Friday, February 25, 2011

SKANDAL SEKS KETUA PENGARAH PENGUATKUASA?

SKANDAL Seks Ketua Pengarah (KP) sebuah Agensi Penguatkuasa dengan seorang gadis berusia dua puluhan telah dihidu oleh Papparazzi Sabahkini.net ketika terserempak dengan kelibat KP berkenaan sebaik sahaja mendarat di sebuah lapangan terbang di Eropah dalam keadaan tergesa-gesa menuju sebuah hotel mewah.

KP berkenaan dipercayai telah lama menjalinkan hubungan dengan gadis berkenaan yang telah sehari lebih awal mendaftar masuk atas nama seorang tauke Cina yang pernah berurusan dengan KP sebelum ini, kerana bimbang tembelangnya dikesan.

Mengikut risikan Paparazzi Sabahkini.net yang kebetulan bercuti di Eropah, gadis berkenaan merupakan anak kepada seorang mangsa penguatkuasaan jabatannya yang terpaksa ditawarkan bagi menutup kes jenayah yang dilakukan bapa gadis tersebut.

Walaupun gadis berkenaan tinggal di Kuala Lumpur dan tidak bekerja, namun menjadi ‘Gundik’ KP berkenaan yang selama ini kegersangan kerana isterinya sakit dan melampiaskan kejantanannya kepada gadis yang sebaya dengan anak perempuannya.

Menurut Paparazzi Sabahkini.net, beliau sedang mengintip untuk mendapatkan rakaman gambar kemesraan KP dan ‘Gundik’nya, namun usaha seminggu lalu agak sukar kerana KP berkenaan sentiasa mengelak dan menggunakan pintu belakang hotel untuk keluar bersendirian dan gundiknya hanya mengurung diri di dalam bilik ‘connecting room’.

"Pelanduk selalu lupakan jerat. Kita tunggu masa sesuai kerana minggu hadapan KP berkenaan akan menemui gundiknya di suatu tempat yang sudah ditempah lebih awal dan tiket penerbangannya telah kita kesan. Kali ini harap berjaya,” ujar Paparazzi Sabahkini.net yang masih melanjutkan pelajarannya di sebuah negara Eropah.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

22 comments:
Write comments
  1. Perbuatan terkutuk ini harus dihentikan serta merta. Jika mereka suka sama suka kawin sahaja. Tidak perlu berzina!

    ReplyDelete
  2. nampaknya sabahkini semakin hebat dalam mendapatkan maklumat kerana ia mempunyai ramai paparazzi. apapun, pendedahan ini dinantikan.

    ReplyDelete
  3. Fuuuu... banyak juga kes skandal di negara ni.

    ReplyDelete
  4. skandal ini belum diketahui kebenarannya, tapi kita haruslah menjauhi dan membanteras kegiatan seperti ini.

    ReplyDelete
  5. selagi belum dibuktikan, pekara ini masih diangap sebagai khabar angin saja.

    ReplyDelete
  6. tapi jika dakwaan ini benar, perbuatan mereka sememangnya tidak baik dan tidak patut dilakukan.

    ReplyDelete
  7. Jika KP tersebut terbaca artikel ini, malu la dengan perbuatan anda itu. Masih boleh diubah, belum lagi terlambat. Jangan sampai anda menyesal apabila semuanya terdedah.

    ReplyDelete
  8. "melampiaskan kejantanannya kepada gadis yang sebaya dengan anak perempuannya."

    Disgusting!

    ReplyDelete
  9. This report will remain a rumor if no evidence were found.

    ReplyDelete
  10. Perkara ini perlulah disiat sebolehnya.

    ReplyDelete
  11. masih wujudkah spesis bapa yang sanggup menggadai maruah anak sendiri untuk menyelamatkan diri? apa2pun selagi belum ada bukti selagi itu elakkan dari mempercayai tuduhan ini lebih2 lagi ia melibatkan nama baik seseorang.

    ReplyDelete
  12. bermula dari tempoh hubungan mereka hingga ke latar belakang gadis itu serta bagaimana mereka boleh menjalinkan hubungan, adakah semua itu hasil dari risikan di eropah??

    ReplyDelete
  13. belum tentu benar cerita ni, smpai begitu jauh mereka siasat, isk2..

    ReplyDelete
  14. Wah, boleh buat drama. Entah betulkah ada paparazzi ni, cerita macam ni macam dibuat-buat jak.

    ReplyDelete
  15. Kalau memang betul, saya tunggu laporan paparazzi seterusnya selepas ini, sertakan gambar sekali ok. Jangan photoshop sudah.

    ReplyDelete
  16. uiseymen Paparazzi Sabahkini.net, ini kali lah.. hahhaha

    ReplyDelete
  17. Dalam banyak2 kes, kes seperti inilah yang tak best kena baca. Bagi saya lantaklah paa mereka nak buat pun. Soal dosa pahala tu biar mereka yang tanggung sendiri.

    ReplyDelete
  18. namun, jika dakwaan ini nyata benar, memang tak patut jugalah kerana ia mampu merosakkan bukan saj anama KP tetapi juga nama agensi berkenaan.

    ReplyDelete
  19. Sebelum perkara ini dibuktikan tak perlulah membuat sebarang spekulasi, nanti tak pasal2 kena saman pula. hehe

    ReplyDelete
  20. Apapun kita tunggu dan lihat saja perkembangan kes ni nanti.

    ReplyDelete
  21. Skandal seks macam perkara biasa di negara ini...

    ReplyDelete
  22. Memang memalukan! Buat sial dengan gadis muda pulak...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.