikan Harga Minyak

Dek kerana pengumuman mengejut oleh kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib lewat petang semalam ditambahkan sifat panik dikalangan rakyat Malaysia akhirnya menyebabkan berlakunya kemalangan di stesen minyak Shell Durian Tunggal Melaka.

Rakyat Malaysia terutamanya golongan pertengahan dan yang berpendapatan rendah merasakan kenaikan minyak 20 sen besar impaknya kepada mereka, mengambil kesempatan untuk mendapatkan penjimatan sebanyak mungkin dengan mengisi minyak di stesen minyak berdekatan sebelum bermulanya harga baru minyak RON 95 tengah malam tadi (3 September 2013).

Gambar kemalangan berjaya dirakam di stesen minyak SHELL Durian Tunggal berdekatan dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Kes berlaku disalah sebuah stesen minyak Shell di Durian Tunggal, Melaka malam tadi. Berita Semasa dimaklumkan kemalangan berpunca kerana :

* pemilik stesen minyak SHELL Durian Tunggal Melaka tidak mahu menjual minyak petrol RON 95 kepada pemilik kenderaan dengan alasan simpanan minyak mereka telah pun kering.

* Sedangkan, pelanggan di sekitar Stesen Minyak SHELL Durian Tunggal Melaka yang terus menunggu merasakan pemilik stesen minyak itu hendak mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan yang sekali ganda atas nama pengumuman kenaikan harga minyak 20 sen bagi (minyak RON 95 & diesel)

Lagi Gambar Kemalangan Stesen Minyak Shell Durian Tunggal Melaka Semak satu persatu gambar kemalangan di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas lagi dalam format galeri gambar :

10 comments:
Write comments
  1. Harga pasaran minyak RON95 ialah RM2.10 campur dengan subsidi kerajaan berjumlah 83 sen jumlahnya RM2.93 lebih mahal daripada RON97 yang harganya RM2.70 sen. Sepatutnya kerajaan bagi subsidi kepada minyak murah RON97 bukan RON95. Bangangkah kerajaan ni atau saja kelentong rakyat!

    ReplyDelete
  2. kami rakyat sarawak sokong harga minyak naik.

    ReplyDelete
  3. kami orang Sulu',tatap sokong harga bahan bakar ini naikk.

    ReplyDelete
  4. hadiah di hari merdeka buat manusia pencinta umno-bn.......undilah BN sampai mati agar hidup anda aman dan sejahtera tanpa berhutang.......kakakakakakaahhhh....undi jangan tak undi.....

    ReplyDelete
  5. tahniah jangan tak tahniah, sayang jangan tak sayang, naik jangan tak naik, undi tetap bn, selama-lamanya, biarkan rakyat yang bayar

    ReplyDelete
  6. pergkiraan mudah... purata full tank sebuah kenderaan 30liter bahan bakar, jadi kenaikkan
    20sen... 30xRM0.20=RM6.00..
    seminggu, 2 kali full tank... kenaikkan RM12...
    sebulan RM48=setahun bersamaan RM576 ringgit
    maka, kita menanggung kenaikkan kos hidup RM 576 setahun
    belum masuk barangan yang bakal naik
    BRIM kerajaan bagi RM500 setahun
    kenaikkan mintak RM576.. pon xcukup dgn BRIM...
    bagus.... masa utk kutip duet BRIM,, dan dekat plhanraya, bagi hadiah kpda rakyat RM500... wahai PM ku cinta.. mana ckup BRIM tuh dgn kenaikkan minyak yg kerajaan tetapkan.. trima kasih pakar ekonomi.. PM. janji ditepati

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah. .. terima kasih Kerajaanku. .. tidak salah aku mengundimu. .. satuuuuu malaysiaaaa. ... satuuuuuu malaysiaaaaa. .... satuuuuuu malayyyyyysiaaaaaa sudaaaahhhh kenaaaaaaaaa autaaaaaaaaaaa. ... rasionnal kurangkan subsidi minyak untuk tambah BRIM sangat lucu. .. apa yang golongan pendapatan isi rumah rm3001 dapat yaaaa. ... tambah bahagiaa nampaknya. .. tolong pesan PM supaya cepat cepat laksanakan GST pula. .. dah tak sabar rasanya nak tolong tingkatkan pendapatan kerajaan ni. . mulakan dengan 7% pun sangat sesuai. . kalau belanja barang dapur sebulan 700 tambah GST baru jadi 749. . belanja minyak sebulan 200 baru jadi 220. . dapatlah sumbang untuk kerajaan 70 ringgit sebulan. . campur lagi cukai di bil bil utiliti cukuplah 100 sebulan sumbangan untuk satuuuu malaysiaaaa. ... satuuuuu malaysiaaaaa. ..... setahun 1200. .. sepuluh tahun lebih dari cukup kos pergi menunaikan fardhu Haji...itu anggaran paling minima. ... berbangga saya dapat membantu kemakmuran negara tercinta. ....... memang Endless Possibilities. ..... kagum sungguh dengan kebijaksanaan PM kita. .. harapan saya agar OTAK PM kita ini kita simpan untuk tatapan generasi akan datang setelah ketiadaan beliau. .. Satu dalam berjuta juta punya bijaksana. ... sattttuuuuuuuu malaysiaaaaaaaa

    ReplyDelete
  8. alang-alang kasi naik 20 sen saja cuba lah kasi naik sampai 1.00 baru lah ok,biar semua kedai di tutup,sebab rakyaat tidak keluar rumah untuk membeli belah,baru padan muka penyokong rakyaat yang terpengaruh dengan janji Barang Naik.........rasain lah kamu orang......saya pakai dapur guna kayu balak untuk masak,lagi pun beras,sayur tanam sendiri dan TV di rumah semua guna batt solar inda paya bayar......maklum lah duduk di hutan............................yahoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo

    ReplyDelete
  9. kenapa agaknya macai2 umno semuanya muka macam tempe basi. mungkinkah mereka ini tade otak untuk berfikir.

    Cuba2 lah tanya pak jib dan umno/bn kenapa,
    telaga minyak kepunyaan Malaysia,
    petronas syarikat glc kepunyaan Malaysia,
    kenapa minyak dijual kepada rakyat mahal
    sedangkan dijual pada syarikat asing murah.

    ReplyDelete
  10. Subsidi untuk rakyat ditarik.
    Subsidi IPP kroni dikekalkan.

    Rakyat kurangkan perbelanjaan.
    Kerajaan BN teruskan projek mewah landasan berkembar, menara warisan, sistem keretapi KL.

    Rakyat takde duit duduk rumah.
    PM, menter-menteri, kroni shopping luar negara.

    Bila rakyat bising kasi BRIM. Harga barang naik lagi.

    Yang aku pelik, yang bangang terus pangkah parti bangang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.