Wednesday, February 13, 2019

PH MAKIN HAMPIR CAPAI DUA PERTIGA PARLIMEN



Ketika Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai perdana menteri tahun lalu, beliau menerima sokongan 122 dari 222 ahli parlimen di Dewan Rakyat. Dengan perkembangan terbaru hari ini, Dr Mahathir semakin hampir untuk meraih dua pertiga parlimen.

 Petang tadi, tujuh ahli parlimen bebas yang memenangi kerusi pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 sebagai calon BN, secara rasminya menyertai Bersatu.


 Ketika ini Bersatu mempunyai 22 ahli parlimen, yang menjadikan parti itu sebagai keempat terbanyak sebagai pemegang kerusi selepas Umno dalam Dewan Rakyat. Jumlah keseluruhan ahli parlimen dalam Pakatan Harapan (PH) dan Warisan ketika ini adalah 134, iaitu kurang 14 kerusi untuk mendapatkan dua pertiga majoriti parlimen.

 Mahathir memerlukan dua pertiga majoriti untuk membolehkan beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memenuhi agenda perubahan yang dijanjikan PH dalam manifestonya.

 Beberapa janji berkenaan termasuklah mengehadkan tempoh bagi seseorang menjawatan jawatan perdana menteri, memisahkan tugas pendakwa raya dan peguam negara, memberi autonomi kepada Sabah-Sarawak dan meletakkan SPRM di bawah parlimen.

 Mahathir mungkin boleh berharap pada sokongan ahli parlimen Sabah yang tidak menyatakan sokongan secara rasmi kepada PH untuk menambahkan lagi jumlah sokongannya.

 Terdapat empat ahli parlimen bebas yang sebelum ini merupakan ahli Umno Sabah iaitu Abdul Rahim Bakri (Kudat), Azizah Mohd Dun (Beaufort), Ronald Kiandee (Beluran) and Zakaria Mohd Edris (Libaran). 

Keempat-empat mereka sebelum ini menyatakan sokongan kepada Mahathir meskipun tidak menyertai mana-mana parti komponen PH. Satu-satunya ahli parlimen Upko ialah Wilfred Madius Tangau (Tuaran). Upko mempunyai perjanjian kerjasama rasmi dengan Warisan. Wilfred menjadi wakil rakyat sejak Mahathir menjadi perdana menteri kali pertama.

-MK

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.