Friday, February 25, 2011

WANITA DAN PUTERI UMNO TENOM AKAN SERTAI PKR?

SEKUMPULAN Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Tenom secara senyap-senyap telah membuat temu janji bertempat di Pejabat PKR Cabang Tenom dengan Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman.

Dalam satu sidang media yang dikeluarkan oleh Setiausaha Cabang PKR Tenom, Maseri Raisimin berkata, "Program Ketua Cabang dalam bulan Februari dan Mac terlalu ketat, terlalu banyak acara dan lawatan beliau ke kampung-kampung di pedalaman yang akan berlangsung, maka temu janji itu mungkin dijadualkan dapat diadakan dalam bulan April depan."

Menjawab pertanya mengenai pemilihan calon BN, Jamawi Jaafar di Parlimen Tenom, Maseri berkata, "Itu bukan urusan kami. Siapapun calon BN mereka adalah saingan PR, kami berkerja untuk memperkasakan PKR di Tenom".

"Untuk masa ini kami cuma memperkemaskan jentera pilihanraya di kawasan Parlimen Tenon yang mengandungi DUN Kemabong dan Melalap," jelas Maseri.

Bila diasak oleh wartawan media PKR, siapakah nama Puteri dan Wanita Bahagian UMNO Tenom itu, Maseri berkata, "Itu adalah rahsia parti. Saya belum diberi signal oleh KC PKR Tenom, Halik Zaman untuk mengumumkannya. Beliau akan dibuat kejutan."

Oleh: MEDIA PKR SABAH

24 comments:
Write comments
  1. Adakah berita ini betul dan sahih? Wanita UMNO ingin sertai PKR??

    ReplyDelete
  2. Kita hanya mampu untuk menunggu. Setakat ini belum ada apa2 berita yang dapat mengesahkan kebenarannya.

    ReplyDelete
  3. hal ini belum diketahui kebenarannnya. apapun, harap ia tak menjejaskan jentera UMNO.

    ReplyDelete
  4. tidak tahu lagi pekara ini benar atau tidak. mungkin juga khabar angin...

    ReplyDelete
  5. apa pun, pekara ini belum lagi disahkan oleh mana-mana pihak.

    ReplyDelete
  6. Kalau betul pun tiada apa yang heran. Memang perkara biasa ahli lompat parti.

    ReplyDelete
  7. Tidak hairan kalau perkara itu berlaku diSabah. Apa pun kita tidak pasti akan kebenaran dalam hal ini.

    ReplyDelete
  8. Jika mereka mahu dengan PKR itu pilihan mereka. Kita tidak boleh memaksa mereka untuk UMNO. Apa pun biar mereka sedar siapa yang lebih baik dalam pemerintahan. UMNO Tenom tetap kuat dikawasan itu.

    ReplyDelete
  9. kita tunggu saja kenyataan ini adakah benar atau tidak. Selagi tidak ada bukti kukuh amat sukar untuk kita memahaminya. Hanya cakap kosong ramai orang boleh buat. Mereka pastikah itu Wanita dan puteri UMNO??Atau mereka yang tidak ada parti sebelum ini??Kita sendiri pun susah untuk menjangkakannya.

    ReplyDelete
  10. Don't know how true is this but its up to them whether they want to switch sides.

    ReplyDelete
  11. For now, it's best for each and every party to increase their effort to get more support from the people.

    ReplyDelete
  12. kalau betulpun, itu cuma temu janji. belum tahu lagi apa tujuan temu janji itu dibuat.

    ReplyDelete
  13. jika PKR tahu temu janji itu dibuat secara senyap2 kenapa pula PKR dedahkan? ada kemungkinan isu ini sekadar gimik politik PKR untuk terus berpolitik memandangkan PKR sejak kebelakangan ini sering berhadapan dengan masalah kepimpinan.

    ReplyDelete
  14. blum tentu benar lagi. jika benar pun ia takkan melemahkan BN.

    ReplyDelete
  15. Betul atau tidak cerita ini tiada siapa yang tahu. Kita tengok sajalah nanti benar atau tidak.

    ReplyDelete
  16. Saya setuju dengan Ace. Mungkin hanya mainan PKR.

    ReplyDelete
  17. Tak sangka rata-rata yang berforum disini org umno patutlah buta minda sebab banyak kes orang peribumi di Keningau teranaya berkenan tanah mereka tetapi nampanya forumer disini tak tau atau berpura tak tau malah kalau kita ke pekan keningau buat seram sebab macam tempat Filipin dimana merata tempat mereka berada iayalah macam bukan tempat kita pula mereka bebas berjual dikaki lima tampa halangan malah kekadang memaksa kita membeli barangan murahan dari filipina yang entah ada cukai ke tidak dan saya fikirlah mereka nie tak kena incometax pun tetapi kita adoiii parah dikerjakan kalau tak bayar incometax.

    ReplyDelete
  18. aahhhh boleh percaya ka ni???

    ReplyDelete
  19. Ada2 saja yang timbul dalam politi ni hinggakan tak tahu nak kenal pasti mana satu yang betul.

    ReplyDelete
  20. Sepatutnya, sekarang ni tumpuan diberikan kepada kepentingan rakyat dan bukkannya asyik dengan gimik saja. huhuhu

    ReplyDelete
  21. Kalau pun wanita umno ada buat temu janji dengan Ketua Cabang PKR Tenom, tidak bermakna mereka akan sertai PKR!!!!

    ReplyDelete
  22. Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

    ReplyDelete
  23. Biarlah mereka pergi saja. Aku tak kisah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.