Wednesday, June 29, 2011

UMNO BN Diresapi Ketakutan Baju Kuning

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kemeja-T yang menyokong Himpunan Bersih 2.0 diharamkan kerana ia ada kaitan dengan perhimpunan haram itu bulan depan.

“Kemeja-T Bersih ada berkaitan dengan perhimpunan haram, maka apa sahaja yang mereka pakai adalah haram,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun Hishammuddin tidak mengatakan di bawah undang-undang apa yang soal penjualan, pembelian dan pemakaian kemeja-T itu dianggap haram.

Polis mula menahan mereka yang menjual, membeli atau memakai kemeja-T berwarna kuning yang tertera mesej “Bersih 2.0” sejak minggu lalu.

Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, beliau juga mengetepikan dakwaan bahawa tindakan polis ke atas mereka yang menyokong perhimpunan 9 Julai ini, menuntut pembaharuan sistem pilihan raya, bermotifkan politik.

“Di pihak mana? Saya boleh bertanya perkara yang sama kepada mereka,” kata beliau.

Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan akan diambil ke atas ahli-ahli Pemuda Umno yang mengepung ibu pejabat PKR malam kelmarin, yang didakwa mengugut untuk membakar premis itu.

“Saya memberitahu polis agar melayan mereka macam Bersih. Tiada sesiapa pun bebas daripada undang-undang,” katanya lagi. -TMI

12 comments:
Write comments
  1. Kalau SPR sanggup bersetuju mengadakan pilihan raya secara adil dan bersih, maka perhimpunan Bersih ini tidak diperlukan.

    ReplyDelete
  2. perhimpunan tersebut pasti akan menyebabkan pelbagai kesan akan berlaku. harap semua pihak akan bertindak dengan rasional.

    ReplyDelete
  3. "Naib Presiden Umno ini berkata, tindakan akan diambil ke atas ahli-ahli Pemuda Umno yang mengepung ibu pejabat PKR malam kelmarin, yang didakwa mengugut untuk membakar premis itu."

    mana2 pihak yang lakukan kekecohan dan kekerasan memang wajar ditahan pihak polis.

    ReplyDelete
  4. Kenapa SPR tidak bersetuju saja dengan tuntutan Bersih? Kalau SPR memang telus, tuntutan ini bukanlah satu masalah untuk mereka laksanakannya.

    ReplyDelete
  5. ya..SPR sebaikya beri kerjasama agar perhimpunan bersih tidak diadakan.

    ReplyDelete
  6. Walaupun mereka cakap ini perhimpunan aman, tentu ada pihak yang akan ambil kesempatan untuk menghuru-harakan keadaan. Itu juga salah satu sebab kenapa perhimpunan ini tidak digalakkan.

    ReplyDelete
  7. Dari segi mana pembelian itu adalah haram?? nampaknya perkara ini perlulah ditangani sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  8. Harap2 tiada keganasan berlaku yang boleh menyebabkan kecederaan.

    ReplyDelete
  9. harap semua pihak akan berusaha untuk mencari penyelesaian yang terbaik dan mengelak daripada melakukan pekara yang boleh menimbulkan kesan negatif.

    ReplyDelete
  10. Lepas ni saya membayankan warna kuning akan jadi warna haram. ahhahaa

    ReplyDelete
  11. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  12. kalau terdesak sangat mahu turun ke jalan raya, buat la.. lihat la nanti, hanya penyokong2 Pakatan sahaja yang berada di jalan raya, pemimpin2 pakatan yang sibuk menghasut rakyat kalau bukan berada di barisan belakang, mungkin tidak ada langsung kerana masing2 pergi bercuti ke luar negara seperti tindakan pemimpin2 PAS.. mereka hanya berada dibarisan hadapan setelah semuanya selesai dan hanya untuk menuntut Puterajaya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.