Demi menjaga kelangsungan kuasa Umno-Barisan Nasional (BN), peserta-peserta Program Pemutihan Pendatang Asing (6P) diwajibkan untuk menyokong parti itu pada bila-bila masa.
Perkara itu didedahkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini dengan menyertakan salinan surat sumpah kepada media selain mendakwa ianya sebahagian daripada syarat tetap yang perlu dipatuhi warganegara asing.
Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar program tersebut dihentikan serta merta dan menggesa kerajaan membuka siasatan di peringkat tertinggi untuk memastikan ianya tidak berhasrat mencabul kedaulatan negara.
"Tindakan ini dengan jelas mensabitkan program pemutihan 6P dengan muslihat untuk menjual kedaulatan negara semata-mata untuk menjamin kelangsungan kuasa Umno-BN yang semakin ditolak rakyat," ujar beliau.
Merujuk kepada salinan surat yang dilampirkan, selain dipaksa berikrar untuk menyokong parti Umno-BN, peserta turut dipaksa menyimpan "RAHSIA" tentang perkara tersebut.
Malah sekiranya ingkar maka setiap individu "akan menerima padahnya".
Zuraida berkata, maklumat tersebut diperolehi melalui salah seorang peserta program 6P yang memberanikan diri untuk bekerjasama dan tampil mengemukakan laporan kepada PKR.
Katanya sehingga kini, pihaknya telah berjaya mengumpul hampir 10 orang peserta program itu dan menunggu masa yang sesuai untuk mendedahkan muslihat Umno-BN kepada umum beserta bahan bukti melibatkan program pemutihan warga asing.
Justeru beliau meletakkan tanggungjawab ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya menghentikan program tersebut serta-merta untuk agar penjelasan dapat diberikan kepada umum.
"Sama ada PM tidak tahu apa yang dibuat oleh orangnya atau dia betul-betul bersekongkol.
"Saya juga mencabar pemimpin parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PBS dan lain-lain untuk menyatakan pendirian mereka samada bersetuju dengan muslihat menyeludup pengundi-pengundi hantu atas alasan pemutihan pendatang asing yang dijalankan secara besar-besaran oleh Umno ini," ujar Zuraida.
PKR sebelum ini telah membuat beberapa siri pendedahan mengenai pemindahan pengundi warga asing di kawasan-kawasan parlimen yang dipegang Pakatan Rakyat.
Ini termasuk surat permohonan meluluskan status kewarganegaraan menggunakan kepala surat Umno yang ditujukan kepada Kementerian Dalam Negeri.
Thursday, August 18, 2011
Pendatang Dipaksa Sokong Dan Undi UMNO/BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Siapa suruh kamu orang mahu memasuki negeri kita secara haram.
ReplyDeleteentah benar ke tidak dakwaan ini, setakat kertas mcm tu sesiapa2 pun boleh buat.
ReplyDeleteringkas sangat lah borang tu...entah sejauh manlah kesahihan dakawaan ini..
ReplyDeleteBetul kah tidak ni? Tak baik menipu bulan puasa.
ReplyDeleteKalau betul dakwaan ini, ia sungguh mengecewakan. Harap PM dapat memberi respon mengenai isu ini.
ReplyDeletemasalah lama belum selesai, muncul sudah masalah baru. macam mana ni?
ReplyDeletejika benar dakwaan ini, kepercayaan rakyat akan semakin berkurangan dan tidak hairan situasi yang lebih terukakan berlaku di negara ini. pendedahan demi pendedahan membuatkan rakyat semakin sangsi.
ReplyDeletesurat macam itu boleh buat sendiri la.. sudah banyak kali pemimpin2 pakatan terkantoi kerana membuat laporan yang tidak jujur dan tidak ikhlas.. saya harap pihak polis menyiasat perkara ini sebaik2nya dan dedahkan kepada umum pihak mana yang salah..
ReplyDeleteBetul ke tidak ni. polis harus buat siasatan ni.
ReplyDeleteBukan ini adalah rekaan semata-mata?
ReplyDeleteSabah sendiri telah menbgalami sekian lama dan hari ini ramai PATI filipin ada maykad biru dan hari ini semananjung dah mula,memang bagus kita serahkan sehaja nasib negara pada PATI ic biru menentukan negara kita dan gadaikan anak cucu kita akan datang.Pasti gembira si Neji pasal dia taksub akan pendatang mungkin dia adalah jenarasi dari pilipin, sepatutnya kita kena peka kerana ini negara kita dan ketepikan politik utamakan negara maka berharap benar polis siasat hal ini.
ReplyDeletesi neji asyik nak salahkan pemimpin pakatan? apa kena mengena-mengenai sama PATI, Tolong jawab siapa yang memerintah sekarang?
ReplyDelete