Monday, July 16, 2012

Ramai lagi Tan Sri, Datuk akan tinggalkan Umno

Ramai lagi pemimpin Umno BN menunggu masa untuk meninggalkan parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat lantaran tidak tahan dengan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbirannya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, selepas Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Tamrin Ghafar secara lantang menyeru rakyat meninggalkan Umno BN, ada pemimpin Umno BN lain yang menunggu masa untuk melakukan perkara sama.

"Hampir setiap hari saya minum kopi dengan pemimpin Umno, mereka menunggu masa sahaja untuk keluar daripada Umno. Salah seorang yang mengambil sikap sedemikian ialah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

"Ramai lagi datuk dan tan sri yang menunggu masa meninggalkan Umno," kata beliau ketika berucap di Perhimpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor, malam tadi.

Beliau berkata, semakin ramai rakyat berani menzahirkan tentangan kepada Umno BN kerana isu rasuah dan penyelewengan dalam parti itu semakin terdedah, malah oleh bekas pemimpin Umno sendiri.

"Kita lihat pegawai kerajaan setelah pencen isi borang PAS dan minta rakyat tolak Umno. Kenapa ramai sangat rakyat nak tolak Umno sekarang?

(Antara yang menyertai PAS malam tadi)

"Tidak lain dan tidak bukan kerana Umno amalkan rasuah, ketirisan, penyelewengan," katanya di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri stadium.

Perkauman


Menyedari perkara ini kata Mohamad, Umno BN giat memainkan isu perkauman untuk menarik sokongan orang Melayu dengan melaga-lagakan orang Melayu dengan DAP.

"Jalan lain tidak ada bagi Umno untuk mempertahankan kuasa. Mereka berhujah di sudut perkauman.

"Ketika kita berhimpun di sini, kita lihat sebaran dibuat kepada Melayu Islam mengenai DAP. Barangkali penuh di luar sana disebar bahawa kalau Umno kalah yang akan jadi perdana menteri ialah DAP. Ini pembohongan," kata beliau sambil memegang risalah mengutuk DAP yang disebar di seluruh Malaysia.

Tambah beliau, tindakan terdesak ini untuk menarik undi orang Melayu.

"Mereka gunakan ini untuk tarik Orang Melayu. Mereka tak harapkan Cina, tak harapkan India. Oang Asli pun mereka tak harap," katanya.

-HD

23 comments:
Write comments
  1. Cepat tinggalkan Kapal UMNO yang sedang karam kerana nahkodanya asyik lap air liur!

    ReplyDelete
  2. ABU - Aku Bersama Umno

    ReplyDelete
  3. Mari kita ramai-ramai undi BN/UMNo supaya dengan mandat itu BN akan sembelih kita dengan cukai GST selepas PRU13 yang Najib janjikan kalau tidak negara akan bangkrap kata Idris Jala.

    ReplyDelete
  4. good luck!

    UMNO bukan la sebuah parti yang tiada cacat cela, bukan juga sebuah parti yang terbaik..... tetapi di antara senarai parti politik yang ada..... UMNO adalah terbaik!!!

    *ahli umno. bersatu, bersetia, berkhidmat

    ReplyDelete
  5. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

    Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

    Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.
    Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi. Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.

    Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih. Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.
    Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

    Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

    1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
    2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

    Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

    Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan. Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan. Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di ASIA TENGGARA.

    Kami kecewa..Islam dipermain2kan

    ReplyDelete
  6. sdr onany : july 19 :12.08 pm

    Saya nak tanya..yg dok kecoh isu binaan berhala dudok ke brdiri ke dKelantan tu pasai pa ye? Utk saudara sembahke atau utk org siam. Kalu utk org siam,pasai hang nak komen mcm org bodoh. Org umno pun tak mau komen mcm hang buat nih.Saya nnak khabaq kat sdara..diThailand tu..RM6,000 setahun krajaan depa bagi setiap sorang utk belajar di sekolah agama islam dsana. Boleh pulak depa bagi kat sekolah agama islam,patutnya kalu kerajaan Thai tu akal mcm hang..memang sah kena bakar sekolah agama disana..sebab apa? fanatik jer. Sepanjang aku lalu di Jong Bakar , kg Bunohan ke atau kg jambu ke ..Tumpat ke takde pula org islam masuk dok nyembah berhala tu dan takder pula rushan kaum kerana berhala. Itu hak masyarakat siam,biaq pi la. kalu tok guru yg pimpi negeri tak buat masjid atau takmampu,biaq pi la asai ada masjid sekarang mampu tampung jemaah dan di imarahkan. kalau hang dah derma duit utk bina masjid baguih le buat apa hangdok pi cerita. Ingat tak abdullah b ubai, seorg sahabat Nabi SAW dulu juga buat masjid pd waktu itu, tp malaikat jibril turun pesan pd nabi SAW yg beliau tu munafikin,wlau pun buat masjid.

    kalau hang kecewa islam dprmainkan..bristiqomah brsma PAS utk menentang golongan mustakbirin/kuffar.

    ReplyDelete
  7. arafat ni bukan boleh ditegur partinya.. emosi, dendam, hasad, mental block, skeptikal, marah2. NEGATIFNYA MEMBAWA KE NERAKA!! ARAFAT & KETURUNANNYA JAHAT2 & TAK MENGENANG BUDI! ARAFAT ni LAKNATULLAH. moga hidup kamu tak senang dunia akhirat!! pndptnnya kerajaan BN bayar, siap naik kapal terbang lagi.. sedarlah gaji kamu tu, dibayar dari hasil judi!!

    amenoman

    ReplyDelete
  8. Mereka yang mementingkan kebaikan diri baik keluar parti cepat-cepat, jangan jadi batu penghalang dalam BN.

    ReplyDelete
  9. Apa yang hairan sangat dengan isu lompat parti, ini memang sudah menjadi budaya dalam politik Malaysia.

    ReplyDelete
  10. keluar masuk parti perkara biasa dalam politik.

    ReplyDelete
  11. sama2 kita naikkan parti BARANG NAIK(BN) utk kita rasai nikmati GST iaitu cukai beli barang yg kit akena bayar tak pasal2 pd gomen..hidup Barang Naik(BN)

    ReplyDelete
  12. jom sama2 jatuhkan kerajaan yg bayar gaji k/tgn gomen dgn duit judi.. Bukan kata saya tapi kata amenoman

    ReplyDelete
  13. UMNO patut kenalpasti faktor yang menyebabkan ada antara ahli malah pemimpin UMNO yang nekad untuk keluar parti.

    ReplyDelete
  14. Jika mereka ingin tinggalkan UMNO tidak ada apa yang hendak ditakukan. Itu sudah menjadi pilihan mereka untuk meneruskan perjuangan mereka.

    ReplyDelete
  15. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk berjuang dan pilihan itu ada ditangan anda.

    ReplyDelete
  16. Sehingga kini masih tiada jawapan apakah sebabnya Kerajaan Malaysia yang dikuasai UMNO/BN membenarkan pembinaan Gereja terbesar di Asia Tenggara dan tercanggih di dunia di Negara ini.

    Meskipun agama Kristian bukanlah agama rasmi Negara Islam Malaysia dan jumlah penganut agama tersebut adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan Negara jiran Indonesia dan Filipina Negara kita punya Gereja yang terbesar di Asia Tenggara.

    Gereja yang dinamakan Calvary Convention Centre (CCC) merupakan gereja yang terbesar dan tercanggih di Asia Tenggara terletak bersebelahan Bukit Jalil Golf &Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium.

    ReplyDelete
  17. mereka yg bergelar 'tan sri, datuk2' maakinnn raamaaii masuk PAS dan mereka yg bergelar 'pelacor' tetap setia barsama umno@umporno.

    ReplyDelete
  18. Mereka yang akan lompat kerana mendapat habuan yang lebih lumayan di pihak pembangkang

    ReplyDelete
  19. Aiii..pembinaan gereja pun dikaitkan dalam politik?? Kenapa tak heboh orang2 cina buat tokong besar2 di Kelantan... Majoriti bukan ka Islam..

    ReplyDelete
  20. 22 Julai 2012, Ahad; bekas ahli Pas Kamaruddin Abd. Halim, 48, mengingatkan rakan-rakannya yang taksub kepada Pas agar sedar dan meninggalkan parti itu demi kepentingan keluarga masing-masing."Sejak boleh mengundi pada umur 21 tahun, saya menjadi penyokong kuat Pas pada bila-bila sahaja pilihan raya dan kami akan lakukan apa sahaja untuk tewaskan UMNO. Saya salah. Pas memang tidak bekerja kepada rakyat! sibuk berceramah dan hanya memperguna Islam bagi memacu agenda politik mereka. Janji yang ditabur adalah janji kosong. Di Kelantan, kami tertipu.!"

    "Tetapi untuk pilihan raya akan datang, kami akan berjuang memberi kemenangan kepada UMNO untuk memerintah negeri Kelantan ini dan membawa kemajuan di tempat kami," kami orang kecil. Pas sekarang sangat bernafsu mencari Tan Sri, Datuk-datuk serta artis.. tapi kami percaya dengan usaha, ketelusan, keislaman dan keterbukaan BN menerima pendapat orang-orang kecil dan bawah!" katanya.

    Sementara itu, Mustapa ketika berucap pada majlis itu menyatakan kesyukuran dengan kesedaran ramai ahli Pas yang kini mula terbuka hati mereka untuk menyertai UMNO.

    "Saya sangat gembira dengan keadaan ini, jika dahulu mereka menjauhi UMNO tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan.

    "Ribuan penyokong Pas pula menyertai UMNO yang membuktikan sokongan kepada UMNO semakin pulih dan kita akan pastikan nasib mereka terbela," katanya.
    Kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji mereka untuk membantu rakyat dan membangunkan negeri ini menyebabkan semakin ramai penyokong tegar parti itu kini beralih kepada UMNO.

    ReplyDelete
  21. abih ler org PAS..sebab semua dah keluar parti. Sama teori dgn yg trjadi tahun2 2004 dan 2008. Akhirnya dapat 5 buah negeri walaupun ramai ahli pas tinggal parti.

    ReplyDelete
  22. berita baik..berita baik..berita baik. Datuk Ljim Ukin brjumpa dgn MB Kelantan pulak.. Betul lah tajuk artikel nih..

    ReplyDelete
  23. Betul atau tidak kita cuba lihat nanti PRU13 ini. Jawapan semua ada pada PRU13 ini nanti.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.