Jika anda seorang blogger, setiap kali anda ingin mengemaskini blog anda atau menulis sesuatu artikel di blog, anda perlu melakukannya secara online. Dengan kata lain login ke blog dan tulis post baru…ini mungkin satu masalah bagi mereka yang tidak selalu online atau tidak mempunyai akses internet di rumah.
Sebenarnya anda boleh menulis blog anda secara offline. Walaupun tiada talian Internet, anda masih boleh menyediakan seberapa banyak artikel yang perlu dan terbitkannya apabila anda online.
Satu perisian yang digunakan untuk tujuan tersebut ialah Windows Live Writer. Dengan perisian ini anda boleh melakukan kerja-kerja blogging seperti menulis artikel secara luar talian. Suasana persekitaran Windows Live Writer adalah lebih kurang sama dengan ruangan menulis artikel blog anda. Mudah dan senang digunakan.
Cara-cara untuk menggunakannya :
- Download perisian Widows Live Writer di sini.
- Pasang perisian tersebut di dalam komputer anda. Harus diingat, semasa anda memasang perisian ini, pastikan komputer anda mempunyai akses internet. Lihat langkah pemasangan dibawah.
- Setelah selesai proses pemasangan, bolehlah anda mulakan penulisan artikel untuk blog anda sebelum menerbitkannya di blog anda yang sebenarnya.
- Bagi anda yang pertama kali menggunakan Windows Live Write, anda boleh rujuk panduan dalam video di bawah.
- Windows Live Write juga boleh digunakan untuk meletakkan dan edit kandungan seperti gambar, video dan maps. Lihat video di bawah.
Getting Started - Windows Live Writer
Basic Authoring - Windows Live Writer
Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan Windows Live Write ini, sila rujuk disini.
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.