KEMENANGAN Pakatan Rakyat (PR)-DAP bagi pilihanraya kecil Parlimen Sibu Sarawak sudah tentu sesuatu kejayaan yang perlu dibanggakan oleh PR yang bukan sahaja keputusan itu menjadi pemangkin kepada kekuatan PR di Wilayah Borneo (Sabah dan Sarawak) sekaligus ia disifatkan sangat signifikan untuk merangkul lebih banyak kerusi Parlimen PR bagi menubuhkan kerajaan baru di negara ini selepas kerajaan BN ditewaskan.
Sungguhpun begitu kejayaan di Sibu tidak perlu dijadikan sandaran untuk ‘bercakap besar’ kerana ia sekadar merupakan suatu ‘Gegaran Kecil’ ibarat gempa bumi di mana gegaran itu tidak sampai pun mencecah 1.5 skala ritcher (suatu skala bacaan minimum gegaran kuat). Namun begitu ia telah menunjukkan kepada rakyat di wilayah Borneo bahawa PR berpotensi besar untuk menggugat kekuatan BN di wilayah ini pada PRU13.
Manakala keputusan ketika PRK Parlimen Hulu Selangor iaitu sebelum PRK Parlimen Sibu di mana calon PR-PKR Dato’ Zaid Ibrahim tewas lebih seribu majoriti kepada calon muka baru BN-MIC, tetapi para penganalisis politik tanah air menyifatkan Zaid; bukannya kalah dalam PRK itu sepertimana yang digembar-gemburkan oleh BN, malah sebenarnya undi PR-PKR telah meningkat jika dibandingkan daripada PRU12.
Konklusinya, adalah jelas menunjukkan bahawa 53 peratus pengundi Melayu di PRK Parlimen Hulu Selangor telah mengundi PR-PKR, manakala calon MIC Kamal hanya mendapat 15 peratus undi Melayu, India 20 peratus; Cina 10 peratus dan undi selebihnya yang memenangkan MIC tidak dikenal pasti datang dari arah kumpulan mana.
Dalam pada itu, perkara yang amat menggerunkan setiap kali PRK amalan ‘Rasuah’ lah satu-satunya musibah yang mencabuli pemikiran rakyat yang sepatutnya ia menjadi musuh No.1 negara, tetapi malangnya ia menjadi senjata No.1 kerajaan BN untuk digunakan menumpas lawan politiknya.
PRK Parlimen Sibu dan Hulu Selangor penyakit ‘Rasuah’ bukan menjadi suatu ‘RAHSIA’ lagi di kalangan rakyat malah turut menjadi topik perbualan di kedai-kedai kopi dan warung-warung dan tidak cukup jelas lagi ia turut berlaku di majlis-majlis ‘Ceramah Perdana’ seperti yang rakyat saksikan di TV1, TV2, TV3 dan AWANI.
Akhirnya, kelibat mereka (BN) telah terperangkap di PRK Parlimen Sibu di mana rakyat khususnya para pengundi Parlimen Sibu bertindak dengan berani memilih langkah yang tepat sekali apabila rakyat Sibu menolak kerajaan yang ‘KORUPSI’ dan sebaliknya memilih PR-DAP yang satu satunya parti yang berjuang berlandaskan ‘KEADILAN’ untuk semua kaum dan berjuang menghapuskan rasuah, seterusnya berjuang untuk mengembalikan sistem perundangan dan kehakiman ke landasan yang betul.
EPISOD CERITA DAP SABAH SELEPAS KEMENANGAN PR-DAP PRK SIBU:
Selepas kemenangan calon PR-DAP PRK Parlimen Sibu, keghairahan segelintir pemimpin DAP Sabah kelihatan ‘Syok Sendiri’ sehingga ada pemimpinnya terlupa ‘siapakah dirinya yang sebenar’.
Malahan pemimpinnya seperti Dr Edwin Bosi merasakan seolah olah DAP Sabah sudah terlalu ‘Kuat’ selepas kemenangan DAP dalam PRK Parlimen Sibu.
Apa tidaknya, selepas beberapa hari keluar dari perut kapal terbang ‘Airbus” dari Kuching ke Kota Kinabalu, dengan lantas Bosi yang politiknya sudah ‘Basi’ mengungkapkan pula kata-kata berbentuk ‘sinis’ namun ‘pedas’ kepada rakan seperjuangan dalam pembangkang SAPP (bukan gagasan PR) yang menyarankan wakil-wakil rakyat SAPP letak jawatan bagi memberi laluan kepada ‘pilihanraya kecil’ sebagai menguji kekuatan pembangkang di Sabah.
“Apakah saranan Bosi itu boleh dipandang masyarakat penyokong SAPP sebagai lojik? Apakah mungkin Bosi benar-benar serius atau sekadar mengejek SAPP kerana Bosi mendabik dada konon DAP sudah kuat sepertimana yang terbukti di PRK Sibu.”
Terdapat banyak andaian di sekeliling masyarakat yang tidak gemar melihat kelibat pemimpin ‘sarkastik’ seperti Bosi lantas berfikiran negatif terhadapnya, malah ada yang sudah berkira-kira akan menghukum Bosi di mana sahaja, ianya bertanding pada PRU13 tidak kira atas tiket apa digunakannya. Mereka berkata bahawa setiap yang ‘egois’ akan menerima pembalasan ‘Si Pitung’.
Tidak ada suatu yang perlu dibanggakan sangat meskipun DAP memenangi PRK di Parlimen Sibu, namun perjuangan PR untuk merebut kerajaan dari tangan BN masih jauh dan perlu mengharungi onak dan duri untuk sampai ke matlamat perjuangan.
Sebaliknya apa yang perlu PR lakukan ialah kesepakatan perjuangan di kalangan ‘Gagasan Pembangkang’ termasuklah SAPP, Bersekutu dan lain-lain (jika ada) perlu digarap semula untuk mengumpulkan kekuatan bagi menumbangkan kerajaan BN.
Perlu diingat bahawa sejarah telah membuktikan kekuatan DAP di Sabah sejak berjuang bersendirian di sini lebih 20 tahun lalu, jangankan menumbang BN, malah menggoncangkan BN pun belum tentu.
Oleh: GONOD M (sabahkini)
tidak dinafikan ramai yang beranggapan bahawa BN akan jatuh setelah melihat kekalan BN di sibu. namun pihak pembangkang tidak perlu yakin untuk menawan sabah dan sarawak kerana pengaruh BN masih kuat di kedua2 negeri ini.
ReplyDeletemasih ramai dikalangan rakyat yang belum bersedia menerima kerajaan baru. kemampuan mereka untuk memerintah masih diragui. malah sikap ego segelintir mereka yang terlalu bangga dengan kemenangan di sibu sedikit sebanyak memberi gambaran negatif kepada rakyat bahawa mereka tidak layak memimpin sabah dan sarawak.
ReplyDeletePR pada masa kini mula mengatur pelan untuk menawan sabah da nsarawak pada pilihanraya umum ke 13 nanti, kemenangan PR semasa piliharaya kecil di Sibu meyakinkan lagi PR bahawa mereka semakin kuat. namun tidak begitu mudah untuk PR menawan sabah dan sarawak, kerana pengaruh BN amat kuat di kedua negeri ini.
ReplyDeletePR should not be too confident yet, if they could not deliver their duty to the people, then there is a possibility that the people can still vote them out.
ReplyDeleteDAP Sabah should stop talking & start acting! They keep on talking as if their voices will be heard & noticed, but doing nothing in serving the rakyat...is this self denial in the making?
ReplyDeletepeople will evaluate them based on how they strive to serve the people, not how they strive to make an open statement just to show the weaknesses of opponents.
ReplyDeletekemenangan pakatan rakyat di Sibu telah menyakin pakatan bahawa mereka boleh menawan sabah dan sarawak pada pilihanraya umum nanti. bagaimanapun BN yang selama ini menguasai sabah dan sarawak semakin menguatkan jentera mereka dan mengatakan bahawa sabah dan sarawak merupakan "simpanan tetap" mereka. walaubagaimanapun permainan politik yang dimainkkan oleh kedua pihak, namun apa yang harus diutamakan adalah kepentingan rakyat.
ReplyDeletePakatan Rakyat semakin yakin untuk menawan sabah dan sarawak telah kemenangan mereka di Sibu. mereka mula mengatur strategi untuk menawan sabah dan sarawak. Bn harus lebih bekerja keras untuk mengekalkan kedudukan mereka di di kedua negeri itu. ini merupakan satu persaingan yang kelihatan menarik. bagaimanapun kita akan tahu siapa pilihan rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti.
ReplyDeletejika pakatan rakyat ingin menawan sabah dan sarawak, mereka perlu mengetahui apa rakyat inginkan, BN telah lama menduduki sabah dan sarawak. bukan mudah untuk rakyat beralih kepada kerajaan baru.
ReplyDeleteThe people will judge these leaders based on concrete actions not just empty talk. If they really wanted to win the people's support, they better practice what they preach.
ReplyDeleteServer the people first then talk. Otherwise, you will fall again this coming general election. Remember, the people will judge base on your performances. 3 strikes and you are out.
ReplyDeleteI like the term 'pemimpin sarkastik'...its a right terms to give not just to Edward, but the rest of Sabah opposition leader...
ReplyDeletePergaduhan antara parti tidak akan pernah selesai... So people please choose the best among them.....
ReplyDeleteThe next GE will reveal all. Just wait and see.
ReplyDeleteSebenernya saya agak risau juga sekirnya PKR dapat menawan Sabah pada pilihanraya akan datang nanti. Ini kerana kemenangan PKR di Sibu baru2 ini amat mengejutkan. Saya cuma mengharapkan agar para pemimpin BN sabah akan selalu turun padang, janganlah masa pilihanraya baru mahu sibuk sana sini...sebenernya rakyat hanya mahukan perubahan kemajuan dan pembanguann di daerah mereka. Walaupun pengaruh BN di negeri ini sangat kuat namun BN perlu sentiasa mendampingi rakyat.
ReplyDelete