Wednesday, May 26, 2010

2,300 AHLI UMNO TIDAK JADI SERTAI PKR?

GARA-GARA kecewa berjuang dalam UMNO sejak tahun 1992 lagi sehingga kini yang tidak membuahkan hasil, enam buah cawangan UMNO Zon Elopura, Sandakan dikatakan ingin keluar dan meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti KeAdilan Rakyat (PKR); tetapi niat mereka tidak kesampaian.

Terdapat beberapa faktor mereka tidak jadi menyertai PKR kerana telah diselamatkan oleh Pengerusi Tetap Persidangan UMNO, Bahagian Sandakan Sahari Ahmad.

“Bila saya mengetahui enam buah cawangan UMNO itu yang membabitkan keahlian seramai 2,300 orang yang bakal meninggalkan UMNO saya cepat-cepat temui ketua-ketua cawangan berkenaan dan saya berikan nasihat (apa kata orang putih Brain Wash) agar jangan terburu-buru meninggalkan UMNO,” jelasnya.

Memang betul kata mereka jelas Sahari, “ada ahli-ahli UMNO yang sudah berjuang sekian lama bermati-matian, tetapi tidak mendapat apa-apa walaupun satu keping zink. jadi ada logiknya juga mereka keluar.”

Tetapi kata Sahari, beliau menasihati mereka, jika keluar dari UMNO jangan sekali-kali menyertai PKR kerana ahli-ahli PKR sekarang ini 90 peratus adalah mantan ahli-ahli UMNO yang kecewa sebelum menyertai PKR.

“Orang yang suka lompat melompat dari satu parti ke satu parti lain kerana kecewa tidak mendapat sebarang ganjaran atau menguntungkan diri mereka sendiri kemudian menyertai parti lain,” kata Sahari yang menolak kumpulan desperado kerana akan menjadi duri dalam daging sesebuah parti.

Tegas Sahari lagi, jika semasa dalam UMNO mereka suka meminta-minta dan apabila tidak dituruti, mereka merajuk kemudian keluar menyertai PKR. Tabit mereka akan terus berulang dan menjadi kumpulan pendesak sehingga menjadi liability dalam parti yang baru mereka sertai.

“Sayapun hairan kenapa parti PKR begitu mudah menerima ahli-ahli UMNO yang menyertai parti mereka (PKR)? Adakah mereka tidak sedar atau sengaja pura-pura tidak menyedari kehadiran orang UMNO yang menyertai PKR tanpa usul periksa,” tanya Sahari yang bimbang dengan gejala yang tidak sihat ini.

Sampai bila-bilapun, kata Sahari, sukar untuk PKR membentuk kerajaan selagi mereka tidak berhati-hati menerima ahli-ahli yang tidak berharga ini.

“Kalau para pemimpin PKR yang bijak pandai, cari orang muda lepasan universiti dan tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti politik dan mereka yang mempunyai IQ yang tinggi barulah PKR mantap, bukan menjadi sarang atau setinggan ahli serpihan UMNO,” ujar Sahari yang jengkel dengan sikap mereka yang suka memaki hamun orang kerana apabila mereka menyertai PKR, mereka membawa budaya kurang ajar berkenaan.

Kata Sahari lagi, rakyat Sabah terlalu memandang rendah terhadap perjuangan PKR kerana ahli-ahli PKR tiada ahli yang tulen, semuanya serpihan daripada UMNO yang kecewa dan yang tersingkir kemudian menjadi ahli PKR sehingga merosakkan parti itu daripada dalam.

“Jika ahli-ahli UMNO yang sudah kena rejek ini diterima menjadi ahli PKR dan dia tidak mendapat apa-apa ganjaran, dia akan kecewa. Jika tidak dicalonkan dalam pilihanraya atau tidak mendapat apa yang diingini, dia akan keluar dan menyertai parti lain atau merujuk kembali kepada UMNO yang mereka sumpah seranah selama ini,” kata Sahari yang geram melihat gelagat orang UMNO yang suka melompat parti.

Perjuangan parti DAP dan PAS, kata Sahari, jika dibandingkan dengan PKR jauh berbeza kerana DAP dan PAS mempunyai prinsip dan moral yang tinggi; tidak seperti PKR suka memungut barang-barang yang sudah direjek. Oleh itu tidak hairan jika tidak ada pemimpin yang berkualiti dalam PKR Sabah.

Oleh: SHAIMON S JUMADI (sabahkini)

6 comments:
Write comments
  1. jelas menunjukkan ahli2 yang selalu lompat parti ini bertujuan untuk memperolehi sesuatu atau ganjaran.. jika mereka jadi pemimpin, pasti rakyat akan lebih menderita kerana mereka lebih mengutamakan kepentingan mereka berbanding dengan rakyat.

    ReplyDelete
  2. jika mereka benar2 ikhlas dan jujur memperjuangkan hak dan nasib rakyat, tidak perlu lompat parti dan menyertai parti lain. hanya perlu duduk kekal dalam satu parti dan sama2 berjuang mencapai objektif yang telah digariskan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. diharapkan BN/UMNO hanya menerima ahli2 yang benar2 berkualiti dan bukannya yang suka lompat parti.

    ReplyDelete
  3. budaya lompat parti ni telah lama wujud dalam mana2 parti politik. orang2 yang suka lompat parti ni sebenarnya bukan memperjuangkan nasib rakyat tp memperjuangkan kepentingan mereka sendiri. sebab itulah mereka suka lompat parti kerana ingin tiada pendirian dalam perjuangan mereka. orang seperti ini tidak seharusnya menjadi ahli politik.

    ReplyDelete
  4. True, if they only cared about their own personal interest, then let them go, no reason to keep them.

    ReplyDelete
  5. Toads will always be toads and so is the frogs. Let them go as they have ulterior motives and they serve no purpose for the people anyway..

    ReplyDelete
  6. Sebenernya ahli2 ini dalam delima juga untuk lompat parti dari UMNO ke PKR, hanya kerana tidak mendapat permintaan yang mereka inginkan. Bagi saya ini disebabkan kurangnya pemantauan dari wakil rakyat yang ditugaskan di daerah ini. Kalau 1-2 orang saja yang lompat parti ini mungkin ada kaitannya untuk kepentingan sendiri, tapi kalau sampai 2,300 orang pasti ada sebab2 tertentu samada dari ahli2 ini ataupun dari pemimpin itu sendiri. Perkara ini harus dipandang serious kerana ia akan menjejaskan kepimpinan UMNO/BN di daerah ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.