Monday, February 14, 2011

UPKO GESA TUBUH SSD

PRESIDEN Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri Bernard Dompok mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) ditubuhkan segera untuk menyiasat masalah imigresen di Sabah.

Katanya langkah itu perlu berikutan laporan bahawa seorang ahli perniagaan yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri dari Sabah diisytiharkan sebagai pemerintah di wilayah Sulu di selatan Filipina.

Beliau berkata perisytiharan itu menyebabkan status kewarganegaraan ahli perniagaan yang berpusat di Kota Kinabalu itu, Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, menjadi persoalan.

"Saya berasa jelak (apabila mengetahui perkata ini). Anda tidak boleh membiarkan orang bebas ke sana ke mari di negara ini dan membentuk 'negara' mereka sendiri... ini tidak masuk akal," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan klinik bergerak di sini.

Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, diminta mengulas pengumuman baru-baru ini mengenai kerajaan sementara yang diisytiharkan sendiri oleh apa yang dipanggil Kesultanan Sulu, bahawa Mohd Akjan adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir memerintah, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Sultan Shariful-Hashim.

Mohd Akjan dikatakan telah diisytiharkan sebagai Sultan Sulu ke-33 dalam satu upacara tertutup yang dihadiri oleh sekumpulan 60 orang, termasuk pengikutnya dari wilayah Sulu, di rumahnya di Kampung Likas di sini pada 2 Februari lalu.

Dompok berkata isu dua warganegara memerlukan siasatan menyeluruh dan beliau menggesa pihak berkuasa di Malaysia supaya memberi perhatian serius terhadap perkara itu. (BERNAMA).

48 comments:
Write comments
  1. Tak berguna Suruhajaya Siasatan Diraja ini. Tumpukanlah usaha untuk meningkatkan kawalan di perairan, kurangkan rasuah di Jabatan Imigresen dan JPN.

    ReplyDelete
  2. Belum tentu lagi kalau Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) dapat menyelesaikan masalah imigresen di sabah.

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan komen Walao. Daripada menubuhkan SSD, baik tumpukan usaha untuk meningkatkan kawalan di perairan.

    ReplyDelete
  4. Govt is working on it. As far as i concern the investigation has been started.

    ReplyDelete
  5. Together we join our hands to solve the PTI's issue.

    ReplyDelete
  6. Penubuhan SSD mungkin bagi Bernard adalah antara jalan penyelesaian. Tapi bagi orang lain, lain pula pendapat dan pandangan, Tapi apapun, kita kena kumpul seberapa banyak idea untuk bersama2 menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  7. setuju dengan falinda. kita perlu mengumpul idea untuk mencari penyelesai terbaik bagi masalah ini.

    ReplyDelete
  8. apa yang penting usaha berterusan perlu dilakukan bagi menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  9. Mungkin cadangan ini baik, apa pun kita mesti menkaji terlebih dahuu kebekesanan SSD ini. Tapi kita mengharapkan kejujuran pihak berkuasa perlu bagi menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  10. PATI masalah yang tidak dapat diselesaikan selama ini. Memang ada dalang dalam semua ini. Jika tidak kenapa mereka boleh masuk dengan mudah ke negeri Sabah. Maka kerajaan negeri perlu mencari dan menyiasat dengan lebih bagi memastikan kebenarannya.

    ReplyDelete
  11. walau apapun cara yang digunakan untuk menyelesaikan masalah ini, yang penting sekali adalah hasil daripada pelaksanaannya. lebih banyak kaedah lebih baik supaya kita boleh beralih kepada kaedah lain jika kaedah yang digunakan hari ini tidak berkesan.

    ReplyDelete
  12. Saya percaya kebanyakan pelarian filipina talah banyak mendapat IC sama ada jalan belakang (projek IC)atau telus dan seterusnya mengangotai parti politik terutamanya UMNO.Kalau mereka dah ramai dalam parti tentu mereka boleh bersatu untuk memilih pemimpin negeri Sabah kita terutamanya menjadi ketua menteri dan akhirnya merekalah bakal memerintah Sabah maka kita diperintah oleh meraka (Raja Sulu didokongi oleh oranya Tausuk)Tunggu dan lihat 10 tahun akan datang anak -anak peribumi akan merempat ditempat sendiri insyallah (andaian berkemunkinan tidak mustahil )

    ReplyDelete
  13. alalisis aku amat mudah. menteri KDN berkali kali menolak penubuhan SSD. kenapa? peratus kemungkinan pemimpin UMNO BN terlibat merekrut PTI manjadi penyokong parti sangat tinggi sbb itu utk mengelak pemimpin UMNO BN jatuh, SSD tak akan ditubuhkan. malangnya rakyat sabah masih dungu dan tidak melihat kehadapan. jgn kita tunggu lagi kita kena sokong dan mendesak kerajaan menubuhkan SSD sekurang kurangnya ada lain cara selsesaikan masalah PTI. mmg betul satu hari kalau rakyat sabah masih dungu, tunggu saja generasi peribumi akan datang merempat di tanahair sendiri. sekarang inipun dah ada org bangsa filipin yg berani menjadi ketua di sabah.

    ReplyDelete
  14. rakyat sabah mahu perubahan dalam isu ini..perubahan yang baik..bukannya statik dan bertambah teruk..maka apa salahnya SSD ditubuhkan?

    ReplyDelete
  15. memorandum mengenai IC palsu dan PATI di sabah sudah diserahkan..namun pihak KDN membisu dan memekak..sebagai pihak yang berkuasa seharusnya pihak KDN mengambil tindakan yang wajar..bukannya berdiam diri seperti patung.

    ReplyDelete
  16. kajian sudah banyak dilakukan..sekarang bukannya masa untuk membuat kajian tetapi masa untuk bertindak..

    ReplyDelete
  17. jika menteri KDN tidak mampu untuk menyelesaikan isu ini, maka beliau harus mempertimbangkan untuk meletak jawatan dan beri kepada mereka yang komited untuk menyelesaikan isu tersebut..

    ReplyDelete
  18. harus diingat suara rakyat amat berkuasa..lihat saja di luar negara seperti Mesir..untuk mengelak perkara serupa berlaku di negara kita maka buat apa yang perlu dengan berkesan untuk menyelesaikan isu imigran di sabah.

    ReplyDelete
  19. anda terlalu berharap perubahan tapi sampai bila kalau kita hanya pandai bercakap sahaja malah perkara ini telah lama diamkan.kalau mahu mari barani mengubah di PRU 13 tidak rugi mencuba dari hanya melihat peribumi merapat termasuk anak cucu kita dan saya fikir pasti anak cucu kita menyumpah dan mengkencing kubur kita nanti, bertindaklah now or never atau we become the last peribumi in Sabah

    ReplyDelete
  20. Tahu kenapa Menteri Dalam Negeri tidak bersetuju keatas penubuhan Suruhanjaya Diraja isu imigran? Apabila siasatan yg telus dan terperinci dilakukan, semua kudis2 UMNO/BN akan timbul bernanah dan menteri2 BN akan disabit atas kesalahan ini. Tapi kita rakyat Sabah boleh mengubah keadaan ini di PRU 13 nanti. Berani kah?

    ReplyDelete
  21. bukan soal berani atau tidak tapi ini soal kewajipan rakyat sabah. kita mesti bertindak kerana kitalah yang berkuasa dan bukan menteri2 dsb. kita yg berikan mereka kedudukan dan kitalah juga yang berkuasa untuk menarik balik kedudukan mereka. marilah kita sama2 berjuang untuk rakyat sabah pada PRU13 nti. sudah lama benar kita diperbodohkan menteri KDN tu.

    ReplyDelete
  22. Hishammuddin cakap "Suruhanjaya Diraja tidak akan membawa kita ke mana-mana kerana kita mahu penyelesaian...kita mahu sesuatu yang praktikal yang boleh diselesaikan, suatu imbangan antara ekonomi dan syarat keselamatan..."
    Jadi saya pun mahu tahu apa lah kunun langkah praktikal tu. hehehe

    ReplyDelete
  23. Penubuhan s/jaya ni OK juga cuma terpulanglah pada cara pelaksanaannya. Namun jika ada langkah yang lagi praktikal, y not guna cara tu kan. hehe
    Apapun lagi banyak idea rasanya lagi bagus, boleh pilih mana satu yang terbaik.

    ReplyDelete
  24. Dua kewarganegaraan tu bukan bendah remeh.. Ini isu yang mampu menimbulkan masalah besar malah paling teruk lagi hal ini memungkinkan keselamatan negara terancam.

    ReplyDelete
  25. Saya cuma harap isu imigran dapat diselesesaikan. Buatlah apa saja yang patut asalkan hal ni selesai.K/kala saya hairan juga mcm mana si Akjan dpt kewarganegaraannya.

    ReplyDelete
  26. Semua pihak harus mainkan peranan masing-masing bagi memastikan masalah imigran di Sabah dapat diselesaikan. Kalau tak juga selesai, jom ramai2 kita kasi selesai. Kuasa kan ada di tangan rakyat. jeng, jeng, jeng. hehe

    ReplyDelete
  27. Masalah PTI tidak akan selesai selagi UMNO/BN berkuasa kerana PTI ini merupakan FIXED DEPOSIT UMNO/BN. Rakyat Sabah yg merasa perit gara2 kehadiran mereka tanpa diundang diberi perlindungan oleh UMNO utk berkuasa.Sudah banyak umung kosong yg ditaburkan oleh pemimpin kerajaan berhubung isu PTI tapi semuanya KOSONG. Sekarang bukan masa utk berfikir atau mencari idea tetapi masa bertindak di PRU13. Diharap semua rakyat Sabah menggunakan kuasa utk menolak UMNO berkuasa lebih lanjut di Sabah.

    ReplyDelete
  28. diharapkan supaya sesiapa YB yang tidak bersetuju dengan menteri dalam negeri ,kalau masih juga duduk dalam barisan nasional sudah tidak ada guna lagi sebab semua permintaan tidak di pakai oleh orang seberang, oleh itu tunjuk kan kejantanan,apa ditakut bukti sudah di depan mata sebelum berputih mata.......

    ReplyDelete
  29. tugas kita sekarang ialah berhubung dgn org2 kampung yang di hulu kah atau di hilir kah atau kawan2 dan ceritakan kepada mereka apa yang berlaku. malu benar kita org sabah digelar FIX DEPOSIT sedangkan kita minta sikit dari org semenanjung ditolak mentah mentah. mcm manapun, SSD ni mesti ditubuhkan. semoga Dompok dan Bumburing dapat semangat dan kekuatan menghadapi menteri KDN tu.

    ReplyDelete
  30. Masalah PTI ini memerlukan cara yang lebih berkesan untuk diselesaikan.

    ReplyDelete
  31. setiap kali bila berlaku masaalah masa itu juga nak tubuhkan "Suruhanjaya ini Suruhanjaya itu" tapi satu pun tiada hasil cuma buang duit rakyat saja.

    ReplyDelete
  32. Apalah kau org nie tak faham2 lagi ke yang umno/BN merugikan masa depan rayat tempatan dan menutamakan PTI kerana masalah dari dahulu lagi tak selesai juga.So buat keputusan untuk anak cucu sama ada mau mereka merampat tempat sendiri atau kita ubah kerajaan di PRU 13.Tentukanlah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  33. Kalupun PRU 13 akan datang, mereka tetap menang.... sebab, kalu RM50 kena masuk dlm poket pasti tangan pangkah yg itu juga, tau lah ni org kg, rm50 tu mcm2 buli belanja. kita semua tahu, kita ditindas..tapi tidak dapat berbuat apa2 kerana mereka sangat berkuasa..Lihat lah di berita tv..mereka berkobar2..bersuara... lapor melapor...saman menyaman..pantang tergugat sikit ...Tetapi kita d bawah bayu..duduk diam ja. Angguk ja...mana tidak masalah PTI tidak akan selesai...

    ReplyDelete
  34. Beruntung nya org2 sarawak...di sana tiada UMNO...rakyat sendiri memerintah .....nasib rakyat terbela..

    ReplyDelete
  35. Apa2 pun...YB2 kita kena kc bangun dpd mimpi2 indah..bangkitlah dan bersuara lah, dengar lah rakyat yg telah memilih kamu, bukannya menambah harta bertimbun2 dan pergi berjudi di luar negara, kerana rakyat dah tahu..kecanggihan internet zaman sekarang, telah membuka mata rakyat pemimpin mana yg benar2 membela nasib kami.YB tidak perlu terhegeh hegeh berkempen, kami yg akan berkempen utk YB.

    ReplyDelete
  36. Kalau lah Kerajaan Negeri Sabah berkuasa sepenuhnya terhadap negeri Sabah, tidak perlu bergantung keputusan dengan kerjaan pusat dari KL.Kerajaan Pusat inda tau masalah PTI, di Sabah ni, walau telah berkali2 dibawa dalam Parlimen. Kuasa besar Pertahanan Negara adalah di pegang dorang, mana dorang perduli tu..tapi yg sedih nya KM pun inda perduli....?????

    ReplyDelete
  37. penubuhan SSD perlu dipertimbangkan kerana ia lebih bersifat bebas.

    ReplyDelete
  38. apapun, kita kena pastikan jalan sesuai untuk selesaikan masalah immigresen.

    ReplyDelete
  39. Kita serahkanlah kes ini kepada pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  40. Saya fkr Hisammuddin memang langsung tidak minat untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik.

    ReplyDelete
  41. This is so right but at the same time, we need a strong mechanism to deal with this.

    ReplyDelete
  42. Penubuhan SSD tidak akan berjaya jika tiada siapa yang menyokongnya di situ.

    ReplyDelete
  43. Guess what? Hisammuddin should turun padang.

    ReplyDelete
  44. Dompok harus lebih vokal lagi.

    ReplyDelete
  45. Kita remaja masa depan negeri sabah maka bertindaklah di PRU 13 kerana orang tua yang kuat BN akan hilang/luput tarikh dan diganti oleh kita yang ada pelajaran maka selamatkan lah peribumi masadepan keturunan kita jangan berkata perjuangan kalau takut dilanda badai wake up

    ReplyDelete
  46. hhahahaha kesian kau dompok..kena kasi ayam2 oleh hmudin...kekeke...tulah...sukung lagi amnu...

    ReplyDelete
  47. Tubuh ataupun tidak terletak dalam tangan kerajaan persekutuan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.