Friday, February 1, 2013

Pendatang : Mahkamah Tawau berikannya IC biru?

Seorang pendatang Indonesia memberitahu inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram hari ini seorang pegawai Mahkamah Adat Tawau memberinya kad pengenalan biru pada 1979 untuk mengundi kerajaan dalam pilihan raya.

Yuhanis Bira, 57, berkata beliau tiba di Sabah pada 1973 dan menerima kad pengenalan enam tahun kemudian dari pegawai mahkamah tersebut, yang tidak disebut namanya, tanpa sijil kelahiran.

"Dia (pegawai) kata boleh sokong kerajaan...jadi saya sokong kerajaan lah," kata Yuhanis kepada RCI hari ini.

"Mengundi?" tanya Datuk Ahmad Abd Rahman, dari Persatuan Undang-Undang Sabah.

"Ya," kata Yuhanis.

Yuhanis berkata beliau mendaftar sebagai pengundi sejak 1981 dan mengundi setiap kali pilihan raya selepas itu.

Parti Berjaya memerintah Sabah dari 1976 hingga 1985, di mana bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh menafikan kewujudan "Projek IC".

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama mentadbir, dari 1981 hingga 2003, dituduh menjadi dalang kepada "Projek IC", dimana kewarganegaraan diberikan kepada warga asing untuk mendapatkan undi.

Yuhanis berkata beliau hanya membayar pegawai mahkamah itu sebanyak RM12, yang diterima pada 1979 selepas bertemu dengan pegawai mahkamah itu setahun selepas itu.

Menurut Undang-undang Kewarganegaraan 1964, mereka yang ingin memohon untuk menjadi warganegara Malaysia melalui penaturalisasian mesti menjadi seorang pemastautin tetap selama lebih daripada 12 tahun dan telah berada di Malaysia selama lebih daripada 10 tahun.

Seorang lagi pendatang dari Indonesia Berahim Abdullah mengaku rakannya membantu beliau mendapatkan kad pengenalan biru pada tahun 1990 tanpa sijil kelahiran, sepuluh tahun selepas beliau tiba di Sabah untuk mendapatkan pekerjaan.

Berahim, yang juga bekerja sebagai chef, berkata beliau mendaftar sebagai pengundi dan mengundi empat kali di Kunak.

Ditanya mengapa beliau mendaftar sebagai pengundi, Berahim berkata untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua Yuhanis dan Berahim berkata kad pengenalan mereka tercatat tempat lahir mereka sebagai Sabah, walaupun mereka mengaku lahir di Indonesia.

Beberapa pendatang Pakistan dan India telah memberi keterangan baru-baru ini tentang mendapatkan kad pengenalan biru - sama ada dari orang tengah atau dari JPN secara langsung dalam hanya beberapa tahun selepas tiba di Sabah.

Bekas hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong akan menyambung semula inkuiri pada 22 Februari. -TMI

60 comments:
Write comments
  1. Kalau kita lihat daripada jalan cerita ini macam tidak benar sama sekali. Baguslah hantar balik kalau benar dia itu pendatang haram yang mendapat mykad.

    ReplyDelete
  2. Tidak layak dia mendapat mykad secara salah ini.

    ReplyDelete
  3. Kita tunggu saja laporan yang lengkap daripada pihak yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  4. RCI perlulah terus mencari kebenaran dalam hal ini. Kita tidak mahu adda pula pihak yang cuba untuk memutar belitkan fakta sebenar.

    ReplyDelete
  5. Tambahan lagi dekat dengan PRU13 ini pasti ramai yang menunggu dan mencari isu untuk dipolitikan.

    ReplyDelete
  6. Harap2 RCI tdk berat sebelah dlm menjalankan kewajipan mereka....

    ReplyDelete
  7. It is still premature to draw conclusions from the royal commission of inquiry into the Sabah immigrants issue, which is still at its initial stages.-Najib

    ReplyDelete
  8. "We cannot gauge from the testimony of some witnesses. There are 167 more witnesses that will be called."

    ReplyDelete
  9. All parties should not to speculate and to "allow the process to take place."

    ReplyDelete
  10. It was okay to give citizenship to foreigners if done properly within the law-Najib

    ReplyDelete
  11. "If we give citizenship according to the law, there is nothing wrong... as long as it is in accordance with the law. Other governments do it, too... it is not an issue."

    ReplyDelete
  12. "Let the commission find out," said Najib. He cautioned against jumping the gun when evaluating the findings.

    ReplyDelete
  13. Check balik identiti MUSA AMAN sekali serta YB Muis Picho DUN Sebatik yg keluar masuk Indon-Msia dulu kala atas isu ic dan selamatkn diri tetapi patah balik ke Sabah(Msia) bila keadaan selamat daannn jadi YB pulak tu. Ramai lagi kalu nak ikut setakat yg aku jumpa.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  14. Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dalam projek untuk mengeluarkan kewarganegaraan dan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak di Sabah dalam tahun 90-an, walaupun tanpa arahan darinya, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    ReplyDelete
  15. "Beliau biasanya mengambil inisiatif dan kadang-kadang melakukan (lebih daripada yang diperlukan)," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

    ReplyDelete
  16. Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku di bawah sering berbeza daripada arahan (dari atas). Beliau berkata, Anwar dan pegawai pelaksana di Sabah pada masa itu bertindak sendiri dan tidak semestinya mengikut arahan. Bekas perdana menteri itu berkata kerajaan telah mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai yang terlibat.

    ReplyDelete
  17. Dr Mahathir diminta mengulas sama ada beliau pernah mengarahkan Anwar, pada masa itu timbalannya, untuk mengeluarkan IC kepada pendatang yang tidak berkelayakan di Sabah.

    ReplyDelete
  18. Katanya, beliau mungkin tidak mempunyai bukti yang boleh dikemukakan di mahkamah, tetapi beliau "mempunyai pengetahuan" mengenai kemungkinan salahlaku Anwar.

    ReplyDelete
  19. Katanya, beliau akan memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

    ReplyDelete
  20. Sebelum ini Timbalan Perhubungan Umno Sabah-Datuk Dr Salleh Tun Said membuat kenyataan bahawa seharusnya Anwar jangan menjadi pemimpin yang hipokrit berhubung dengan pengeluaran IC bagi pendatang di Sabah, ini kerana menurut Salleh, Anwar yang pada masa itu "terlalu" berkuasa pasti tahu mengenai projek itu.

    ReplyDelete
  21. Pengkhianat sebenar negara sudah kita ketahui..Kalau bukan UMNO penipu siapa lagi..

    ReplyDelete
  22. Karulnaim said...
    February 1, 2013 at 9:15 AM

    Hahaha..Tak payah komen la..hang tak akan faham sbb hang buduh..Kalau kau pandai kau tak akan sokong UMNO..

    ReplyDelete
  23. Tun M dah kata dah yg bodoh dan tolol jer yg tinggal dalam UMNO BN so dia faham dah dia cakap sikit jer lepas tu pencacai2 yg bodoh dan tolol tu akan sambung.....

    ReplyDelete
  24. peringkat mula2 isu ni keluar nama pertama yg dsalahkant ialah Tunku Abdul Rahman.tup..tup keluar keluar nama DSAI pulak Persoalannya..kenapa tak sebut nama DSAI awal2 lg....Luu..pikir le sendiri,

    ReplyDelete
  25. Setiap kenyataan yang diberikan oleh saksi perlulah diambil kira oleh Panel RCI.

    ReplyDelete
  26. Betulkah tidak mahkamah tawau memberi IC kepada warga asing perlu siasat dulu baru tahu.

    ReplyDelete
  27. Kita jangan dulu membuat spekulasi tanpa penyiasatan lanjut tentang kenyataan saksi.

    ReplyDelete
  28. Pendengaran masih lagi perlu dijalankan sehingga akhir bulan ini, semoga panel RCI dapat mengumpul maklumat yang mencukupi.

    ReplyDelete
  29. Misteri projek IC perlulah dibongkarkan setelah semua saksi telah memberi keterangan mereka.

    ReplyDelete
  30. Mana sudah si TERRORIST???? ko pun pendatang tanpa izin.... mana komen ko menyokong pendatang di beri my kad ini? tuyul.... ko sokong la sekarang....

    ReplyDelete
  31. Kenapa ramai sangat BUDAK TADIKA ikut forum ini ASYIK COPY AND PASTE saja?

    ReplyDelete
  32. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah itu yang berlarutan di negeri ini.

    Menurutnya, Anwar perlu berbuat demikian kerana beliau adalah Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu dan amat berkuasa serta tahu apa yang berlaku di Sabah.

    ReplyDelete

  33. "Jangan jadi hipokrit, mungkin dengan pengetahuan hal sebenar atau "dalaman"itu, Anwar boleh membantu memberikan maklumat...jadi beritahu perkara sebenar kepada RCI. Beliau tidak usah main politik. Sekurang-kurangnya (Datuk Seri)Najib (Tun Razak), perdana menteri kita mahu mengetahui kebenarannya dan meluluskan penubuhan RCI untuk mengenal pasti punca masalah itu.

    "Kita tidak patut buat kesimpulan dan menyalahkan pihak tertentu hanya kerana keterangan oleh beberapa bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Kita patut biarkan RCI selesaikan tugasnya...apa yang kita mahukan ialah penyelesaian muktamad," katanya kepada Bernama selepas menghadiri sesi bertemu rakyat di SK Sembirai, dekat sini, Selasa.

    ReplyDelete
  34. Oleh itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata rakyat sepatutnya menghargai dan menyokong Najib bagi langkah berani beliau dalam menubuhkan RCI.

    "Sebaik sahaja RCI menyelesaikan tugasnya, dengan itu kerajaan akan mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan perkara itu.

    ReplyDelete
  35. "Mereka yang layak dan memperoleh kewarganegaraan menerusi prosedur sah tidak sepatutnya dihukum dan mereka yang memperolehnya secara tidak sah atau "ikut pintu belakang' kewarganegaraan mereka perlu dibatalkan. Itu lah cara yang betul," katanya.

    Melahirkan keyakinan masalah pendatang tanpa izin akan dapat diselesaikan di oleh kerajaan pimpinan Najib, Salleh berkata penduduk jati Sabah perlu sabar menunggu penyelesaian itu.

    ReplyDelete
  36. Polis Sabah dengan kekuatan hampir 10,000 pegawai dan anggota bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang mungkin diadakan pada bila-bila masa pada tahun ini, kata Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Hamza Taib.

    ReplyDelete
  37. Hamza berkata, persiapan itu merangkumi seluruh kontinjen Sabah termasuk Tugas Am, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerakan Marin selain keperluan logistik, kebajikan serta elemen sumber manusia.

    ReplyDelete
  38. "Kita percaya dengan kekuatan 10,000 anggota termasuk 247 daripada Pusat Latihan Polis yang baru tamat latihan mampu menghadapi PRU-13 termasuk persediaan latihan berperingkat untuk anggota," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan di sini, hari ini.

    ReplyDelete
  39. Beliau turut mengingatkan anggota polis agar bijak mengendalikan tugas semasa menghadapi pilihan raya yang mungkin berbeza berbanding tugas hakiki bagi menjamin keamanan dan keselamatan orang awam terkawal.

    ReplyDelete
  40. "Apa yang penting kita merangka strategi untuk melaksana tugas secara cekap dan berkesan dan anggota juga harus mengenal pasti tugasan mereka di pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi di saluran tertentu," katanya.

    ReplyDelete
  41. Terdahulu ketika berucap, beliau berkata kesiapsiagaan polis akan menentukan keselamatan nyawa dan harta benda terpelihara walaupun terdapat pelbagai andaian tentang keadaan keselamatan sebelum, semasa dan selepas PRU.

    ReplyDelete
  42. SAYA mencadangkan agar seorang Pandikuti daripada India, Safiullah bin Ziavudeen dipanggil mengadap Panel RCI pada sidang akan datang kerana Mykad beliau 691212-12-5055 disyaki palsu sekalipun menjadi pemilih berdaftar di Rembau, Negeri Sembilan. Mengikut siasatan saya, penama menggunakan alamat No 15, Jalan Mahkamah, 71300 Rembau, Negeri Sembilan. Saya amat pasti bahawa penama di atas adalah pendatang haram dan bukannya rakyat Sabah.

    Safiullah pernah ditahan pada 07.12.1992 di Majeed Book Store, Tampin Negeri Sembilan oleh Jabatan Imigresen Seremban dan diusir keluar kerana memiliki dua warganegara.

    ReplyDelete
  43. Beliau turut mengingatkan mana-mana parti politik yang ingin menganjurkan perhimpunan harus mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

    ReplyDelete
  44. Dalam pada itu, Hamza berkata, indeks jenayah di Sabah semakin menurun iaitu mencatatkan 9.28 peratus atau 614 kes pada tahun lepas berbanding 6,617 kes pada 2011.

    ReplyDelete
  45. Bagi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) pada tahun lepas menangkap 452 orang bagi kategori bekalan yang menyaksikan peningkatan 11.9 peratus berbanding 404 pada 2011.

    ReplyDelete
  46. Bagi kategori permintaan JSJN berjaya meningkat 10 peratus apabila menangkap 11,570 orang pada tahun lepas berbanding 10,519 pada 2011," katanya.

    ReplyDelete
  47. Bagi jenayah komersil pula, katanya secara keseluruhan jumlah kes menurun sebanyak 48 kes atau 4.03 peratus iaitu 1,143 pada tahun lepas berbanding 1,191 kes pada 2011.

    ReplyDelete
  48. Bagaimanapun kes kemalangan di Sabah mencatatkan peningkatan iaitu 17,446 kes pada tahun lepas berbanding 16,553 pada 2011

    ReplyDelete
  49. Jelas bilamana Maddey Kuttey penderhaka rakyat Sabah ini cuba mengaitkan nama Alyarham Tunku gagal mendapat kepercayaan umum dai panik dan cuba mengaitkan Anuar Ibrahim dengan dosa2nya terhadap rakyat Sabah. tetapi Allah maha kuasa kerana di dalam percubaan dia mengaitkan Nama Anuar dia sendiri mengakui dia tiada bukti untuk menuduh anuar terlibat tetapi cuma dengan andaian dia, yang dia yakin bahawa Anuar memang terlibat. apa punya manusia munafik saperti ini seluruh rakyat sabah tahu dan marah dengan perlakuan Maddey Kuttey ni berhubung dengan projek IC sehingga di kalangan rakyat Sabah projek ini di panggil PROJEK MAHADIR kecuali mereka orang2 yang bacul dan munafik saperti Salleh Keruak menafikan kenyataan RCI yang UMNO tidak terlibat. di minta RCI akan memangil Maddey kuttey ini dengan cepat untuk memberi keterangan secara life agar rakyat Malaysia dapat membuat penilaian terhadap penderhaka ini.

    ReplyDelete
  50. Masih lagi kah kamu semua semasa simpsiom di UMS si Tua Kutuk ini meminta rakyaat sabah menyokong BN sebab hasil mahsul belum diterokai dan di korek lagi dan selepas habis diterokai pembangunan sabah seiring dengan semananjung,memang palui bodoh piang lah orang sabah kalau masih menyokong BN lagi,tak lah selepas habis madu dia akan kasih kita bahagian macam perempuan simpanan (Sabah Simpanan tetap BN)bah kalau sudah kita habis hisap madu nya kita akan simpan lagi lagi sebagai simpanan tetap..memang bodoh lah kan

    ReplyDelete
  51. A.B.U. Ini Kali lah, Kasi hancur BN ...

    ReplyDelete
  52. Rakyat sabah yg bijak Dan pintar memilih pemimpin yg dpt membantu rakyat sabah bukan menteri yg penipu Di sertakan Dan parti BN Dan Umno yg auta semua nya.... ini Kali laaaaaa. Baaaa.... Kasi tumbang kerajaan BN Dan UMno yg anta......

    ReplyDelete
  53. YG AKU DANGAR SANDIRI TUN MAHATHIR BARKATA, TUNKU ABD RAHMAN SENDIRI BAGI IC .WARGANEGARA PARCUMA KPD PENDATANG DULU, JADI ASALAHKAH BELIAU KELUARKN JGA IC MCM TU. ITU PNJELASAN SANDIRI BALIAU ITUH. TAPI DAKAT SINI AKU TRBACA ADA JUGA BARUA UMNO KATA...DS ANWAR TARLIBAT BAGI IC [PD PATI] ZAMAN DULU. BANGSAT PUNYA BARUA LAIN MAHATHIR KATA LAIN PULAK KAMURANG KATA ,BAH. INI KALIII LAHHH !!

    ReplyDelete
  54. itu penjenayah orang pelipin rupanya saudara musa aman, penipu punya orang'' wahai rakyat sabah tengoklah sendiri pemimpin umno kamurang bersaudara dengan penjenayah dari filipina.

    sahlah bahawa BN dan UMNO adalah punca kebanjiran PTI di sabah. itu saudara musa aman cuma pakai passport palsu dan menggunakan kewarganegaraan malaysia. orang ini sangat dikehendaki di filipina kerana banyak jenayah tetapi orang politik tertentu melindungi penjenayah ini hingga tidak menjalani hukuman di negara sendiri.

    musa aman adalah seorang kaki penipu'' selama ini kita rakyat sabah sudah bertahun ditipu oleh pemimpin umno. kalau rakyat sabah masih lagi menyokong umno pada PRU13, maknanya rakyat sabah adalah orang2 yang paling bodoh di dalam dunia.''

    ReplyDelete
  55. mereka yang terlibat dalan IC palsu harus dikenakan tindakn.

    ReplyDelete
  56. jgn biarkan ia terus berleluasa.

    ReplyDelete
  57. Setakat siasat tanpa tindakan, umpama wayang kulit.

    ReplyDelete
  58. RCI adalah wayang UMNO bagi meraih sempati undi rakyat Sabah.
    Semuanya bohong dan dusta.

    ReplyDelete
  59. Tiada yang perlu dilakukan oleh UMNO utk menarik hati rakyat Sabah, semuanya sudah terlambat misalnya RCI, BRIM dan janji2 pembangunan.

    ReplyDelete
  60. KUALA LUMPUR 7 Feb: Tiga pemimpin KEADILAN ke Manila malam ini bagi membongkar sejauhmana kebenaran skandal melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan penjenayah dikehendaki penguatkuasa negara itu yang dikaitkan sebagai anak saudara Musa, Manuel Karingal Amalilio.



    Lawatan sehari itu disertai Naib Presiden, Tian Chua; Timbalan Setiausaha Agung, Darrel Leiking dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa.

    “Ia adalah misi mengumpul fakta. Kita akan berjumpa agensi kerajaan yang terlibat di sana dan para wartawan untuk mengenal pasti beberapa fakta yang agak kabur di media Malaysia,” jelas Tian ketika dihubungi.

    Menurutnya, terdapat desas-desus di Filipina yang kian tersebar mengatakan dana membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) hasil penipuan Amalilio terhadap 15,000 orang untuk kegunaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

    “Ramai orang di Filipina bercerita tentang perkara ini. Kami putuskan untuk ke sana bagi mengetahui kebenarannya. Jika benar dakwaan itu, ia satu perkara yang sangat serius,” katanya.

    Ahli Parlimen Batu itu mempersoal bagaimana Amalilio atau namanya di Malaysia, Mohammad Kamal Sa’aid boleh memiliki dua kewarganegaraan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.