Monday, February 14, 2011

PRK Merlimau : Mampukah PR Buat Kejutan?

"Jikalau dilihat kehadiran orang ramai ke Ceramah Perdana Pakatan Rakyat sebentar tadi, rata-rata orang yang hadir mengatakan PAS mampu buat kejutan pada PRK DUN Merlimau. Kemungkinan disebabkan kehadiran menjangkau sasaran awal. Tambahan pula, UMNO BN telah membuat onar dengan mengadakan ceramah berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat.

Namun kehadiran bagi ceramah UMNO BN amat mengaibkan kerana hanya sekitar 60 orang yang hadir. Di pentas ceramah Pakatan Rakyat dijangkakan kehadiran melebihi 2,000 orang. Ceramah Perdana itu telah diserikan dengan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz , Lim Kit Siang (DAP) dan Saifuddin Nasution (PKR). Meskipun, hasrat Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi DUN Merlimau di Melaka pada pilihan raya kecil 6 Mac nanti dikatakan bermimpi di siang hari bagi sesetengah pemerhati.

Pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka menggempur Merlimau. DUN Merlimau di huni sebahagian besar daripada kira-kira 10,471 pengundi terdiri daripada 64.69 peratus pengundi Melayu, 21.11 peratus Cina, 14.16 peratus India manakala selebihnya kaum lain 0.04 peratus.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, Mohamad Hidhir mengalahkan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154, iaitu pengurangan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian UMNO BN sebelumnya. Ini bermakna satu kejayaan bagi PAS di negeri tradisi UMNO BN. Sekiranya gerak kerja jentera pilihanraya Pakatan Rakyat mampu menerobos ke kubu-kubu kuat UMNO BN, nescaya 1 lagi 'tsunami politik' akan membadai persisir Selat Melaka.

http://addin77.blogspot.com

17 comments:
Write comments
  1. Kita tunggu dan lihat selepas ini.

    ReplyDelete
  2. Kejutan demi kejutan, jangan saja kejutan itu mengejutkan PAS sendiri.

    ReplyDelete
  3. Jangan bercakap besar dengan kehadiran orang ramai ke ceramah anda. Bilangan itu boleh berkurang pada bila2 masa, yang penting ada usaha untuk mengekalkan sokongan dari rakyat. Kepada BN teruskan usaha anda.

    ReplyDelete
  4. pengundi yang menentukan keputusannya nanti.

    ReplyDelete
  5. pengundi yang menentukan keputusannya nanti.

    ReplyDelete
  6. Apa perkara pun boleh berlaku, jadi kita tunggu saja apa yang akan berlaku kepada merlimau. Adakah rakyat untuk PR atau BN..

    ReplyDelete
  7. biasalah dalam mana2 PRK pun PAS atau Pakatan akan cakap apa sahaja yang menyebelahi atau mengagung2kan parti mereka sedangkan realiti sebaliknya tidak menggambarkan apa yang mereka katakan. dengan kekalahan dalam dua PRK berturut2 di Galas dan Tenang, Pas sepatutnya sedar dengan kelemahan mereka dan tidak perlulah mengiktiraf kemenangan parti sendiri selagi belum bertanding.

    ReplyDelete
  8. bolehkah hadirin yang datang ke ceramah dijadikan sebagai ukuran??
    tunggu saja la keputusannya time prk nanti.

    ReplyDelete
  9. Allah swt penentu segala-galanya, tiada mustahil yang mustahil, mustahil boleh jadi tak mustahil.

    ReplyDelete
  10. nak terkejut apa nya pas dah tahu dah nak undi nanti umno guna ringgit la pasti ramai bangat kat ceramah umno tu,melayukan mudah lupa ,tetapi ALLAH maha berkuasa ke atas segala-galanya.islam pasti benar.

    ReplyDelete
  11. Semuanya terpulang pada ralyat. Politik ni sukar diramal. huhu

    ReplyDelete
  12. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti:)

    ReplyDelete
  13. Terpulanglah samada PKR mampu mendapatkan sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  14. InsyaALLAH,Pas boleh buat kejutan sekiranya ada kesedaran dlm sanubari pengundi2 utk melihat perubahan, ahli2 serta para penyokong lakukan usaha gigih kearah mencapai matlamat.UMNO-BN pasti akan menggunakan 'trend'yg sama.Selamat Berjuang.

    ReplyDelete
  15. dalam kebanykan pilihanraya kecil, ia sering memihak kepada BN. harap PKR Merlimau juga begitu.

    ReplyDelete
  16. Terpaksalah PAS berusaha kuat lagi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.