Akibat tekanan dan bantahan kumpulan pendidikan Cina dan parti pembangkan, sebuah sekolah rendah Cina di Kuantan menukar keputusannya untuk menerima akhbar percuma Utusan Malaysia.
Menurut laporan Sin Chew Daily hari ini, keputusan tidak menerima akhbar tersebut dibuat oleh lembaga SRJK (C) Semambu selepas bermesyuarat malam semalam.
Pengerusi lembaga sekolah itu, Goh Kim Fah memberitahu Sin Chew Daily, sekolahnya pada asalnya memang mahu menerima akhbar percuma Utusan Malaysia yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta yang bertujuan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajarnya.
“Diakui, kami memang lalai dalam isu ini. Kami tidak mengkaji impak keputusan (untuk menerima sumbangan itu),” katanya.
Menurut Goh, pelajar tidak seperti orang dewasa tidak akan dapat membezakan laporan Utusan Malaysia yang lazimnya menurut pengkritik adalah berat sebelah dan bersifat perkauman dengan berita sebenar.
Ini antara alasan lembaga itu menolak tajaan sumbangan tersebut.
Isu berkenaan timbul apabila Utusan Malaysia melaporkan syarikat hartanah Pasdec Holdings Berhad akan menaja 4,375 akhbar percuma kepada empat sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di Pahang. -mk
Friday, February 25, 2011
Sekolah Cina tolak akhbar Melayu percuma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Budak-budak sekolah mudah dipengaruhi jika membaca benda yang berat sebelah. Mereka harus diberikan peluang untuk menilai sesuatu dengan cara sendiri.
ReplyDeletelebih baik sumbangkan buku atau majalah dewan bahasa dan pustaka kerana ia lebih bersifat ilmiah dan lebih sesuai untuk pelajar.
ReplyDeleteKalau boleh biarlah murid2 diberikan majalah seperti kosmik, didik, dan majalah2 yang memfokuskan tentang pembelajaran.
ReplyDeleteJangan dedahkan murid2 dengan benda2 yang tidak begitu membantu dalam pembelajaran, Ini kerana, ia akan menganggu pembelajaran mereka.
ReplyDeletelebih baik jika sumbangan buku-buku berkaitan pelajaran diberikan.
ReplyDeleteapa pun, pekara seperti ini tidak perlulah dijadikan sebagai isu..
ReplyDeleteThis is just a small matter, there's no need to make it an issue.
ReplyDeleteWould be better if they were given dewan bahasa for free instead.
ReplyDeleteDiminta janganlah dipolitikkan masalah ini.
ReplyDeleteinilah hasilnya apabila sumbangan itu dipolitikkan.
ReplyDeletelepas ni pembangkang pula yang akan memberikan sumbangan akhbar percuma kepada sekolah2 ini.
ReplyDeletekalau akhbar berat sebelah.. putar belit.. memang la kena bagi free pun org tidak mau, bikin bungkus belacan bulih lah.. berapa banyak saman yang utusan dapat? berapa banyak berita yang terpaksa di tarik balik? akhbar patutnya mesti bebas tidak memihak kepada mana2 pihak dalam laporanya mcm sabahdaily ne lah.. kamu sokong kerajaan kah kamu pembangkang kah kamu bebas kah semua boleh komen..idup sabahdaily
ReplyDeletepemberian akhbar pun nk jadi isu.
ReplyDeleteBuku2 berdasarkan ilmiah lebih baik.
ReplyDeleteTolak dengan cara yang baik, tak payah nak politik.
ReplyDeleteHal ni pun boleh jadi isu. aduiii. Tolonglah jangan politikkan hal sebegini.
ReplyDeleteSemoga perkara ini dapat ditanggani dengan baik.
ReplyDeleteJangan mempengaruhi budak-budak dengan surat khabar yang berbau perkauman.
ReplyDelete