Tarikh 9 Julai ini mungkin akan menjadi tarikh keramat. Tarikh di mana rakyat Malaysia berpesta meraikan demokrasi dan merayakan hak mereka di bawah perlembagaan.
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menyatakan hasrat mereka untuk membuat perarakan di ibu kota pada 9 Julai ini.
Tidak ketinggalan Umno juga mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk membuat perarakan pada hari yang sama untuk 'memperkukuhkan sistem demokrasi yang ada dan turut serta Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang di katakan akan membawa gelombang berlawanan iaitu 'anti BERSIH'.
Ada beberapa persoalan yang timbul di sini?
Pertama siapa yang ingin memulakan kekecohan?
Bagi saya pihak BERSIH sendiri sudah berjanji akan lakukan perhimpunan secara aman. Kenapa ada pihak yang mesti pilih masa yang sama iaitu 9 Julai untuk berhimpun bagi memperkukuhkan sistem demokrasi ataupun anti kepada BERSIH bermakna tidak setuju dengan enam tuntutan yang di sepakati oleh rakyat.
Jika PERKASA benar-benar bencikan himpunan seperti ini atau mengangap ianya tidak wajar, kenapa pula PERKASA tidak lancarkan 'anti-Umno', sebab Umno juga di khabarkan akan turut serta dalam himpunan aman tersebut dan kenapa pula mereka iaitu PERKASA juga ingin berhimpun?
Saya menghormati dan mendukung hak mana-mana pihak yang ingin berarak untuk berhimpun dengan aman, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan tanpa senjata.
Ini selaras dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk berhimpun dengan aman dan untuk berpersatuan.
Hak untuk berhimpun dengan aman adalah hak asasi yang dijamin Perlembagaan dan juga merupakan suatu kebebasan politik dan sivil. BERSIH 2.0, Umno mahupun PERKASA, mereka mempunyai hak yang sama rata untuk berhimpun dengan aman.
Cuma yang menjadi persoalan kenapa ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan kekecohan. Adakah sengaja ingin mencari sebab untuk menangkap rakyat yang sertai BERSIH 2.0?
Umno mahupun PERKASA yakin bahawa bukan puluhan ribu rakyat akan turun berhimpun, tetapi ratusan ribu akan turun sertai BERSIH 2.0, oleh sebab itu berbagai usaha yang dilakukan untuk menakutkan rakyat dengan ugutan dan sebagainya.
Perlu diingat seseorang itu mempunyai hak untuk mendesak permansuhan Akta Dalam Negeri (ISA), menyeru kebebasan badan kehakiman atau membantah ketidakadilan adalam sistem pilihan raya.
Pihak polis sepatutnya memainkan peranan yang sepatutnya. Tidak perlu membazirkan masa dan wang ringgit untuk menghalang perhimpunan yang akan berlaku.
Tidak ada gunanya mengenakan sekatan jalan raya, menahan orang yang berbaju warna kuning dan mungkin memudahkan perjalanan orang berbaju merah sebagai contoh. Perta demokrasi tidak wajar dihalang.
Peranan polis seharusnya memudahkan demonstrasi yang akan diadakan. Tidak perlu menembak cecair ataupun gas pemedih mata, kerana tindakan itu yang memulakan kekecohan. Tunggu dan lihat, pastikan semuanya aman, itu yang terbaik. Baik sepertimana yang dilakonkan dalam Gerak Khas.
Saya cukup yakin anak muda pasti akan turut bersama dengan rakyat, bagi saya anak muda mahupun rakyat bukan penakut yang hanya sembunyi di dalam rumah kerana bimbang dengan ugutan di tangkap dan sebagainya.
Saya bersetuju dengan kenyataan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya “ Najib nak batal BERSIH, boleh. Kalau esok kerajaan ambil keputusan jamin akan adakan pilihan raya bebas dan adil termasuk bersihkan senarai daftar pengundi, saya akan arahkan Ambiga untuk batalkan”.
Saya kira kenyataan ini cukup jelas tiada agenda tersembunyi sepertimana Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liong Tiong Lai nyatakan bahawa himpunan aman ini merupakan taktik kotor pihak pembangkang membangkitkan emosi rakyat supaya membenci kerajaan.
Sepatutnya Umno, MCA dan PERKASA mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan bersumpah tetapi supaya berjanji untuk mengadakan pilihan raya umum yang akan datang secara telus, bersih dan adil. Itu jalan yang terbaik bukannya turun menentang himpunan rakyat yang hanya akan menimbulkan kekecohan.
Oleh Mohd Yusof Hadhari Saidon
Penulis adalah Ketua Penerangan GAMIS Pusat
Tuesday, June 21, 2011
BERSIH: Siapa yang mulakan kekecohan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perjuangan Bersih ini adalah demi kebaikan dengan cara yang aman, janganlah sampai kekecohan berlaku.
ReplyDeleteHarap semua berjalan lancar untuk Bersih.
ReplyDeleteperhimpunan ini mungkin boleh menjejaskan perniagaan peniaga disekitar lokasi dan menyebabkan kesesakan lalulintas..
ReplyDeletePERKASA sengaja membuat perhimpunan pada tarikh yang sama. jelaslah mereka tak ingin pilihanraya diamalkan secara bersih dan adil.
ReplyDeleteKalau dalam perlembagaan sudah menyatakan bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun tanpa senjata, mungkin BERSIH 2.0 ini boleh diberi peluang untuk menyuarakan tuntutan mereka.
ReplyDeleteKenapalah kedua2 pihak ini ingin melakukan perhimpunan. Aman tidak aman tetap mengangu dan memalukan.
ReplyDeleteSudah2 dengan perhimpunan seperti ini. Musuh sebenar adalah PTI....
ReplyDeleteSPR sudah memberi respon untuk membawa perkara ini ke meja rundingan. Lebih baik berunding untuk mengelakkan kekecohan.
ReplyDeletenampaknya pada 9 julai nnti akan bertembunglah 3 kumpulan iaitu kumpulan Bersih, kumpulan Perkasa (anti bersih) dan kumpulan Pemuda UMNO. mgkin kekecohan akan berlaku jika pertembungan ini berlaku dan tidak dikawal.
ReplyDeleteMari kita saksikan apa yang akan berlaku pada perhimpunan haram BERSIH2.0 ini.
ReplyDeletesiapa yang lebih dulu menganjurkan perhimpunan besar2an ini? perhimpunan yang lain muncul disebabkan oleh perhimpunan Bersih.. jadi jelas la disini bahawa perhimpunan Bersih adalah punca kekecohan.. mustahil ratusan ribu perserta ini tidak akan menimbulakn kekecohan pada 9 julai nanti.. kesesakan dan terganggunya aktiviti orang awam yang lain juga boleh disifatkan sebagai kekecohan..
ReplyDeletewujudkah dalam perlembagaan bahawa rakyat boleh berhimpun dimana2 sahaja termasuk jalan raya dan tumpuan orang ramai?? bagi saya perhimpunan itu hanya disifatkan aman sekiranya dilakukan ditempat yang tidak mengganggu aktiviti orang awam.. itulah yang dikatakan sebagai aman..
ReplyDeleteyang memulakan kekecohan adalah PERKASA aka Ibrahim Ali..
ReplyDeleteseharusnya tindakan ISA dikenakan ke atas Ibrahim Ali kerana menghasut tapi malangnya setakat ini tiada tindakan dikenakan..seolah-olah negara malaysia tiada undang2..
ReplyDeleterakyat berhak menuntut demokrasi dan pilihanray yang bersih dan adil..itu adalah hak rakyat dan bukannya PERKASA atau mana2 parti politik..
ReplyDeletekita tengok pihak mana yang akan menang...BERSIH atau PERKASA & UMNO..
ReplyDeleteTak perlu nak mengerohkan keadaan. Bersih sudah terang-terang megatakan bahawa tujuan mereka cuma untuk menuntut perubahan sistem pilihan raya supaya ia lebih bersih dan adil.
ReplyDeleteApa salahnya rakyat menuntut dan membela hak mereka yang jelas diperuntukan dalam Perlembagaan?
ReplyDeleteJika mereka diberi peluang berunding dan hasil rundinagan itu dilaksanakan, tidak akan ada perarakan ini.
ReplyDeleteJangan sudah terdesak baru minta duduk berunding.
Kenapa takut sangat dengan perhimpunan ini? Baru-baru ini PM turut menganjurkan satu perhimpunan dengan 1 juta pemuda.
ReplyDeleteMatlamat Bersih 2.0 patut disokong semua pihak. Pemuda UMNO turut ingin berhipun dengan tujuan yang sama dengan Bersih 2.0.
ReplyDeleteKesedaran rakyat terhadap hak mereka semakin meningkat. Menyekat cuma menghasilkan lebih kebencian. Lebih baik membenarkan mereka berhimpun.
ReplyDeleteFaham-fahamlah siapa orang tu.
ReplyDelete