DUA penduduk dari Mukim Rundum, Eman bin Undok, 57, Ketua Cawangan UMNO Bangkulin dan Palipus bin Ampasu, 45, terus dilanda kebimbangan dan khuatir mereka akan dipaksa menjadi pelarian di bumi sendiri sekiranya masalah status perkampungan mereka yang dilabelkan Jabatan Hutan sebagai ‘HARAM’ jika tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini.
Kampung tradisi yang terletak di kawasan Hutan Simpan Rundum merangkumi Kg Katubu, Kg Kapulu dan Kg Sumambu.
Mereka menegaskan bahawa, mereka ingin mengetahui perkembangan status perkampungan mereka selepas dituduh menduduki dan membuka ladang kawasan Hutan Simpan secara haram oleh Penguatkuasa Jabatan Hutan yang mengusir mereka dari kawasan itu pada 13 Januari 2011.
Justeru, mereka meminta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman untuk campurtangan menyelesaikan masalah tersebut dalam masa terdekat ini demi masa depan anak cucu cicit dan penduduk di situ seramai 3,000 orang.
Pengarah Jabatan Hutan, Datuk Sam Mannan dalam kenyataannya selepas insiden tersebut telah menambah keperitan perasaan mereka dan menyifatkan Sam Mannan seolah-olah menghalalkan tindakan ganas kakitangannya.
Apa tidaknya tambah mereka, Mannan mendakwa kononya penduduk yang mendirikan pondok (shelter) disitu hanyalah tempat mereka berteduh yang lebih bersifat sementara dan bukannya rumah bangunan kekal seperti yang penduduk dakwa sebelum itu.
Antara lain, Sam Mannan mendakwa bahawa pondok itu didirikan semata-mata untuk kegunaan sebagai perhentian mereka (penduduk) ketika aktiviti berburu binatang sambil menerokai perladangan di kawasan hutan simpan secara haram.
Bagaimanapun Eman Undok menyangkal dakwaan itu dengan memberi penjelasan bahawa rumah orang kampung yang diulit kemiskinan sejak dahulu kala sememangnya seakan-akan pondok tetapi itulah sebenarnya rumah kekal mereka.
“Kalau itu disifatkannya sebagai tempat persinggahan sahaja, bagaimana pula padi yang dihasilkan di situ ada tersimpan disulap itu, sedangkan kami sudah tinggal di sini sejak turun temurun mewarisi nenek moyang kami lagi,” tegas Eman.
Memanglah, kata Eman, Sam Mannan menganggap rumah mereka di sini sebagai pondok kerana ini bukan bangunan konkrit yang terdapat seperti di Bandar, tambahan pula kesemua mereka miskin dan tidak mampu untuk membina bungalow.
"Jika Pelarian Filipina dibela dan diberikan tempat dalam parti dan kerajaan, kenapa kami penduduk Kampung Katubu dipaksa menjadi pelarian di tanah tumpah darah kami sendiri?," tanya Eman.
Insiden yang berlaku pada 13 Januari 2011 itu menyebabkan satu laporan Polis telah dibuat oleh Palipus Ampasu sekitar jam 1 petang setelah beliau telah diiringi beberapa penduduk kampung terbabit termasuk Ketua Kampong (KK) Haji Sabli Ambarok.
Sementara itu, Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raimie Unggi dalam kenyataan beliau (akhbar ini) pada 21 Januari 2011 menyelar sikap Jabatan Hutan sebagai bertindak ‘sambil lewa’ dan tidak serius.
Raimie turut dipetik sebagai berkata bahawa perkara tersebut sudah dikemukakan kepada Jabatan itu sejak sekian lama, namun gerak kerja bagi mengenal pasti tanah adat seluas lebih kurang 800 ekar diabaikan oleh Jabatan itu.
Oleh: MAIL MATHEW (sabahkini)
Friday, February 25, 2011
PELARIAN FILIPINA DIBELA, PENDUDUK KATUBU DIPAKSA JADI PELARIAN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Seharusnya ada pihak yang menyelesaikan masalah ini. Jika tidak keadaan akan bertambah buruk dan ini juga akan menjejaskan imej kerajaan.
ReplyDeletepekara ini memerlukan perhatian. kepentingan penduduk perlu dijaga dengan sebaiknya.
ReplyDeleteharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.
ReplyDeletehal ini tak harus dipandang ringan kerana ia melubatkan nasib penduduk kampung. takkan kita nak biarkan mereka merempat ditempat sendiri.
ReplyDeletesiasat dan adili perkara ini dgn sebaiknya.
ReplyDeleteKerajaan patut membuat pengaturan yang wajar mengenai isu ini.
ReplyDeleteSemoga masalah ini akan dapat diselesaikan oleh pihak yang tertentu.
ReplyDeleteSekiranya hak rakyat tidak terjaga apa yang akan jadi nanti??Sebelum mengatakan sesuaut siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu, jika tidak tindakkan membawa padah kepada diri sendiri.
ReplyDeletePenduduk kampung dilayan seperti itu. Sungguh memalukan tindakkan Jabatan Hutan ini. Semoga penjelasan berhubung kes ini bagi menghilangkan persoalan yang timbul sekarang.
ReplyDeleteDiharapkan KM akan campurtangan untuk menyelesaikan masalah demi masa depan anak cucu cicit dan penduduk di situ.
ReplyDeletePadan muka baru kau orang PTI jadi anak emas malah diberi tanah menetap diSabah atas nama pelarian perang dan orang sabah sendiri tau dah ranai PTI dapat Mykad tetapi percaya dan berharap kerajaan menyelasaikan.Namun dah terbukti peribumi terbiar dan akan menjadi pelarian di bumi sendiri atau cai cai yang berforum disisni juga mungkin pelarian yang dah dapat Mykad itulah tulisan macam sambil lewa sehaja.
ReplyDeletememandangkan isu ini semakin meruncing, wakil rakyat di daerah berkenaan perlu membawa isu ini menemui Ketua Menteri Sabah dan TYT untuk memastikan isu ini menjadi salah satu usul penting dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah akan datang kerana TYT mempunyai kuasa untuk mengeksais keluar hutan simpan yang tidak produktif kepada Anak Negeri Sabah.
ReplyDeleteinilah masa pemimpin dan rakyat bekerjasama tanpa mengira fahaman politik untuk memperjuangkan permasalahan rakyat.
ReplyDeletehal ini tak bolh dibiarkan, hak2 dan kepentingan penduduk harus dipertahankan.
ReplyDeleteInilah realiti Sabah. Kasihan dengan penduduk kampung. Bagaimana pihak yang berkuasa boleh terpelas pandang?
ReplyDeleteKasihan aku tengok kau orang nie buta mata buta hati,padahal kau org pun tau siapa jadi dalng ic projek dari dulu sampai sekarang,apalah kau org nie buka mindatu dan berfikirlah diluar kotak.Kesian bangsa peribumiku tanpa pembelaan dari rayat sabah kerana berforum hanya berharap pada kerajaan yang menzalimi.
ReplyDeleteKesian juga dorang ini. Macam mana lah hal ni boleh berlaku???
ReplyDeletebagi orang yang tak pernah hidup susah, rumah usang atau pondok dianggap sebagai rumah rehat sementara.. Namun umum mengetahui, itulah keadaan rumah kebanyakan penduduk Sabah yang dihimpit kemiskinan.
ReplyDeleteTindakan Jabatan Hutan memang patut diselar jika tidakan yang dilakukan keterlaluan.
ReplyDeletePerkara ini harus diberi perhatian dan pastikan penduduk yang terlibat mendapat pembelaan sewajarnya.
ReplyDeleteSemoga perkara ini dapat ditanggani dengan baik... Apapun kita tunggu dan lihat sajalah perkembangannya nanti.
ReplyDeleteTengoklah, masihkah rakyat tempatan mahu melayan mereka dengan baik? Masihkah mahu menyewa rumah kepada pelarian? Siapa yang rugi akhirnya?
ReplyDelete