Sunday, February 27, 2011

KEMELUT ISU KAMPUNG DI HUTAN SIMPAN, SALAH SIAPA?

KEMELUT isu pelarian di bumi sendiri terus menghantui rakyat Murut yang tercetus peristiwa baru di Mukim Rundum beberapa bulan lalu, selepas Jabatan Perhutanan Sabah mengesahkan ke tiga-tiga buah perkampungan iaitu Kg Katubu, Kg Kapulu dan Kg Sumambu adalah HARAM kerana berada dalam kawasan Hutan Simpan amat merawan hati penduduk di kesemua kampung tradisi berkenaan.

Melihat kepada skop insiden itu, sukar untuk meramalkan apakah wakil rakyat terbabit mampu menyelesaikan masalah tersebut dalam masa terdekat ini, jika tidak keadaan sedemikian masih tergantung kerana belum ada sesuatu keputusan mutlak daripada kerajaan diperolehi.

Bermakna status penduduk kampong di situ masih di awing-awang sedangkan mereka (penduduk) sudah mendiami/menduduki perkampungan itu sejak beratus tahun dahulu sebagai tanah tumpah darah mereka, sedangkan kawasan Hutan Simpan Kuala Tomani dan Rundum sekadar digazetkan pada tahun 1984.

Titik tolak kepada isu tersebut, sudah tentu ada persoalan lain yang timbul dari pandangan kaca mata rakyat termasuk penduduk perkampungan tersebut bahawa mengapa wakil rakyat yang sudah berkhidmat di situ selama lebih empat penggal tetapi status pemilikan tanah adat dan perkampungan di situ tidak diuruskan dan diselesaikan sebelum itu secara total.

Persoalanya dari segmen lain turut menekankan pelbagai reaksi yang kebanyakkannya menyifatkan isu tanah tumpah darah penduduk mukim Rundum sebagai suatu kelalaian dan kelekaan yang harus dipertanggung jawabkan kepada wakil rakyat yang mewakili mereka; sehingga menyusahkan rakyat selepas diusir keluar dari kawasan tersebut, malah menjadi suatu trauma dan penyakit menghantui fizikal setiap penduduk di situ.



USANG....Inilah wajah mahligai Murut di Kampung Katubu dan Sumambu membayangkan kesengsaraan hidup mereka dan bukannya pondok sebagaimana yang didakwa Jabatan Hutan.

Tidak syak lagi, bahawa sesiapa yang dapat menonton kenyataan Unggi Malinau (bapa kepada Ahli Parlimen Malaysia-Tenom Datuk Raimie Unggi) yang disiarkan oleh SabahkiniTV menyatakan bahawa selain penduduk sudah berkampung di situ sejak beratus tahun dahulu, malah mereka juga adalah lebih kurang 80 peratus penyokong UMNO.

Dalam kenyataan itu, Unggi turut kesal dan mempertikaikan tindakan kerajaan BN yang ditunjangi UMNO di Sabah kerana bertindak tanpa pertimbangan secara peri kemanusiaan, lebih-lebih lagi mereka adalah anak jati di situ dan bukan pelarian (PATI).

Dalam pada itu, yang terbaru lagi dua penduduk di situ Eman Undok dan Palipus Ampasu turut membuat kenyataan dalam akhbar meminta pihak tertentu khususnya Ketua Menteri Sabah supaya campurtangan menyelesaikan masalah status perkampungan mereka dalam kadar segera, jika tidak mereka khuatir akan menjadi pelarian di bumi sendiri.

Kedua dua penduduk tersebut juga boleh disifatkan sebagai hilang keyakinan mereka terhadap kewibawaan dan ketelusan wakil rakyat mereka dalam melakukan penyelesaian secara total terhadap isu tersebut sehingga tanpa segan silu meminta Ketua Menteri Sabah untuk campur tangan dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Isu tersebut bukan sahaja menular di peringkat kawasan, namun ia sudah di peringkat nasional kerana selepas sahaja isu pengusiran oleh Jabatan Perhutanan itu berlaku, insiden itu terus memenuhi ruang depan akhbar-akhbar tempatan dan nasional memaparkan kejadian tersebut kerana selepas itu, rata-rata pembaca menyifatkannya sebagai suatu penganiayaan kepada masyarakat Murut dan antara lain menyalahkan wakil rakyat kerana tidak buat kerja yang baik.

Tidak dapat tidak, wakil rakyat terbabit yang juga dari UMNO harus dipersalahkan dalam soal tersebut kerana telah leka dan lalai menunaikan tanggung jawab mereka kepada rakyat sepertimana yang mereka janjikan ketika pilihanraya lalu yang terkandung dalam manifesto pilihanraya yang membuatkan rakyat selaku pengundi memilih BN kerana terpedaya dengan janji-janji tersebut.

Ekoran kejadian yang tidak seharusnya berlaku itu, rakyat telah mula meragui kejujuran dan ketelusan kerajaan UMNO-BN dalam menangani masalah rakyat yang bukan sahaja di Rundum tetapi di seluruh Sabah; sambil mengaitkan definisi slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’ dan menyifatkannya sebagai ‘retorik’ semata-mata dengan ertikata lain, sekadar ibarat ‘memugai’ hati rakyat sahaja.

Salam Hormat, selamat berjuang untuk terus Maju Ke hadapan bersama SAPP!

Oleh: DARI MEJA PENERANGAN SAPP TENOM

21 comments:
Write comments
  1. Umno lebih mengutamakan PTI dari peribumi baik peribumi tidak mengundi BN/Umno nie di PRU 13 supaya mereka tau orang Sabah berhak milik tanah sendiri dan menentukan kerajaan sendiri.

    ReplyDelete
  2. Tegakkan keadilan buat warga pribumi.

    ReplyDelete
  3. isu ini perlu diselesaikan dengan baik demi kebaikan semua pihak.

    ReplyDelete
  4. hak2 dan kepentingan penduduk perlu dijaga.

    ReplyDelete
  5. harap isu ini akan diselesaikan dengan segera dan kepentingan penduduk dapat dijaga.

    ReplyDelete
  6. Sebaiknya pihak tertentu memberikan penjelasan terlebih dahulu berhubung masalah ini.

    ReplyDelete
  7. Penduduk yang menentang bukan kerana tidak suka dengan pihak berkuasa, tapi mereka tidak diberikan penjelasan dan tidak tahu apa-apa sehinggakan dikenakan demikian. Selama mereka tinggal dikawasan tersebut tidak ada perkara ini berlaku dan baru sekarang dijadikan sebagai hutan simpan.

    ReplyDelete
  8. Rasa siapa yang bersalah kita sendiri pun tidak tahu..Apa pun kita mahukan penyelesaian perlu dilakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pribumi ini. Benarkah apa yang dilihat oleh Jabatan Hutan bahawa Pondok dibina??Atau Jabatan Hutan tidak menyelidik terlebih dahulu adakah itu pondok atau rumah orang kampung??

    ReplyDelete
  9. mereka bukanlah penjenayah berat yang boleh dikaitkan dengan kesalahan mengancam keselamatan negara. mereka hanya penduduk tempatan yang mahu mencari sesuap nasi di kawasan penempatan nenek moyang mereka sendiri.

    ReplyDelete
  10. wakil rakyat di daerah berkenaan perlu membawa isu ini menemui Ketua Menteri Sabah dan TYT untuk memastikan isu ini menjadi salah satu usul penting dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah akan datang.

    ReplyDelete
  11. Hoi YB kau punya rumah besar dan penuh kemewahan tetapi kau lupa amanah rayat bagi,kalau begini menyesal aku undi BN nie,kami peribumi sabah mau YB buat kerja bukan tidur.

    ReplyDelete
  12. Yb di kawasan tersebut harus bertindak dan membela nasib rakyat yang mengundi beliau untuk bergelar yang berhormat.

    ReplyDelete
  13. kebajikan rakyat harus diutamakan...dalam semua hal, rakyat harus didahulukan..

    ReplyDelete
  14. penyelesaian harus dicapai...

    ReplyDelete
  15. Harap kerajaan akan membuat keputusan sewajarnya untuk menyelesaikan isu ini.

    ReplyDelete
  16. Itulah, kenapa tidak selitkan terus nama wakil rakyat di sana, penat orang keluar mengundi, tapi hasilnya begini. Kasihan dengan mereka sampai rumah mereka dianggap pondok saja. Sokong sesiapa pun dalam hal ini sama saja kalau tidak buat kerja. Mereka penduduk tempatan, patut diberi kelebihan tanpa persoalan.

    ReplyDelete
  17. Susah sangatkah meminta maaf? Kalau berada di pihak benar, buat apa takut.

    ReplyDelete
  18. Mereka mahukan penjelasan yang bernas dan penuh jujur dari wakil rakyat yang mereka undi selama ini. Harap beri kerjasama.

    ReplyDelete
  19. There is still plenty to do in order to eradicate poverty in Sabah.

    ReplyDelete
  20. Nyesal aku undi YB budus nie ,entah apa tujuan dia mau jadi YB mungkin mau Kaya sendiri sajakan ,kesian betul orang kita yang tiada pembelaan dari pemimpin yang kita pilih dulu.

    ReplyDelete
  21. Mana pergi semua YB di situ?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.