Friday, May 21, 2021

Siapa Sebenarnya Yang Paling Popular....Rambutan Atau..?


Media kelmarin melaporkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik tanah air, demikian menurut satu tinjauan.

O2 Malaysia berkata Muhyiddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus. 

Namun Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak hasil tinjauan yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai pemimpin politik paling popular. 

Pada sisipan lain …Seorang pengguna Twitter yang bernama Sofeany membuat undian untuk mengetahui tahap kepopularan Tan Sri Muhyiddin Yasiin tersebut. Selepas lebih 30,000 pengguna Twitter mengundi, ternyata rambutan terbukti lebih popular berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila mendapat 96 peratus undi berbanding perdana menteri Malaysia itu walaupun dikatakan paling popular oleh satu badan kajian.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.