Saturday, July 23, 2011

Bekas Menteri Penerangan Gesa Najib Henti Sekat Suara Rakyat

Seorang lagi tokoh Umno hari ini tampil mencadangkan supaya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan dialog dengan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih 2.0) bagi mengatasi kepincangan proses pilihanraya di negara ini.

Bekas Menteri Perlancongan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir memberikan saranan itu selain menekankan perlunya Najib berhenti menyekat kebebasan bersuara dan sebaliknya memperbaiki imej kerajaan supaya dilihat sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.

"Kalau kita mula mahu sorok dan sebagainya, maka rakyat akan berasa syak wasangka sebab amanah (sejak) Merdeka (dan) pada zaman Tun Razak (adalah) memberi kebebasan bersuara," ujar beliau.

Justeru, tokoh veteran Umno itu mahukan berkata kerajaan menilai secara positif sebarang pandangan yang dilontarkan oleh mana-mana pihak.

Kerajaan mengisthiarkan Bersih yang menggabungkan 62 pertubuhan bukan kerajaan sebagai gerakan haram pada awal bulan ini.

Puluhan ribu orang yang menyertai perhimpuan Bersih 9 Julai lalu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.

Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.

Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis. Enam individu lain ditangkap dibawah Ordinan Darurat yang membolehkan seseorang ditahan tanpa perbicaraan.

Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan dan mantan Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah menasihati Najib supaya tidak bersifat konfrontasi terhadap Bersih yang hanya menzahirkan tuntutan awam untuk proses pilihanraya yang lebih telus dan adil.

Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Penerangan menggesa Najib supaya bergerak seiring dengan ketamadunan masyarakat yang berdaya saing dan intelektual, dan bukan menyekat hak rakyat untuk bersuara.

Beliau menjelaskan sekiranya kerajaan mampu membuktikan ia melaksanakan tanggungjawabnya dengan ikhlas, maka rakyat tidak akan mempunyai alasan untuk bangkit menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

Abdul Kadir berkata demikian selepas majlis pelancaran "Angkatan Amanah Merdeka" (Amanah) pagi tadi.

Abdul Kadir berkata tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini menyaring maklumat berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 dalam majalah antarabangsa The Economist hanya membangkitkan kecurigaan rakyat terhadap keikhlasan kerajaan.

Pendekatan sedemikian ketinggalan zaman dan hanya menimbulkan persepsi bahawa kerajaan cuba melindungi maklumat daripada sampai kepada orang awam, tegas beliau. -tvsnews

22 comments:
Write comments
  1. Hak bersuara sangat lemah terutamanya di negara-negara asia. Walaupun di negara maju seperti Singapura, hak bersuara juga dikawal oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Mungkinkah satu perubahan melanda negara Malaysia dalam kebebasan bersuara?

    ReplyDelete
  3. kebebasan bersuara harus diberikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  4. diharap kepincangan proses pilihanraya di negara ini dapat diatasi dengan baik.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan harus menangani masalah ini dengan bijaksana.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan perlu bersikap lebih terbuka dalam mendengar suara rakyat. Semakin kerajaan menyekat dan bersikap tertutup, rakyat akan semkain curiga dan akan hilang kepercayaan terhadap ketelusan kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Rasanya tidak ada guna lagi kita menceritakan perkara BERSIH ini. Sekarang rakyat memang berhak bersuara untuk memperbaiki kelemahan kerajaan. Kerana kerajaan tidak akan tahu kesilapan dan kelemahan mereka. Tapi rakyat nampak semua itu.

    ReplyDelete
  8. terlalu bebas boleh menyumbangkan kepada perkara yang tidak baik kerana boleh membuat tindakan dgn sesuka hati. oleh itu, kawalan mmg perlu ada.

    ReplyDelete
  9. Bekas menteri penerangan ini sibuk sangat lah. Baik dia saja yang pergi bertemu dengan pihak bersih.

    ReplyDelete
  10. Kebebasan harus ada hadnya. Macam juga pergaulan tanpa had lebih banyak negatifnya dari positifnya.

    ReplyDelete
  11. ya, Najib perlu berhenti menyekat kebebasan bersuara dan sebaliknya memperbaiki imej kerajaan supaya dilihat sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  12. sekarang imej Najib pun terjejas di mata dunia akibat rally yang lalu.

    ReplyDelete
  13. People should be given the chance to voice out !

    ReplyDelete
  14. By listening to what the people has got to say could help improve the government.

    ReplyDelete
  15. Tindakan penyaringan mkalumat dlam majalah Economist adalah satu tindakan yang paling bodoh, lucu dan memalukan negara.

    ReplyDelete
  16. Suara rakyat tidak mungkin disekat pada zaman ini dengan adanya internet.

    ReplyDelete
  17. Apa yang terjadi di Mesir boleh dijadikan rujukan. Semuanya angkara penafian suara rakyat.

    ReplyDelete
  18. Ada juga dalam kalangan UMNO yang tidak berapa setuju dengan tindakan kerajaan terhadap Bersih.

    ReplyDelete
  19. Kebanyakan ahli politik ini cuma akan bersuara untuk rakyat setelah mereka tidak aktif lagi dalam arena politik.

    ReplyDelete
  20. Apakah tujuan dan misi 'Angkatan Amanah Merdeka' ini ditubuhkan?

    ReplyDelete
  21. pekara seperti ini perlu ditangani dengan bijaksana demi kebaikan semua.

    ReplyDelete
  22. sebenarnya kebebasan yang dijamin oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat adalah kebebasan yang terhad, bersyarat, mempunyai batas dan mempunyai sekatan. hakikat ini kurang diketahui oleh masyarakat umum. ini kerana pihak2 yang mendakwa diri mereka sebagai juara kebebasan sengaja menyembunyikan fakta2 ini supaya masyarakat umum dapat dikelirukan bahawa kebebasan mereka termasuk kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan kebebasan untuk berhimpun secara aman adalah kebebasan yang hakiki dan tanpa batas atau sekatan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.