Monday, June 27, 2011

Dihalau keluar masjid kerana pakai baju Bersih

Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang ahli jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yan g menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju Bersih.

Blog Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli kariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.

Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.

Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.

Tidak cukup dengan kata-kata kesat, beliau turut menolak pemuda tersebut dengan kasar.

Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.

Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu.



Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih.

Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku.

Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong.

Mengenai himpunan aman Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini, DPP Sepangar menyeru seluruh rakyat Sabah agar berpakaian berwarna kuning dan keluar ke bandar-bandar beramai-ramai bersama keluarga. -H/daily

17 comments:
Write comments
  1. Kenapa tidak boleh pakai baju Bersih?

    ReplyDelete
  2. AJK Masjid itu sepatutnya tidak bertindak secara kasar walaupun dia tidak menyukai Bersih.

    ReplyDelete
  3. pemuda tu kan datang untuk bersolat. kenapa AJK masjid tu campuradukkan soal politik di dalam masjid?

    ReplyDelete
  4. Harus bijak membezakan hal ibadah dan politik.

    ReplyDelete
  5. saya mmg tak sokong perhimpunan BERSIH. tapi adalah amat tidak wajar AJK masjid tersebut menghalau pemuda tersebut yang ingin menunaikan solat semata-mata ia memakai baju Bersih.

    ReplyDelete
  6. kan bagus haramkan semua baju berwarna kuning, dan melarang pekedai dan penjual menjual baju berwarna kuning.jika rakyat memakai berbaju kuning tangkap dan dakwa, jika menteri memakai berbaju kuning, tangkap dan dakwa. kan adil dan saksama...

    ReplyDelete
  7. mengapalah sikap manusia zaman ini, apa dah nak jadi dengan masyarakat malaysia yang cetek agama dan otak lembap. masjid adalah untuk semua umat islam.

    ReplyDelete
  8. jika benar seperti yang dikatakan, saya tidak bersetuju dengan ajk masjid tersebut.

    tapi saya juga tidak bersetuju jika budaya menyokong perhimpunan ini dibawa masuk ke Sabah..biarlah Sabah aman tanpa ada buadaya seperti itu.

    ReplyDelete
  9. Nampaknya isu BERSIH ini semakin hangat. Biarlah mereka memakai baju BERSIH. Tidak ada salahnya. Bukan dia berbogel datang masjid. Jika demikian tidak salah kalau ajk masjid menghalau pemuda tersebut. Semoga perkara sebegini tidak perlulah diperbesarkan lagi.

    ReplyDelete
  10. amal seseorang itu bukan di kira dari baju atau jkkk masjid ke..yang utama adalah niat.lau pemuda itu tak ada niat apa-apa bila memakai baju...tak salah tapi lau niat utk membuat org marah itu lain sudah.yg menghalang tu betulkah cara dia ...islam tidak mengajar umat cara itu

    ReplyDelete
  11. Pemuda tersebut tidak harus dilayan sedemikian kerana fahaman politiknya.

    ReplyDelete
  12. Tidak erti hormat? Hormati fahaman-fahaman orang lain.

    ReplyDelete
  13. Apakah reasi orang ramai terhadap kejadian ini yang berlaku di tempat suci?

    ReplyDelete
  14. Tindakan kariah yang menegur ajk masjid tersebut patut dipuji.

    ReplyDelete
  15. AJK tersebut telah mencamarkan reputasi masjid, beliau patut meminta maaf seara terbuka.

    ReplyDelete
  16. Perbuatan individu yang tidak wajar telah mencemarkan nama baik masjid dan agama.

    ReplyDelete
  17. cara yang paling adil, pihak kerajaan perlu mengenalpasti mana2 rakyat yang memakai baju bersih dan kecualikan mereka dari mendapat apa sahaja bantuan kerajaan. yang bekerja disektor kerajaan mesti ditamatkan perkhidmatannya serta merta, yang belajar tidak perlu diberikan kemudahan pinjaman dan sebagainya... nak sangat sokong Bersih, biarlah penganjur Bersih sahaja yang membantu mereka..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.