Keretakan BN Sabah sudah pun terserlah, ia bukan lagi retak yang menanti belah tetapi sudah terbelah. Cuma apa yang terbelah itu belum berpisah (tercabut) lagi, umpama kelapa yang dibelah dua, di antara satu sama hanya terikat dengan beberapa urat sabut sahaja.
Apakah majlis atau himpunan sempena hari Malaysia pada 15 dan 16 September yang bakal diadakan di Sabah dan Sarawak kelak akan menyaksikan dua 'tempurung' itu akan berpecah dan terpisah di antara satu sama lain?
Tanggal itu nanti akan ada beberapa tokoh BN di Sarawak mengistyharkan meninggalkan komponen yang mengusang itu?
Kita tunggu saja perkembangan di Sabah yang begitu mencemaskan UBN dan memberi sinar dan harapan baru kepada Pakatan Rakyat kini. Anwar Ibrahim sendiri nampaknya begitu konfiden dengan apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak muasir ini. Buktinya kalau beliau tidak konfiden Sabah dan Sarawak akan mengenapkan korum untuk menguasai parlimen Malaysia, penasihat umum PKR itu tidak akan bermain dengan kata-kata atau janji lisan politik; kalau tak menang dia akan bersara. Sudah dua kali Anwar menzahirkan kononnya dia akan bersara kalau pilihan raya kali ini tetap juga tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Amat 'rohok' bagi seorang politik melafazkan perkataan bersara secara mudah. Perkataan bersara tidak ada dalam kamus orang politik. Betapa pun kalau sudah sampai masa bersara, di dalam persaraan itu pun mereka masih aktif dan terus memainkan peranan. Itu Mahathir Mohamad walaupun sudah pensiun tetapi ada kalanya lebih laju dan lantang dari mereka yang masih memegang kuasa. Mahathir tidak akan bersara penuh selagi Udin anak Yassin belum jadi PM dan anaknya Mukhriz menjadi timbalan Udin. Kalau pun dia ditakdirkan meninggal sebelum anaknya berjaya dalam politik mungkin keranda dan batu nisannya tetap akan berkempen untuk Mukhriz?
Mahathir berbeza dengan Abdullah Badawi yang mengotakan katanya bila sudah pensiun dia terus pensiun dan menjadi negarawan dihoarmti.
Apa tah lagi dengan Anwar yang gelora perjuangannya bukan berdebur dan mengamuk sejak beliau mengenali politik Umno, (1982) tetapi ia bermula di bangku sekolah lagi. Jadi saya tidak fikir Anwar semudah itu akan bersara, melainkan kata-kata yang dilafazkan itu satu ejekan atas keyakinannya selepas ini rakyat akan menukar kerajaan dan beliau bakal dinobat sebagai Perdana Menteri.
Munasabah dan berasas kalau Anwar berkeyakinan begitu. Malaysia Timur nampaknya akan menjadi pemacu kepada perubahan kerajaan di Malaysia. Istidraj politik nampaknya akan berlaku di negara ini. Yang akan menjadi pemangkin membalikkan kerajaan BN bukan di Semenanjung tetapi di Sabah dan Sarawak?
Tanda-tanda awal ini sudah jelas dan kini sedang menanti tanda-tanda pertengahan. Selapas Sabah terbelah, kini ia sudah memborak (merebak) ke Sarawak pula. Mungkin perpecahan di Sarawak tidak begitu ketara lagi. Justeru ada yang merasakan Sarawak masih menjadi simpanan tetap BN. Umno khasnya masih menyanyi lagu simpanan tetap 1 Malaysia. Tetapi sedarkah dengan beberapa perkembangan terbaru yang menjadi negatif kepada UBN sehari dua ini sedang berlaku di Sarawak? Adalah satu kesilapan bagi UBN dan Ha Najib Razak kalau menerima apa yang berlaku ini perkara biasa. Sikap menganggap fenomena itu perkara remeh bakal menjerat leher UBN dan Ha Najib.
Perkembangan yang bakal menyebabkan Najib akan menggaru kepala separuh botak yang tidak gatal itu ialah apabila beberapa pemimpin tertinggi BN di Sarawak termasuk Taib Mahmud sudah mula membuat jentikan minda kepada Najib dan memberi mesej jelas apabila beliau mahukan kerajaan Persekutuan (Petronas) membuat semakan ke atas royalti minyak 5% untuk Sarawak? Apakah maksud Taib Mahmud ini? Ia tidak boleh dipandang mudah dan makna di sebalik mesej itu yang dibuat dalam situasi hari ini hendaklah difahami searif mungkin.
Jika hubungan Taib dengan Najib lendik, tidak mungkin Taib akan membuat usikan itu. Taib tidak akan bergurau dengan Najib dalam keadaan seperti hari ini. Gurauan itu adalah gurauan biawak! Gurauan yang boleh meresahkan Najib. Atau kalau Sarawak hendakkan juga, Taib harus bersuara dalam senyap dengan membisikkan kepada Najib. Tetapi apabila dua menteri kanan Sarawak turut bersuara hal itu menunjukkan Sarawak sedang bermasalah dengan Kuala Lumpur, dan desakan itu terbuka.
Dua menteri kanan yang meminta kadar royalti petroleum untuk Sarawak dikaji ialah James Masing dan Fatimah Abdullah, demikian menurut sdr Musli Oli menerusi Fbnya. Mereka ini tidak akan menyuarakan subjek yang sensitif ini kalau tanpa restu Taib. Soalnya pula kenapa Taib mengizinkannya mereka menimbulkan perkara itu? Persoalan dan keluarbiasan inilah yang perlu dimasukkan ke dalam mahkmal politik Najib untuk dianalisis.
Bagi seorang pemain politik yang bijak dan licit persis Taib waktu inilah untuk dia membuat apa-apa tuntutan kepada Najib. Taib adalah pengguna wang paling handal untuk ketahanan politiknya di rantau ini. Masa ini adalah terbaik. Dalam Najib belum selesai dan gagal menyelesaikan tuntutan beberapa perkara di Sabah menyebabkan tokoh-tokoh dan kerabat BN meninggalkan parti itu, inilah masanya untuk Taib mengerudi Najib. Politik mana ada belas kesihan dan simpati dan selalunya orang politik akan menyerang musuh dan kawannya sendiri waktu mereka sakit. Opotunis dan hipokrasi adalah dua dari empat rukun politik, 4C.
Apa perlu diingatkan Taib ada terasa hati dengan Najib semasa pilihan raya negeri Sarawak dulu bila mana Najib secara terbuka meminta Taib berundur demi menyelamatkan Sarawak. Gesaan itu meninggalkan kesan mendalam di hati Taib. Taib tidak akan melupai sama sekali gesaan itu yang dianggap ia adalah cabaran jiwa terbesar untuknya. Apakah dengan kesan itu tidak mustahil kalau Taib ingin mengajar Najib bagamainan untuk bermain dengan kuasa politik?
Mungkin Taib sedar tuntutan atau permintaan Sarawak itu akan dilayan. Dalam keadaan Najib memerlukan Sarawak setelah Sabah terbelah kini, bagi fikiran Taib, Najib akan memenuhinya. Kerana itulah beliau mengacah beruk ke atas Najib. Waluapun sukar Najib akan cuba memenuhinya demi menyelamatkan simpanan tetap dalam banknya di Sarawak.
Taib pula boleh saja untuk terus ugut Najib dengan membuat kenyataan kemungkinan PBB juga akan meninggalkan BN. Kalau inilah dibuat Taib Najib boleh jantuh pengsan terus dan Rosmah juga boleh tersalah ambil fesyen coli yang hendak dipakainya.
Kerenah Taib dan beberapa orang menteri kabinet Sarawak ini merimaskan Najib dan memberi denyutan baru di kepala Najib. Ia mungkin menyebabkan Najib akan terbang malam ke Sarawak pula kali ini seperti mana pernah dilakukan ke atas Sabah baru-baru ini. Beliau akan jadi seperti kucing kejatuhan anak, ke hulur dan ke hilir menyelesaikan masalah yang makin bertimbun dan menyerabut.
Dalam pada itu usikan Taib di Sarawak itu tambah menyakinkan padangan ramai bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin dilewatkan sampai ke tahun depan dan menyebabkan ramalan Sabah dan Sarawak bakal menjadi pemancu sebenar kepada perubahan kerajaan negara ini semakin nyata.
Oleh Mohd Sayuti Omar
Thursday, August 23, 2012
BN Sarawak Pula Bakal Terbelah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang nampak pun tanda2 tu sebelum ni lagi, hanya kuasa dan talian hayat meeka spt SPR dan PDRM jer yg banyak membantu BN. Jelas berlaku pd beberapa siri PRU atau "by-election before".
ReplyDelete-BIDAYUH
saya nampak keretakan dan ketidak sehaluan dalam PR pun makin jelas.tidak hairan kalau PRU nanti wujud perlawanan 3 atau 4 penjuru.
ReplyDeleteNampaknya pelbagai berita mengenai BN mula dipermainkan. Apa pun yang pasti sekarang ini cuma kita dapat memberikan andaian dan tidak semestinya andaian itu tepat.
ReplyDeleteKeretakan PKR sedang berlaku di Pulau Pinang, DAP boleh jadi penentang di dalam gabungan ini, sama-sama ditunggu apa kesudahannya,Anwar Ibrahim sudah mula pening kepala itu sebab dia katakan bersara selepas PRU 13, jika gagal menawan Putera Jaya.
ReplyDeletetak tau lah dimana retaknya PR yer. Sebab yg dok kecoh tu suratkhabar umno utk orang2 umngok. Yg den nengok dia orng saling barsama mendedahkan penyelewengan BN scara brsepadu seluruh nagara. Ye lah, BN takut lalu dminta suratkhabar mereka main peranan tutop citer dan timbulkan citer 'masalah' dlm PR utk hidangan istimewa org umngok jer. Rakyat kebanyakan dMalaysia dah dpt menilai segalanya...insya allah BN bungkus pd PRU ke 13 nih.
ReplyDeleteDatuk Marcus Mojigoh berkata BN Sabah semakin stabil berikutan dengan keputusan beberapa pemimpin untuk keluar parti. Tak perlu bimbang pun.
ReplyDeleteDatuk Muas Aman juga berkata, peningalan pemimpin tersebut tidak akan membawa impak kepada parti BN dalam PRU-13. Lebih baik lagi untuk BN kerana dah mencabut duri dalam daging.
ReplyDeleteParti Pembangkang tidak berpeluang untuk memenangi majoriti kerusi di Sabah selagi mereka tidak bersatu, pecahan undian dalam pembangkang akan membolehkan BN Sabah menang dengan mudah.
ReplyDeleteNAH......bagi peluang pula untuk merasa apa itu 'HILANG WANG PERTARUHAN' pada BN terutama pada UMNO pada PRU13 ni....ayuh rakyat seluruh negara kita bergabung dan bersatu.
ReplyDeleteLajim Ukin lompat sana sini rakyat sabah tidak hairan sebab itu kerja dia suka lompat, wilfred bumburing tanya orang tamparuli apa dia buat selama berada dalam kerajaan, ini orang tidak boleh pakai punya bagus dia jadi calon tetap kalah punya, maijol mahap pula ikut-ikutan sekejap jadi glamour sebab ikut belakang dan biasanya orang yang ikut-ikut belakang ini selalunya di belakang saja, jadi jangan maijol mimpi boleh menang di kota marudu,paling bagus tanya kami orang kota marudu dia boleh menangkah? apa jasa maijol di kota marudu bagus lagi itu ketua kampung pandai lagi urus orang kampung berbanding maijol.
ReplyDeleteLebih baik jadi katak daripada anjing BN!
ReplyDeleteKalu Serawak boleh sumbang 10 kerusi Parlimen pun cukuplah ditambah Sabah 10, sudah dapat 20 kerusi. Di Semenanjung, PR perlu tambah 13 kerusi drpd 87 yg sedia ada. Angka ini boleh dicapai. Putrajaya milik kita! Kita tunggu macai2 UMNO Sabah jilat Anwar Al-Juburi! UMNO mana tahan jadi pembangkang.
ReplyDeleteasalkan bukan umno/BN=GST,Biar party Sabah perintah Sabah bukan dari semananjung umno say no ini kali laaaa mau tau pru 13.
ReplyDeleteJnagan terlalu konfiden Anwar. Sakit tu rasanya bila kecewa kerana apa yang dihajati tak tercapai:P
ReplyDeletePenentu perubahan adalah rakyat kerana kuasa itu ada di tangan rakyat. Jadi kita sebagai rakyat harus melakukan apa yang patut.
ReplyDeleteMustahil lah... Sekarang ni lihat gaya, rasanya pembangkang yang banyak sangat pecahan dan mustahil utk mereka menang kecuali kalau tiba-tiba mereka bersatu. hihihi
ReplyDeletePersaingan pasti akan sengit, namun saya yakin hanya yang terbaik akan jadi pilihan rakyat.
ReplyDeleteKita tak tahu apa yang akan berlaku nanti, jadi bersedia sajalah untuk berdepan dengan segala kemungkinan.
ReplyDeletePRU 13 bila bila saja akan berlaku nemun,seandainya pembangkang tidak bersatu jangan mimpi mau menang pada PRU 13,cara pembangkang yang akan membawa sendiri terlingkup sebab UBN pembina kerjaan yang pesti rakyat akan berfikir fikir sama ada mau tukar kah atau sebaliknya.Setiap pantai akan berubah apa bila ombak melanda dan kalau sesat dihujung jalan beliklah kepangkal jalan,rakyat mesti mau terima punya UBN.
ReplyDeleteMahathir gila kuasa. Nama saja pencen tapi masih juga sibuk mahu control semua.
ReplyDeleteTaib paling lama jadi KM. Tidak mahu bagi peluang kepada muka baru ka untuk jawatan tu?
ReplyDeleteBN Sarawak tidak akan terbelah.
ReplyDeleteaku baru pulang dari miri, sarawak! keluargaku org2 dayak laut & darat. semua menyata rasa nda puas hati dgn sentimen org2 cina yg nampak jelas makin cauvinis & rasis! madah adik2 iparku. mereka mo saja bunuh org2 cina selapas PRU13! rampas rumah, harta & tanah org2 cina!! sebab sombong & makin dingin dgn org2 peribumi! tengoklah..
ReplyDeleteaku pujuk jangan! nda bagus.. berdasar situasi sekarang, aku rasa nda lah. tapi situasi kita ni macam api dalam sekam aja! cina adalah pencetus sebab mereka terlau skeptikal & ego bila dipujuk! bukan masalah jutawan taib & sarawak..
bukanka susah mau pimpin org2 cina? kehendak melampau mereka harus diikut! tengokla..negara cina pun diperentah oleh komunis!
ReplyDeletemembangkang aja ditembak, dibunuh! satu komuniti dihapuskan oleh regim komunis!! aku rasa pendekatan itulah sesuai untuk org2 cina! macau, taiwan pun gegak gempita dgn pergaduhan khususnya ahli2 parlimen.huhu
sarawak memang akan terbelah la selepas pru13 ini!! terbelah akibat rasis & kaum jika nda dijaga bha
Anon 5:05 25 Aug Jangan bersikap perkauman disini! orang2 Sarawak yg paling toleransi. Dah berdekad orang2 Sarawak menjalin hubungan baik antara kaum di Malaysia. Kalau nak tiup api perkauman pergilah ke tempat lain!
ReplyDeleteada saja isu yang cuba dimainkan oleh pihak2 tertentu.
ReplyDeleterakyat harus pandai menilai mana yang terbaik untuk mereka.
ReplyDeletekadang2 ada pihak sengaja membesar bearkan sesuatu pekara untuk dapatkan perhatian.
ReplyDeletesaya lihat kalau di Sabah, pembangkang yang ada masalah untuk bersatu.
ReplyDeleterakyat pasti dapat buat pilihan yang terbaik untuk mereka.
ReplyDeleteAKU FIKIR P.R PUN SEMAKIN RAPUH..BKN MEDIA PRO UMNO YG MAINKAN ISU TP MALAYSIAKINI YG KETENGAHKAN PSL ISU DAP DAN PKR DI PENANG..BODOH ANON DI ATAS KALAU DIA FIKIR P.R SEMAKIN KUAT..WOII TAMBEY!! ITU PAS DAN DAP PUN DUA2 NDA HABIS2 PSL HUDUD KO BOLEH CAKAP PLA YG DORANG SEKARANG NI DAH TDUR SEKATIL..HAHAHAHHA..ITULA OTAK DH KARAT BACA HARAMKAH DAILY DAN SUARA KEADILAN PENZINA DAN PELIWAT TEGAR..HAK PTUUIIIHH!!!
ReplyDelete""Keretakan BN Sabah sudah pun terserlah, ia bukan lagi retak yang menanti belah tetapi sudah terbelah.""
ReplyDeletesetahu saya pembangkang sabah yang terbelah.. sampai sekarang masih tidak bergabung..
Taib minta kaji semula royaltipun ada mesej ka?? terdesak sangat la pembangkang ni.. ada saja yang dipolitikkan.. macam mana pula kalau Taib minta peruntukkan jalan, sekolah dan sebagainya? ada mesej tersirat??
ReplyDeletedengan keadaan pembangkang hari ini, saya yakin pembangkang akan tetap membangkang aka meroyan selepas PRU13..
ReplyDelete"Taib pula boleh saja untuk terus ugut Najib dengan membuat kenyataan kemungkinan PBB juga akan meninggalkan BN"
ReplyDeletejika Taib mahu bawa PBB keluar dari BN kenapa perlu guna isu royalti? apa susah, keluar saja la..
Losing the continuity of a good government run by the Barisan Nasional (BN) will be a big loss to the nation as the coalition has run the country very well for more than 50 years.
ReplyDeleteIn observing this, Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud said Malaysia should not be governed by inexperienced people as it would only lead to a path of destruction.
ReplyDelete"No political newcomer can produce miracles and say, they can perform even better," he said at the ground-breaking for Sarawak's latest university, Sarawak University College of Technology, by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at Old Airport Road.
ReplyDelete"The Barisan Nasional...they have quality leaders and people who can transform the country.
ReplyDelete"Najib, he knows too, the needs and aspiration of the state very well, as he has been a very regular visitor, either to its urban or rural centres, since leading the federal government, three years ago," noted Abdul Taib.
ReplyDelete
ReplyDeleteAs such, he said, Sarawakians should once again rally behind his government to allow the state, on the verge of modernising itself, achieve these aspirations successfully.
ReplyDeleteLater, speaking at a Hari Raya gathering organised by the Nangka state constituency at the Masjid An-Nur, which was also attended by the prime minister, Abdul Taib said:
ReplyDelete"It is the big struggle of the people to defend the BN government which has the commitment and history of bringing development and progress to the state."
He said the struggle would soon get more complicated each day, but the BN would be equal to the task as its leadership had shown it had the capacity and ability to similarly improve, as well.
ReplyDelete
ReplyDelete"Let us all give our biggest mandate to Najib to lead the government again in the coming 13th General Election.
"Let us come out in full force to vote for his government and his leadership and reject those who merely want to make a lot of promises," added the chief minister.
ReplyDelete