Monday, June 23, 2008

Konset : Kebijaksanaan Atau Kebodohan..?

Oleh ibnubakrin

" `Tindakan yang tidak bijaksana`, itulah ungkapan yang dilemparkan kepada Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor ( DPPNS ) berikutan tindakan membantah konsert ratu rock dan dangdut, yang dijadualkan sempena perlawanan bolasepak Piala Sultan Selangor pada 6 Julai depan.


Disini timbul berbagai persoalan, siapakah yang sebenarnya tidak bijaksana; DPPNS yang tidak bijaksana atau kerajaan kerajaan negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat tidak bijaksana?



Apa kena dengan Dato’ Dr. Hassan Ali dan Dr. Halimah Ali, mengapa tidak mereka terlebih dahulu yang membantah atau sudah hilangkah `bahasa perjuangan` sebagaimana yang ditazkirahkan oleh Tuan Haji Aris Awang ( mantan Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah).

Atau terlupakah Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa salah satu rakan kongsi strategik dalam membentuk kerajaan pakatan rakyat negeri di Selangor ialah PAS, sebuah parti yang memperjuangkan dasar Islam? Adakah beliau ingin menguji atau terlepas pandang? Barangkali gimik yang dirancang untuk meraih batuan politik?

Sekiranya gimik politik yang dirancang, rasanya bukan masa yang tepat, apatah lagi isu yang dijadikan sandaran, amat tidak bertepatan. Gimik yang dilihat menguntungkan PKR dan DAP tetapi memangsakan PAS rakan sebantal mereka, bijak kah?


Respon Tan Sri Khalid setelah menerima memorandum dan desakan dari DPPNS dilihat sebagai `sudah terang lagi bersuluh`. Akan dikaji katanya. Apa lagi yang hendak dikaji, bantahan yang cukup jelas dan kukuh.Nyata beliau cuba bermain politik. Beliau boleh saja membatalkannya serta merta tetapi mengapa tidak?.


Natijahnya, DPPNS khususnya dan PAS secara umumnya telah dikambing hitamkan dan dilihat sebagai ortodok dan jumud.Apakah tindakan ini boleh disifatkan sebagai cubaan untuk menghakis pengaruh PAS khususnya di Selangor? Mungkin!


Mungkin bertujuan untuk memberitahu rakyat bahawa fungsi `check and balance` yang ingin diperkasakan? Jika itulah tujuannya, biar isu yang dijadikan sandaran benar-benar mencengkam bukan isu murahan yang sebegini.Tidak memadai manfaat yang diperolehi berbanding mudarat yang diraih.Sedar kah bahawa akidah umat Islam telah tergugat? Contohnya, pertikaian yang diajukan Roslan Aziz dan bagaimana pula dengan ramai lagi yang turut mempertikai diluar sana.

"

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.