Wednesday, August 17, 2011

Amah Datuk larikan RM300,000

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa kerugian hampir RM300,000 apabila sejumlah barangan kemas dan wang tunai miliknya dilarikan seorang pembantu rumah warga Indonesia di Taman Mutiara Gombak 2 dekat sini pada Sabtu lalu.

Kehilangan barangan kemas, wang tunai serta beberapa barangan berharga lain disedari oleh isteri ahli perniagaan itu pada pukul 8 malam hari kejadian.

Antara barangan yang didakwa hilang ialah jam tangan jenama Rolex, Omega, Salvatore Ferragamo dan wang tunai berjumlah RM7,500.

Sejurus sebelum barang-barang berharga itu disedari hilang, pengawal keselamatan kediaman Datuk itu ternampak salah seorang amah di situ meninggalkan rumah majikannya dengan menaiki sebuah teksi selepas memberi alasan untuk membuang sampah.

Pembantu peribadi Datuk itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri berkata, amah yang dikenali sebagai Rospita, 20-an baru dua bulan bekerja di situ.

Menurut Zamri, ahli perniagaan berusia 56 tahun itu mempunyai dua pembantu rumah warga Indonesia dengan Rospita ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja seperti mengemas dan membersihkan rumah.

Seorang lagi amah ditugaskan untuk memasak serta menjaga dua orang anak majikannya yang berumur dua dan empat tahun.

"Dia dipercayai menyorok barang-barang yang hendak dilarikan di dalam baju yang dipakai," katanya semasa ditemui pemberita di Balai Polis Batu 6 Gombak dekat sini semalam. -Kosmo

7 comments:
Write comments
  1. amah warga asing memang sukar untuk dipercayai. walaupun mungkin bukan semuanya tapi kena selalu berhati-hati.

    ReplyDelete
  2. Harap Amah ini dapat diberkas.

    ReplyDelete
  3. kes Amah melarikan barangan majikan bukan perkara baru. pasti amah tersebut ingin kembali ke negara asalnya. dia perlu ditahan segera.

    ReplyDelete
  4. harap amah tersebut akan dapat diberkas...

    ReplyDelete
  5. Pasti Datuk ini jutawan. Bukan alang2 barang yang dicuri itu. Tidak tahu mengenang budi betullah si amah tu. Diberi kerja, mencuri pula yang dibuatnya. Memang pulang kampung jadi kaya raya sudah.

    ReplyDelete
  6. Semakin sukar untuk kita mempercayai amah sekarang ini.

    ReplyDelete
  7. perkara seperti ini boleh dielakkan jika majikan tidak meletakkan 100% kepercayaan kepada pembantu rumah mereka. mungkin selepas ini para majikan perlu menyimpan pasport dan buku akaun mereka bagi mengelakkan mereka melarikan diri atau melakukan jenayah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.