Sunday, February 3, 2013

Apa Dibimbangi Terhadap Musa Telah Terjadi

Mula-mula lagi saya telah mengsyaki sesuatu yang tidak baik kepada bekas Ketua Polis Negara, Musa Hasan bila dia secara tiba-tiba menunjukkan minat kepada Pakatan Rakyat dan dalam masa sama mengkritik bekas pasukannya

Asas kesangsian saya mudah, Musa ialah polis, polis merupakan peribadi yang tidak boleh dipercayai kerana mereka sangat menghormati pasukan mereka. Setiap dari mereka akan bersumpah taat setia dan memegang piagam perkhidmatan. Piagam itu mereka akan genggam hatta hingga ke saat akhir hayatnya. Ada orang kata kalau dia polis jangan dipercayai ketegasannya dalam jawatan baik dia ayah, abang, adik, isteri atau suami kita.

Saya pernah menonton sebuah filem Barat mengenai ketinggian peribadi seorang tentera. Tentera ini sangat menghormati kepada ikrar dan sumpah setia perkhidmatannya. Dia sangat menghormati kepada ketua dan sedia berkorban untuk negara atas arahan bosnya. Kerana semangat tentera itu sudah 'menjelirat' ke dalam darahnya, hingga ke saat beliau hendak menghebuskan nafas terakhirnya dia masih angkat tangan, (tabik) kepada ketuanya yang menziarahi dia saat di sakaratumaut itu.

Nah.. begitu juga dengan polis, apa lagi orang seperti Musa Hasan, bekas IGP. Orang yang bertaraf sepertinya tidak mungkin akan terbalik ketaatanya kepada kerajaannya dengan begitu mudah kalau tanpa ada sebab musabab besar. Apa lagi kenaikannya menjawat jawatan itu dengan melangkau beberapa orang pegawai senior lain lagilah dia perlu berdisiplin. Dalam kata lain kenaikan Musa menjadi IGP kerana ada sebab bersebab tentulah dia berterima kasih banyak kepada 'rekmendor'nya.

Jadi apabila dia menunjukkan angin kepada Pakatan Rakyat menyebabkan saya berburuk sangka mengira ada sebab bersebab dan ada undang di sebalik batu. Saya mengambil pedoman bidalan orang tua-tua; tempuan tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada mengada. Justeru apabila Musa menunjukkan baik hati dan buang tabiat ingin berbudi dengan Pakatan Rakyat tertentu ia ada motif tersirat.

Lantaran itu sebaik saya mengetahui dia sedang merisik untuk menyertai PAS, saya terus menembaknya awal-awal lagi. Saya memberi ingatan kepada PAS agar tidak mudah terpesona dan tertawan dengan perubahan fiil perangai Musa Hasan. Gara-gara itu menyebabkan Musa terpaksa menafikan dan PAS juga terpaksa membuat penelitian semula terhadap sikap ganjil Musa.

Wahasilnya dia tidak jadi mengisi borang PAS. Terima kasih kepada tokoh veteran Umno yang memecahkan maklumat ini kepada saya. Mungkin kalau maklumat ini tidak terpecah awal boleh jadi Musa kini sudah pun berada dalam PAS, dan telah pun hadir ke muktamar PAS di Kota Bharu yang lalu.

Apabila beliau gagal untuk menyusup di dalam PAS dan memecah belah kepaduan PAS dengan parti Pakatan Rakyat khasnya PKR, beliau membuat tektik dan strategi lain. Musa memang seorang hebat dan tidak tahu malu muka. Seorang tali barut yang bagus. Bayaran atau pun benefit yang bakal diperolehinya kalau misinya berjaya mungkin dapat membayar segala malu aid dan maruahnnya yang tergadai kerana aksi itu.

Selepas gagak mengetuk pintu PAS dia berjinak-jinak pula dengan Anwar Ibrahim. Langkah pertama dia menarik balik saman ke atas Anwar Ibrahim berhubung dakwaan Anwar di dalam satu laporan polis menuduh dia terlibat dalam menyembunyikan maklumat bersama Ghani Petail. Penarikan balikan saman itu mengejutkan bukan saja Anwar tetapi orang ramai juga. Apa lagi ianya bukan atas kehendak Anwar.

Semua orang naik bingung dan mula merasakan Musa seorang yang baik dan lebih diharapkan dia akan membantu perjuangan Anwar kononnya atas rasa insaf kerana menyusahkan Anwar sewaktu era reformasi dulu. Mereka yang berhati lembut mulai merasa lunak dengan Musa dan suka sangat kalau dia berbalik hati memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kehadiran Musa itu akan disambut dengan pulut kuning dan ayam panggang.

Keberanian diambil oleh bekas Pengarah Siasatan Jenayah, Fauzi Shaari dijadikan ukuran bagaimana hati nurani Musa terbuka dan menginsafi apa yang berlaku. Begitulah selalunya rakyat bersangkat baik kepada penjawat awam, walaupun rekod penjawat awam itu cemar dan buruk dan menyakitikan hati mereka sewaktu memegang kuasa.

Sebenarnya beberapa bulan sebelum Musa cuba menjinak diri dengan PAS sudah ditaburkan propoganda kononnya Musa seorang yang kuat bersembahyang. Nama ayahnya Hassan Azhaari digunakan untuk mernunjukkan akan ketinggian budi dan akhlak bekas IGP ini. Saya sudah hairan kenapa nama Musa tiba-tiba dijaja dengan sebegitu rupa. Belum pernah selama beliau berkhidmat di dalam pasukan polis nama baik dan maruah ayahnya ditimbulkan bersama namanya. Rupa-rupanya ada muslihat di sebaliknya.

Seperti kata tadi selepas gagal menjinakkan PAS dia cuba menjinakkan Anwar pula. Anwar juga mulanya sudah mulai termakan dengan perangkap Musa dan mulai hendak jinak dengan Musa Hasan. Begitulah Anwar seorang yang tidak tahu berdendam dan pemafaat serta redha atas takdir yang berlaku mudah bersangka baik. Dia tidak tahu implikasi di sebalik bersangka baik sebab itu dia selalu kena main dalam manis oleh konspirator yang hendak menjatuh dan memusnahkan kerjaya politiknya.

Ketika saya berjumpa dengannya di mahkamah, dengan bangga Anwar bercerita kepada saya yang Musa telah berubah hati dan bersedia membantu Pakatan Rakyat. Kononnya Musa akan mendedah berberapa tembelang polis dan kerajaan yang masih menjadi msiteri sebelum ini. Cara Anwar bercerita hari itu beliau yakin sangat dengan madah berhelah Musa itu.

"You tahu Musa Hassan pun telah mula berubah," begitulah Anwar membuka cerita. Saya tahu dia mahu menarik perhatian saya. Saat itu kami kebetulan sedang minum di kantin kompleks mahkamah selepas rihat pendengaran bicara satu kesnya. Meja kami berdekatan dan dia datang berdiri di meja kami.

"Dia dah tarik saman ke atas saya," sambungnya lagi dengan wajah ceria. Saya tidak memberi respon pantas dan hanya mendengar saja.

Entah macam mana hati saya mendidih dengan tiba-tiba apabila mendengar nama Musa Hasan yang terus disebut-sebutnya itu lantas bekata; "saya ingat Pak Sheikh jangan percayakan Musa, dia ada udang di sebaoik batu. Dia nak kenakan Pak Sheikh saja," kata saya. Anwar tercenggang dan mengenyitkan kening macam Ziana Zain seakan tidak percaya dengan apa yang saya katakan.

"Jangan mudah percaya Pak Sheikh, dia ada motif," tekan saya lagi dengan lebih tegas. Adik Anwar, Rosli yang berdiri di sampng kami terus menyampuk; "aku dah kata dah...," Rosli bersetuju dengan pandangan saya dan dia terus meninggalkan saya bercacangan dengan Anwar. Mungkin Rosli berbulu dengan sikap dan perangai abangnya yang mudah kesian dan percayakan orang itu.

"Tetapi... ok la...," Anwar sambung lagi sekaan kurang senang dan cuba menyenangkan saya. "Itu...pun bersama kita," tingkah lagi Anwar sambil memberi isyarat kepada bekas Ketua Pendakwa yang mengendalikan kes liwat II nya dulu dan kini telah bertindak membelanya pula. Anwar mengambil contoh pendakwa itu terhadap apa yang berlaku ke atas Musa Hasan.

Bila saya menunjukkan kejengkilan kepada Musa, Anwar jadi serba salah hari itu untuk menceritakan perubahan Musa. Dia tidak senang dengan gelagat saya. Hari itu juga dia menyebut, Musa ada hendak berjumpa dengannya. "Dia nak jumpa saya, tetapi saya suruh jumpa orang lain dululah..." ceritanya menyebabkan saya sekali lagi menegaskan; "lebih baik you jangan layan, bahaya."

Saya tidak tahu apakah Anwar jumpa Musa atau tidak. Tetapi dari makluman dalaman saya dapat tahu Anwar tidak berjumpa dengan Musa. Musa terus juga hasratnya hendak jumpa dengan Anwar. Dia meminta bantuan bekas seorang pegawai polis tetapi Anwar tetap tidak mahu berjumpa. Mungkin Anwar menemui petanda baru bahawa tujuan Musa berbaik dengannya itu adalah tektik untuk memecahkan hubungannya dengan rakan dalam Pakatan dan membuat onar dalam PKR.

Dan, Musa Hasan ternyata frust dengan dua kegagalan itu; menyertai PAS dan berbaik dengan Anwar. Rasa kecewa Musa ini jelas sekali apabila beliau telah meralatkan semula kritikan beliau ke atas polis yang agak lantang sebelum ini dengan mengatakan jangan salah anggap sikap vokalnya kepada polis. Sebelum ini, sewaktu hendak berbaik dengan Anwar bukan main lagi dia mengkritik kepimpinan polis yang kononnya berlaku penyalahgunakan kuasa.

Penjelamaan beliau dalam majlis Bicara Mahathir, di Karangkraf beberapa minggu lalu pula menjelaskan siapa dia Musa sebenarnya. Kehadiran itu menunjukkan keakraban dia dengan Mahathir dan masih melaksanakan misi atas kehendak Mahathir? Dia masih belum berubah dan apa yang cuba dilakukan sebelum ini adalah strategi dan sandiwara semata-mata.

Terbaru tuduhan Musa kononnya Pakatan Rajkyat akan menghidupkan semula akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Apa tujuan dan motifnya. Tuduhan itu jelas berniat jahat ke atas Anwar Ibrahim. Dia mahu agar orang Melayu marah kepada Anwar. Tuduhan itu menjelaskan betapa busuk pahitnya hati Musa Hasan.

Dia ini sanggup melakukan saja untuk survivenya. Kalau dia tahu asal usul dan perjuangan menentang ISA dia tidak akan buat tuduhan itu. Dia tidak akan tergamak untuk bercakap bohong dan menyatakan sesuatu yang semua tahu. Siapakah yang memperjuangkan untuk memansuhkan ISA. Apakah Umno dan Mahathir atau pun Anwar dan Pakatan Rakyat?

'Debek' dan 'ngor' sangatlah sebagai bekas IGP tidak mengetahui sejarah mengenai ISA dan perjuangan menentang akta berkenaan. Jadi sekali lagi tindakan dan fitnah Musa itu menggambarkan rupa dirinya sebenar. Dalam banyak hal saya nampak Musa sama mempunyai watak dan bentuk hati seperti Mahathir. Suka melempar batu sembunyi tangan dan mengamalkan politik kotor tanpa mengira masa dan ketika. Yang penting semua itu akan memuaskan hatinya.

Bila mengenangkan kecelaruan Musa hari ini saya merasa bahagia kerana apa yang saya bimbangi terhadapnya tidak sempat menjadi kenyataan. Musa gagal untuk memecah belahkan PAS, Anwar dan Pakatan Rakyat dengan menjadi tali barut atau pun musang berbulu ayam dalam mana-mana parti Pakatan Rakyat. [wm.kl.1:19 pm 02/02/13]

47 comments:
Write comments
  1. Langkah petama beliau adalah jumpa Tok Guru MB kelantan brsama seorg kuat UMNO Kelantan di Kediaman Rasmi MB. Tapi tak masuk perangkap kot dan senyap je lepas tu. Timbul ura2 bekas KPN nak join PR dan masih misteri lalu muncul pula Sidang Media beliau hentam YB Menteri KDN siap kata ada campur tgn YBM. Akhirnya semua perangkap yg dingangakan tidak mnjadi baik trhdp DS Anwar,PKR atau PAS...kini beliau tuduh ISA akan dihidupkn semula atau dikekalkn oleh PR kalau PR perintah negara. Putar alam dr wal hingga akhir si Musa Hassan nih.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  2. Setiap orang tidak ada pendiran yang tetap sebenarnya. pasti akan berubah-ubah.

    ReplyDelete
  3. Musa Hassna begitu juga dia ada hak dan kepentingan dalam membuat keputusan sendiri.

    ReplyDelete
  4. Biarkan saja itu pilihan diri untuk memilih siapa yang terbaik bagi dirinya.

    ReplyDelete
  5. Nasihat saja yang dapat kita berikan.

    ReplyDelete
  6. Betul itu. Musa Hassan ada pendirian sendiri. Jadi biarkan dia dengan pendiriannya saja.

    ReplyDelete
  7. Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan adalah orang yang tidak boleh dipercayai dan ini terbukti sepanjang masa beliau dalam pasukan polis, kata bekas rakan sekerja Ramli Yusuff.

    ReplyDelete
  8. Dalam beberapa minggu lepas, Musa telah menarik perhatian dgn menuduh menteri kabinet dan ahli-ahli politik mengganggu siasatan dan tangkapan polis, menamakan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein khususnya.

    ReplyDelete
  9. Tetapi motifnya menjadi tanda tanya memandangkan ‘masa’ pendedahannya; semasa beliau berkhidmat sebagai KPN selama empat tahun, tiada satu perkataan keluar kepada orang ramai mengenai campur tangan menteri yang didakwa.

    ReplyDelete
  10. Sebaliknya, pengumuman mengejutkan telah dibuat pada malam pembukaan Perhimpunan Agung Umno, lantaran itu Menteri Dalam Negeri mengatakan bahawa ia adalah hanya satu cubaan untuk mengalihkan orang ramai daripada isu-isu yang dibincangkan semasa perhimpunan.

    ReplyDelete
  11. Untuk menambah marak api itu, mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Ramli, yang mungkin paling dikenali kerana peranannya dalam penyiasatannya dalam urusan 'Copgate', berasa sangsi pada watak Musa dengan pembongkaran isu-isu lama membabitkan bekas KPN itu.

    ReplyDelete
  12. "Musa berkhidmat di bawah saya selama hampir enam tahun. Saya adalah bertanggungjawab sebahagiannya bagi promosinya pada tahun 1995 dari jawatan penguasa junior untuk menjadi pembantu saya, dan pada akhirnya, dia ‘mengenakan’ saya,” kata Ramli.

    ReplyDelete
  13. "Jadi, adakah anda berfikir wataknya boleh dipercayai? Saya samakan dia 'melepaskan anjing tersepit', " katanya, merujuk kepada ungkapan Melayu yang bermaksud membantu seseorang yang tidak tahu berterima kasih.

    ReplyDelete
  14. Ramli merujuk kepada lima pertuduhan yang dihadapi beliau pada tahun 2007 dan 2009 di mana beliau telah akhirnya dibebaskan untuk caj yang dia dakwa telah didalangi oleh Musa bersama-sama dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan bekas Pengarah Pendakwaan Pencegah Rasuah Nordin Hassan dalam usaha untuk menjatuhkan belia

    ReplyDelete
  15. Caj termasuk dakwaan gagal mengisytiharkan harta beliau, kerana melanggar undang-undang yang melarang kakitangan awam daripada terlibat dalam perniagaan swasta, dan kerana menyalahgunakan kuasa selepas didakwa menggunakan pesawat Cessna Polis Diraja Malaysia Caravan terbang dia untuk melihat plot tanah di Ulu Tungku dan Lahad Datu.

    ReplyDelete
  16. Ramli mendakwa beliau telah dijebak kerana peranan beliau dalam urusan Copgate, di mana beliau dan pasukannya telah mengambil tindakan terhadap tokoh penjenayah yang didakwa mempunyai sokongan Musa - hanya kemudiannya dibebaskan empat bulan kemudian.

    ReplyDelete
  17. Musa kemudiannya disiasat dan dibersihkan oleh Abdul Gani dan BPR, dan kontraknya diperbaharui sehingga beliau bersara pada tahun 2010, menurut Malaysiakini. Ramli memberitahu bahawa beliau membantu untuk promosi Musa dari penguasa junior kepada pembantunya pada 1995 kerana Musa dijangka ditukarkan ke Perlis.

    ReplyDelete
  18. "Musa datang menangis kepada saya, memberitahu saya tentang kesusahan ... anak yang masih bersekolah, sangat berpuas hati.

    Jadi saya mengesyorkan beliau [untuk promosi] kerana beliau berkhidmat di bawah saya pada tahun 1987 sebagai salah satu pegawai saya di kolej polis di Kuala Kubu Baru.

    ReplyDelete
  19. "Jadi, pada masa itu, dia adalah seorang lelaki yang baik, dan saya percaya dia," kata Ramli, sambil menambah bahawa dia mempunyai masa yang sukar meyakinkan bekas pengarah CID untuk mempromosikan Musa disebabkan kekurangan kelayakan akademik.

    ReplyDelete
  20. Malah hakim kata Musa tidak boleh dipercayai Merujuk di atas penyalahgunaan perbicaraan kuasa yang berakhir pada 2009, Ramli berkata komen hakim mahkamah sesyen pada Musa - yang merupakan saksi bagi pihak pendakwa – tambah menjelaskan lagi watak KPN sangat meragukan.

    ReplyDelete
  21. "Sepanjang perbicaraan saya di Sabah, seorang hakim mahkamah sesyen dalam penghakiman beliau mengulas bahawa Musa adalah saksi 'luar biasa' kerana dia bercanggah dengan bukti pegawainya sendiri," kata Ramli. "Dan hakim lebih percaya bukti kesalahan pegawai-pegawai bawahan Musa bukannya dia. Dan beliau ketika itu masih berkhidmat sebagai KPN.

    ReplyDelete
  22. Penyalahgunaan kuasa melalui perbicaraan melibatkan dakwaan penggunaan pesawat polis untuk kepentingan peribadi beliau, di mana peguam beliau Rosli Dahlan mempertahankan dia. Menurut Rosli, Hakim Supang Lian memberitahu mahkamah pada penutup pendengaran 59 hari bahawa keterangan Musa adalah tidak boleh dipercayai dan tidak boleh diambil kira.

    ReplyDelete
  23. Rosli memberitahu Hakim Supang Lian mengulangi perkataan "bohong" dua kali dalam menilai bukti kesaksian Musa sebagai saksi ke-75, didakwa dipanggil terakhir dalam usaha untuk menyangkal keterangan orang-orang yang datang sebelumnya. Antara saksi ialah juruterbang Ramli, yang telah menafikan telah menerbangkan Ramli ke Ulu Tungku dan Lahad Datu, di mana syarikat hartanah Kinsajaya Sdn Bhd mempunyai kepentingan.

    ReplyDelete
  24. Supang Lian memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan Ramli berhak untuk dilepas dan dibebaskan. Setahun kemudian, Mahkamah Tinggi menolak rayuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap keputusan Mahkamah Sesyen untuk membebaskan Ramli.

    ReplyDelete
  25. tpulang pada Musa nk sertai parti mana dia inginkan.

    ReplyDelete
  26. Pesan Najib kepada Anwar Ibrahim dan konco-konconya dalam Pakatan Rakyat, mereka perlu menerima kenyataan dan keputusan yang akan dibuat oleh rakyat pada PRU akan datang.

    ReplyDelete
  27. Pakatan Rakyat juga tidak wajar menjadikan keputusan PRU sebagai cubaan untuk menghuru-harakan negara, semata-mata kerana kecewa Anwar tidak mampu menjadi Perdana Menteri Malaysia dan sejarah latar belakangnya tidak dapat dipadamkan daripada mengganggu keturunannya akan datang.

    ReplyDelete
  28. Sejarah Anwar Ibrahim sebagai peliwat dan pelaku seks bebas, akan terus terpahat dan akan menghantui cucu cicitnya sampai kiamat!

    ReplyDelete
  29. Kebelakangan ini, Pakatan Rakyat, terutama sekali Anwar Ibrahim begitu bangga mendabik dada kononnya Pakatan Rakyat akan menang dalam PRU akan datang.

    ReplyDelete
  30. Konon-kononnya juga, UMNO dan Barisan Nasional yang sedang ketakutan kerana bakal kalah dan hilang kuasa pentadbiran akan melakukan sesuatu untuk menghalang kemenangan Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  31. Bagaimanapun, berdasarkan senario semasa, dari tahun 1999 lagi, yang banyak buat kacau dan cuba menjadikan negara dalam huru-hara adalah Anwar Ibrahim dan Pakatan.

    ReplyDelete
  32. Siri demonstrasi, fitnah yang berleluasa, campurtangan kuasa asing, modal dan dana asing untuk menumbangkan kerajaan yang sah dipilih rakyat, semuanya melibatkan Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  33. Paling menarik ialah apabila Pakatan Rakyat menyertai fahaman GENE SHARP dengan penggunaan setiap lambang dan ikon daripada gerakan mendemoraksikan kukubesi di seluruh dunia. Malah Anwar Ibrahim dan konco-konconya dalam Pakatan Rakyat begitu teruja dengan penggulingan kerajaan yang sah menerusi 'REVOLUSI TANPA KEGANASAN' mereka.

    ReplyDelete
  34. PRU13 akan menyaksikan pertembungan antara nilai-nilai tradisional yang dimiliki dan dijalani oleh Malaysia selama ini dengan campurtangan asing yang begitu ketara.

    ReplyDelete
  35. Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat tidak lagi dapat menafikan bahawa mereka sepenuhnya menggunakan kuasa asing sebagai ambal untuk berkuasa.

    ReplyDelete
  36. Kira-kira 300 pesara polis mengadakan demonstrasi aman di Tugu Negara di sini hari ini menyatakan sokongan terhadap tindakan kerajaan menangani pencerobohan bersenjata di Sabah selain menyelar kenyataan kontroversi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua.

    ReplyDelete

  37. Demonstrasi itu diketuai bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Shamsuri Arshad dan turut disertai pesara komando polis VAT 69, pesara Skuad 69 Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), pesara Cawangan Khas, pesara Pasukan Polis Hutan (PPH), Yayasan Pengaman Malaysia (YPM) dan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa).

    ReplyDelete

  38. Demonstrasi sejam itu turut disertai bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, dua bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz dan Tan Sri Husin Ismail, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Mohd Zaman Khan serta bekas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Khoo Ah See.

    ReplyDelete

  39. Peserta demonstrasi membawa sepanduk mengutuk tindakan Anggota Parlimen Batu itu dan meminta beliau meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan pada Jumaat bahawa pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara Umno untuk ''mengalih perhatian dan menakutkan rakyat''.

    ReplyDelete

  40. Lapan anggota pasukan keselamatan terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu dari Filipina, di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna pada 1 dan 2 Mac.

    ReplyDelete


  41. Shamsuri berkata Tian Chua tidak boleh menyatakan kematian anggota keselamatan itu adalah sandiwara kerajaan.

    ReplyDelete

  42. "Dia (Tian Chua) tidak boleh mempermainkan kematian dengan menyatakan ia adalah drama kerana ini hanya menambah kesedihan keluarga anggota polis berkenaan.

    ReplyDelete

  43. "Nyawa tidak boleh diganti dengan wang ringgit dan ia pengorbanan terbesar sebagai perwira negara," katanya.

    ReplyDelete

  44. Shamsuri menegaskan warga pesara polis sentiasa menyokong dan yakin dengan tindakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan

    ReplyDelete

  45. Tentera (PAT) Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam usaha menangani pencerobohan di Sabah.

    ReplyDelete

  46. Shamsuri turut menyelar kenyataan yang tersiar di sebuah akaun laman sosial Facebook di bawah nama ''Jonathan Lin'' yang menyamakan dua anggota polis yang terkorban di Lahad Datu itu sebagai ''dua polis anjing Umno''.

    ReplyDelete

  47. "Ini satu penghinaan terhadap kira-kira dua juta warga polis termasuk yang masih berkhidmat. Ia tidak patut dikeluarkan mana-mana individu yang hidup dalam keadaan aman hasil khidmat bakti polis," kata Shamsuri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.