Tuesday, May 25, 2010

YWB DESAK JANGAN GANGGU KAWASAN BW 4/00 (A)


MEMANDANGKAN kawasan hutan simpan di sekeliling Benta Wawasan seluas lebih 80,000 hektar telah digondol dan ditanami kelapa sawit, maka Yayasan Warisan Borneo (BHF) mendesak Kerajaan Negeri Sabah agar tidak mengganggu kawasan habibat semula jadi hidupan liar di kompatmen BW 4/00 (A) seluas 5,485 hektar.

Pengerusinya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan membuat desakan sedemikian selepas pihaknya menjalankan kajian lapangan berhubung ura-ura Kerajaan Negeri Sabah, khususnya Yayasan Sabah bercadang untuk membangunkan kawasan BW 4/00 (A) sebagai ladang kelapa sawit dan hanya meninggalkan kawasan Hutan Simpan Dara di tengah-tengah Benta Wawasan sebagai kawasan simpanan hidupan liar.

Menurut Jeffrey, pihaknya kecewa kerana rakyat Sabah telah diperdaya dan dikelirukan dengan konsep pembangunan hutan berkekalan Jabatan Perhutanan Sabah sedangkan senario sebenarnya ialah pemusnahan hutan simpan dan pembukaan ladang kelapa sawit secara besar-besaran di Benta Wawasan.

Walaupun pada mulanya Datuk Sam Mannan menentang konsep pemusnahan hutan di Benta Wawasan untuk penanaman kelapa sawit, termasuk sanggup menemui Perdana Menteri, ketika itu Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad (Tun) untuk membantah; namun kata Jeffrey, setelah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Sam menyokong projek berkenaan yang merupakan satu kemusnahan secara total kepada hutan tropika di Benta Wawasan.

“Pembangunan Benta Wawasan sebagai Ladang Kelapa Sawit diterajui secara usaha sama dengan Yayasan Melaka JV, Ratus Awansari Sdn.Bhd JV dan YSG (bersama Sabah Softwoods Berhad) bagi kawasan seluas 80,000 hektar semata-mata kerana ingin mendapat pulangan hasil RM15 billion bagi setiap pusingan tuaian,” ujar Jeffrey yang mendedahkan Skandal Benta Wawasan sebagai ‘niat jahat’ kerajaan Barisan Nasional menipu rakyat Sabah.

Oleh: SALIHIN LADJA MURA (sabahkini)

10 comments:
Write comments
  1. tidak salah sekiranya tujuan tersebut adalah untuk kepentingan rakyat...namun apa yang dilihat ia lebih kepada kepentingan segolongan individu...kawasan hutan simpan ini harus tidak dicerobohi oleh mana2 pihak baik kerajaan, GLC, atau syarikat2 persendirian...kawasan hutan ini adalah habitat semulajadi flora dan fauna sabah yang unik dan jarang ditemui...seharusnya, kerajaan negeri & Jabatan Perhutanan Sabah melindungi alam sekitar kita daripada ancaman luar...tidak berbaloi memusnahkan alam sekitar kita yang akan mengakibatkan masalah2 yang teruk yang tidak dapat dibendung menggunakan wang ringgit...harap kerajaan akan mepertimbangkan hal ini demi kebaikan manusia sejagat...

    ReplyDelete
  2. jika hendak membangunkan sesuatu kawasan untuk penanaman kelapa sawit, akpek persekitaran perlu diambil kira, kawasan tersbut merupakan kawasan hutan simpam yang menjadi habitat kepada beribu spesies haiwan dan tumbuhan. pembukaan ladang ke kawsan tersebut boleh memusnahkan hidupan liar di sabah.

    ReplyDelete
  3. masih belum dapat dipastikan samada kerajaan benar2 ingin membangunkan kawasan BW 4/00 (A) sebagai ladang kelapa sawit. sekiranya kerajaan perihatin dengan isu alam sekitar, pasti aktiviti pemusnahan ini tidak akan berlaku. tanah yang dibangunkan untuk tujuan penanaman kelapa sawit sebenarnya bagus untuk meningkatkan taraf hidup penduduk sekitar tapi biarlah aktiviti ini tidak memusnahkan hutan secara total.

    ReplyDelete
  4. pembangunan kawasan tersebut biarlah secara jujur dan telus tanpa melibatkan kepentingan pihak lain untuk tujuan tertentu. Datuk juga tidak perlu mengaitkan isu ini dengan parti politik yang kononnya berniat jahat untuk menipu rakyat.

    ReplyDelete
  5. benarkah dakwaan datuk jefrey ni..? pembangunan untuk penanaman kelapa sawit bagus jika ia untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan individu. walaubagaimanapun, sebelum melakukan pembangunan aspek persekitaran perlu diambil kira. kawasan tersebut merupakan habitat kepada beribu spesies flora dan fauna.

    ReplyDelete
  6. Forest reserve should be leave it that way.

    ReplyDelete
  7. Forest reserve and the wilds in the areas should be left untouched. Don't sacrifice it for the sake of make way for oil palm plantation.

    ReplyDelete
  8. Siasatlah hal ni dulu, susah juga mau buat andaian kalau takda bukti kukuh.

    ReplyDelete
  9. Sayang kalau hutan simpan dimusnahkan.. Tapi, kalau inilah yg terbaik rasanya kerajaan pasti dah kaji hal ni sedalam mungkin dan pertimbangkan segala kemungkinan yg bakalo berlaku. So sama2 la kita lihat apa perkembangan isu ni nanti.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan perlu pertimbangkan banyak perkara sebelum melaksanakan hal ni. Apapun saya yakin kerajaan tahu apa yg perlu dibuat. Ni kan baru ura2, belum tentu betul pun cerita si DJK ni. hehhee

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.