Sunday, August 14, 2011

PATI Halau Imam, Rampas Surau?

PENDATANG Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat MyKad melalui pintu belakang, Wahab Bin Nonong telah bertindak menghalau Imam Rawatib yang dilantik Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan melantik dirinya sebagai ‘Imam Bertauliah’ di surau yang dibina di atas tanah adat yang dicerobohnya; milik Anak Negeri Sabah, Nina Bte Gaya.

Natijahnya, penduduk kampung terpaksa membina surau sementara beratap dan berdindingkan karung plastik terpakai untuk membolehkan mereka menunaikan solat lima waktu, tarawih dan majlis tadarus Al-Quran.

Selepas kejadian Surau PPRT di Bukit Belacon, Lahad Datu, Surau di Kampung Lamak Bukit, 20 kilometer dari Lahad Datu ini lebih daif kerana hanya berlantaikan plastik dan mudah diterbangkan angin sehingga jemaah terpaksa menunaikan sembahyang dalam hujan lebat.

“Kita bercadang mahu bina surau baru, tetapi JHEAINS tidak benarkan kerana ada surau yang dibuat Wahab di atas tanah adat peninggalan bapa saya. Wahab halau imam yang dilantik JHEAINS, jadi saya ambil imam itu untuk berkhidmat di surau sementara yang kami buat secara gotong-royong,” ujar Nina sambil menitiskan air mata kesedihan kerana terkenangkan kezaliman Wahab terhadap Umat Islam di kampungnya.

Kata Nina, beliau sedih kerana penduduk kampung terpaksa beribadah dalam keadaan tidak selesa dan daif di sebuah Negara yang agama rasminya Islam dan Adun serta Ahli Parlimennya beragama Islam.



“Kelmarin hujan lebat dan semua jamaah basah kuyup, tapi mereka tetap teruskan solat tarawih kerana Wahab tidak benarkan kita sembahyang di suraunya,” kata Nina yang menegaskan Wahab tidak layak menjadi imam kerana fasik dan jahil.

Memandangkan Imam Rawatib (Imam Tetap) berkenaan, Jimlok Bin Zakariah telah lama berkhidmat di Kampung Lamak Bukit, maka kata Nina beliau menggunakan khidmat Imam Jimlok sejak Januari 2011 (tarikh dihalau Wahab) di surau sementara yang dibina di tanah wakaf yang diperuntukan arwah bapa, Gaya Bin Mansur.

Menurut Nina, beliau bercadang untuk membina surau atau Madrasah di lokasi surau sementara kerana sudah mula mengumpul bata, tiang dan perkakas lain tetapi tergendala kerana ketiadaan bekalan simen.

Dalam separa berbisik, Nina mengharapkan penduduk kampung dapat sembahyang di surau yang didirikannya sebelum fajar Aidil Fitri menjelang tiba, namun hambatan birokrasi menyebabkan hasratnya terpaku di atas kedegilan JHAEINS mengiktiraf surau yang bakal dibinanya secara gotong royong.

“JHEAINS tidak mahu melayan rayuan kami dan hanya mendengar aduan Wahab sahaja; sedangkan hakikatnya beliau menumpang di tanah adat milik bapa saya dan mendirikan surau secara haram; tetapi dibenarkan JHEAINS sekalipun arah kiblatnya tidak tepat,” kata Nina yang menggesa campurtangan Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Sabah, Dato’ Seri Nasir Tun Sakaran.

Bagaimanapun, jika keadaan berterusan, Nina bercadang akan memfailkan kes ini ke mahkamah, termasuk mendapatkan perintah mengusir Wahab daripada tanah adat yang dicerobohnya dengan restu Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu sedangkan permohonan tanah Wahab telah dibatalkan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur.

Kes Wahab ini telah dilaporkan Sabahkini.net bertajuk ‘PATI IC Projek Kini Menjadi 'Raja' Di Tanah Adat?’ namun PATI berkenaan terselamat daripada tindakan undang-undang kerana menjadi Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood.

Oleh: MUHAMMAD HAIKAL HALIM (sabahkini)

48 comments:
Write comments
  1. tindakan harus diambil

    ReplyDelete
  2. pati tu harus di umban di laut.tak tahu malu.kerajaan juga bertanggung jawab masalah ini.jangan jual negara kerna mahu kuasa.projek ic tak selesai selesai juga.halau orang filipin tu balik.

    ReplyDelete
  3. benarkah ini? pekara ini perlu disiasat dengan sewajarnya.

    ReplyDelete
  4. jika benar seperti yang didakwakan, tindakan yang tegas perlu diambil terhadap pati tersebut.

    ReplyDelete
  5. bawa ja kes ini ke Mahkamah dan halau PATI tersebut daripada terus bermaharajalela di tanah kita.

    ReplyDelete
  6. Melampau betul tindakan PATI ini menghalau Iman dan merampas surau orang ramai.

    ReplyDelete
  7. Berani betul Pendatang Tanpa Izin ini bermaharajalela di negara kita serta membuli orang kita.

    ReplyDelete
  8. sudahlah PATI yang mendapat Mykad melalui pintu belakang, merampas surau malah melantik diri sendiri pula menjadi Imam bertauliah. memang sudah melampau.

    ReplyDelete
  9. Itu baru bunga-bunga nanti mereka akan rampas Sabah kalau mereka dapat mengundi dan jadikan cucu cicit kita pelarian tempat sendiri so ubahlah sebelum terlambat di PRU 13.BN dah jadi beban lete us change in PRU 13 and save our generation.

    ReplyDelete
  10. Jika benar2 dia mengamalkan ajaran agama sepatutnya orang2 kampung yang ingin sembahyang di surau tidak dihalau.

    ReplyDelete
  11. kuasa punya pasal rakyat tempatan jadi mcm pendatang ...

    ReplyDelete
  12. isu ini harus diambil perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan...

    ReplyDelete
  13. dan jika benar dakwaan ini, maka wahab harus dikenakan tindakan undang2..

    ReplyDelete
  14. tiada yang akan terlepas dari hukuman undang2 sekiranya terbukti dia bersalah.....maka, perkara ini harus dibawa ke mahkamah agar siasatan dan sebagainya dapat dilakukan..

    ReplyDelete
  15. masalah PATI semakin ketara pula...entah2 silap hari bulan kita Sabahan jadi 'kuli' mereka di negeri sendiri..harap kerajaan sedar apa yang mereka lakukan.

    ReplyDelete
  16. jika benar perkara ini, maka kerajaan harus siasat dan mengambil tindakan undang2 kepada PATI ini dan bukan membiarkan keadaan berlarutan.

    ReplyDelete
  17. jangan pula lebih ramai lagi PATI di tempat itu yang masih belum mendaftar dlm program 5P yang baru tamat

    ReplyDelete
  18. Nampaknya PATI ini tidak sedar diri. Sudah datang tempat orang secara haram merampas lagi tanah orang lain.

    ReplyDelete
  19. Sampai hati juga tidak membenarkan orang lain mengunakan surau tersebut untuk menunaikan perintah tuhan. Biar dia menerima balasan dari maha kuasa.

    ReplyDelete
  20. isu MyKad melalui pintu belakang semakin hangat diperkatakan, harap pihak kerajaan buat sesuatu mengenai hal ini, jika tidak lebih ramai rakyat memberi 'mandat' kepada pihak pembangkang dalam PRU-13 nanti

    ReplyDelete
  21. kerajaan harus menjaga kepentingan rakyat dan menangani masalah yang dihadapi oleh mereka

    ReplyDelete
  22. berani juga tu PATI. Boleh pula lantik diri sendiri jadi imam. Memalukan saja.

    ReplyDelete
  23. Makin tiada adab ni PATI2..sudahlah datang secara haram, buat kacau lagi..kenapa pihak berkuasa 'butakan' mata saja? Atau takut untuk bertindak?

    ReplyDelete
  24. Patut report polis. Biar dia kena tangkap.

    ReplyDelete
  25. Penduduk kampung lebih ramaikan. Lebih baik bersatu hati menentang imam munafik ini.

    ReplyDelete
  26. Siasat Wahab ini. Benarkah dia ini PATI. Langsung tidak ada perasaan sehingga tidak membenarkan penduduk mengunakan surau dan menghalau Imam yang telah diberika amanah untuk membimbing penduduk berkenaan.

    ReplyDelete
  27. Susah dipercayai kelakuan PATI terhadap orang kampung. Walau apapun, siasat dulu, jika benar dan bukti kukuh, seharusnya mengambil tindakan terhadapnya.

    ReplyDelete
  28. Ini menjadi satu "alarm" kepada kempen 6P supaya masalah PATI diselesaikan secepat mungkin. Kekecohan tersebut merisaukan.

    ReplyDelete
  29. PATI memang mengancam ketenteraman negara, semoga tindakan diambil serta merta terhadap mereka yang berkenaan.

    ReplyDelete
  30. Laporkan kes ini dan mulakan siasatan. Kalau betul mereka tersabit dalam kekecohan tersebut, ambil tindakan serta merta.

    ReplyDelete
  31. Hayatilah lagu 'Anak kecil main api' yang di banggakan oleh puak-puak UMNO, itulah yang bakal berlaku di bumi ini..

    ReplyDelete
  32. Seharusnya anggota polis atau tentera menjaga ketenteraman rakyat. Sekarang rakyat diancam, tidak patut berdiam diri dan selesaikan masalah yang agar serius ini. Jika tidak, ini akan membawa akibat yang amat teruk di masa akan datang. Entah-entah, rampas bank nanti.

    ReplyDelete
  33. Serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa, mereka lebih tahu apakah tindakan yang patut dikenakan kepada orang PTI ini. Ini baru bunga-bunga. lanjutannya mungkin lebih turuk

    ReplyDelete
  34. ba jangan tunggu lagi.. bawa terus kes ini ke mahkamah.. kalau sudah salah tu tetap salah juga..

    ReplyDelete
  35. Sial orang ni, membiarkan mereka bersolat di luar malah berhujan lebat lagi...

    ReplyDelete
  36. Jika perkara dibiar begitu, rasa-rasa banyak lagi kes berkait dengan PATI ini akan berlaku. Seharusnya tindakan diambil untuk memberi pengajaran supaya mereka mematuhi undang-undang negara dan menghormati harta orang lain.

    ReplyDelete
  37. Penduduk boleh bersatu-padu menjaga harta sendiri! Jika tidak, rampas pula rumah dan harta orang kampung nanti. Anggota polis perlu mengambil tindakan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  38. Kerajaan seharus mengambil tindakan yang wajar untuk tanggani masalah PATI tersebut, yang penting sekarang, kerharmonian kampung telah terancam, lama-lama lagi, kerharmonian negara pula terancam.

    ReplyDelete
  39. Tindakan perlu diambil segera terutama berkait dengan PATI. Tidak tahu apa akan berlaku jika PATI semakin berleluasa di negeri dan negara?

    ReplyDelete
  40. Ketenteraman negara seharus terjamin. Kelakuan PATI merupakan tanda isyarat untuk kita semua bahawa ketenteraman tergugat, tindakan perlu diambil sebelum terlewat.

    ReplyDelete
  41. Haruskah buat sampai begini, memang melampau...

    ReplyDelete
  42. macam lapuran ini bohong bah ni, saya tengok muka tu gambar macam PTI juga tu, jadi PTI menghalau PTI. ngam juga tu.Sebab apa saya bilang bohong, tingok saja tu gambar surau pun rumputnya tinggi macam ini surau tidak kena pakai untuk sambayang saja ni, kalau ada orang pakai tentu diorang kasi berisi putung itu rumput bah kan. Tamberang saja ni berita, jangan kamu picaya ni.

    ReplyDelete
  43. ya bah, dalam kubur nanti tak disoal apa bangsa, apa no Maykad, kain putih jer yang dibawa.

    ReplyDelete
  44. perkara serius ni,,pihak berkuasa patut siasat dan ambik tindakan sewajar-wajarnya!!

    ReplyDelete
  45. imam yang dihalau itu barangkali tidak bertugas hanya ambil elaun dari kerajaan

    ReplyDelete
  46. Makcik insaflah! kubur kata mari rumah pergi.Dimana makcik masa Hj Wahab menyekolahkan anak-anaknya?Hj Wahab sanggup menjajah pisang dari rumah ke rumah.Manakalah makcik sibuk menikmati wang insuran suami tanpa memikirkan masa depan anak-anak enjoy ke sana sini.Sepatutnya makcik tabung wang itu untuk persekolahan anak anak,bila Hj.Aspala mau menyekolahkan anak-anakmu makcik bagi alasan kalau besar nanti Hj.Aspala akan ungkit.Mengapa sekarang baru mengadu?Mengapa sekarang dengki?Makcik libatkan semua orang yang tidak bersalah.Kesianlah anak-anak makcik,kerana sifat dengki makcik,rezki mereka agak terbantut.Hentikanlah mengugut orang yang tinggal di bahagian makcik supaya menjauhkan surau yang dibina Hj,Wahab.Laranglah anak bugnsu
    makcik menyerang jemaah bermesyuarat di surau Hj.Wahab.Kenapalah makcik didik anak begitu rupa?Kalaulah Allahyarham suami makcik hidup pasti dia sedih melihat sifat dengki makcik kerana saya tahu dia dari keturunan yang baik.Insafla bertaubatlah atas kesalahan yang lalu kerana kita akan pergi hanya diselimuti kain putih.Istighfar banyak-banyak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.