Friday, February 1, 2013

Mengapa Polis Tembak Mati Isteri Saya?

Seorang pemandu lori menuntut siasatan bebas mengapa isterinya ditembak mati oleh polis selepas berlaku kejar mengejar kereta dua minggu lalu di kawasan perumahan dan berakhir dengan kejadian tembak.

Insiden berlaku pada 18 Januari pada jam 8.30 malam, apabila Pua Bee Chun, seorang suri rumah berusia 22 tahun bersama rakannya, dikejar polis semasa memandu di Taman Sentosa di sini.

Foo Voon Kong, 26 tahun memberitahu wartawan bahawa isterinya, menurut bedah siasat, mati akibat peluru menusuk ke bahagian jantung.

“Ada 24 lubang peluru di tepi pintu keretanya,” kata Foo.

“Saya diberitahu oleh seseorang, saya ingat dia bergurau dan meminta agar tidak bergurau. Kemudian dia bawa saya ke tempat kejadian dan apabila saya tiba, isteri saya sudah dalam beg mayat,” kata ayah kepada dua orang anak itu.

“Polis tembak isteri saya,” katanya lagi.

Beliau berkata pihak berkuasa tidak memberi sebarang keterangan mengapa Pua, yang dikatakan seorang yang baik ditembak mati. Foo membuat laporan polis dan beliau mahu tindakan diambil ke atas polis Klang kerana gagal memberitahu sebab menembak isterinya.

Kematian Pua berlaku dalam pada pelbagai pihak mendesak Putrajaya menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) selepas kemarahan orang ramai dia atas dua kematian melibatkan polis bulan ini.



Dua minggu lalu polis dituduh memukul pengawal keselamatan berusia 41 tahun C. Sugumaran ketika tangannya digari dan didakwa dipukul beramai-ramai oleh polis dan sejumlah 20 orang awam lain.

Kematian Sugumaran adalah sebahagian dari kes kematian melibatkan polis, termasuk kematian dalam tahanan Chang Chin Te awal tahun ini, A. Kugan dan R. Gunasegaran pada 2009, dan kematian dalam kejadian tembakan seorang lelaki berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah pada tahun 2010.

Dalam semua kes, polis menafikan sebarang salahlaku.

Dalam kes Pua, polis sekali lagi dituduh cuba menyembunyikan kesalahan apabila Foo mendakwa rakaman yang dirakam oleh kamera litar tertutup dirampas dan dipadamkan.

"Dengan memadamkan bukti itu sudah menjadi kesalahan jenayah," kata ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, peguam yang mewakili keluarga tersebut.

Menurut Foo, kamera tersebut kepunyaan penduduk di kawasan tersebut apabila peristiwa tembak itu berlaku. Lelaki berusia 26 tahun itu bagaimanapun tidak menerangkan bagaimana polis memadamkan rakaman.

Ahli parlimen Kelang dari DAP Charles Santiago menuntut Bukit Aman membuat siasatan bebas ke atas insiden ini dan polis Klang. "Dari melihat 24 lubang peluru kita dapat tahu polis ini menembak sesuka hati," kata Santiago lagi.

Gobind berkata keluarga mangsa akan mengumumkan apa tindakan yang akan dilakukan, termasuk mengambil tindakan undang-undang ke atas polis.

Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, terdapat "lebih 1,500 tahanan mati ketika ditahan pihak berkuasa.

Gobind dan Santiago berkata peningkatan kematian melibatkan polis mengukuhkan sebab mengapa IPCMC perlu ditubuhkan, cadangan yang ditunggu-tunggu oleh kumpulan hak asasi manusia dan pembangkang sejak 2006. -TMI

24 comments:
Write comments
  1. Nampaknya masalah ini sememangnya perlu disiasat,.

    ReplyDelete
  2. Ini punca daripada kes kejar mengejar yang berlaku. Apa sebab mereka lari daripada pihak polis?

    ReplyDelete
  3. Ini akan menimbulkan keraguan kepada pihak polis yang bertugas ketika itu.

    ReplyDelete
  4. Apa pun kita perlu meminta pihak bertanggungajwab membuat siasatan berhubung kes ini.

    ReplyDelete
  5. Tindakan perlu diambil juga kepada pihak polis tersebut jika benar didapati bersalah.

    ReplyDelete
  6. Makin banyak isu negatif tentang polis ni bermula sejak perhimpunan Bersih dilaksanakan.

    ReplyDelete
  7. Sama dengan kes seorang pelajar yang mati ditembak polis sebelum ni.

    ReplyDelete
  8. Pihak polis pun manusia biasa.banyak juga salah dibuat.

    ReplyDelete
  9. Perkara ni perlu disiasat dengan teliti. kalau polis tu yang salah pasti akan terima hukuman juga.

    ReplyDelete
  10. Diharap mendapat pembelaan yang seadilnya.

    ReplyDelete
  11. Kenapa sampai ada tembakan? Masa kejar tu tak nampak ke lelaki perempuan dan yg utama...balai polis kan banyak. Helo je kat balai brhampiran atau peronda yg tgh brtugas utk sama2 kepong. Masalahnya penjenayah tegar semakin berleluasa dan tak ditembak melainkn gadis2 atau budak2 je yg selalu jadi mangsa tembakan pak poliSIAL.

    ReplyDelete
  12. Diharapkan siasatan bebas akan dibuka untuk menyiasat kes ini.

    ReplyDelete
  13. Perlu ada penjelasan yang baik kenapa polis membuka tembakan.

    ReplyDelete

  14. Semoga keadilan dapat ditegakkan buat isteri pemandu lori ini.

    ReplyDelete
  15. Pihak polis sepatutnya lebih berhati-hati bila membawa pistol.

    ReplyDelete
  16. Mereka hanya patut menggunakan pistol jika keadaan sangat bahaya sahaja.

    ReplyDelete
  17. Polis tak boleh pegang pistol..

    ReplyDelete
  18. POLIS MALAYSIA ADALAH YANG TERBAIK DI DUNIA KATA HISYAM!

    ReplyDelete
  19. hal ini perlu diperjelaskan.

    ReplyDelete
  20. pistol hnya boleh digunakan dalam keadaan darurat.

    ReplyDelete
  21. polis malaysia lebih profesional dari segi menjaga keselamatan BN daripada rakyat. Itulah sebabnya doremon cakap "POLIS MALAYSIA ADALAH YANG TERBAIK DI DUNIA"

    ReplyDelete
  22. Perkara ini harus di siasat untuk mendapatkan cerita yang sebenar.

    ReplyDelete
  23. Pihak polis tidak harus menyalahgunakan kuasa yang di beri.

    ReplyDelete
  24. Diharap ada keadilan dan penjelasan dari pihak polis.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.