Tuesday, July 19, 2011

Negara Bertukar Kepada Negara Polis

Dakwaan bahawa Malaysia sebuah negara bebas berlandaskan prinsip demokrasi hanya kenyataan palsu Perdana Menteri, menurut Naib Presiden PKR, N. Surendran.

Justeru jelas beliau, tindakan Datuk Seri Najib Razak mencanang nama Malaysia kepada pelabur asing bagi menaruh keyakinan kepada amalan demokrasi harus dihentikan kerana perkara itu ternyata meleset.

Dalam kenyataan medianya, Surendran mengecam kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang menyalahgunakan kuasa polis sebagai alat politik bagi menutup suara pembangkang dan masyarakat umum.

Beliau menyatakan kebimbangan terhadap status negara demokrasi yang bertukar menjadi "negara polis" sejak perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara 9 Julai lalu apabila agensi itu dilihat menutup kesemua pintu rundingan dengan pihak bukan pro-kerajaan.

Ini termasuk menyekat kebebasan berhimpun dan ceramah anjuran Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan seperti yang berlaku di Taman Impian, Kuantan Sabtu lalu.

Katanya, program ceramah yang dijadualkan berlangsung itu dicemari dengan kehadiran hampir 50 anggota serta kenderaan polis bertujuan menghalang rakyat setempat untuk menghadiri sesi penerangan itu.

Malah menurut Surendran, polis mengugut beliau agar tidak mempertikaikan tindakan polis menghalang orang ramai untuk hadir ke kawasan berhimpun sambil mengenepikan hak demokrasi yang cuba diketengahkan beliau.

"Demokrasi? Jadi? You jangan cari pasal," ungkapan tersebut dikeluarkan oleh pemangku OCPD Kuantan apabila Surendran cuba untuk berbincang tanpa memberi sebarang sebab munasabah mengapa rakyat dihalang menghadiri ceramah tersebut.

"Oleh itu kita menggesa agar kerajaan Barisan Nasional menghentikan salahguna kuasa polis untuk tujuan politik, menghentikan dakwaan berterusan, membebaskan enam tahanan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan memulihkan kebebasan demokrasi rakyat," kata beliau.

Surendran kemudian menyifatkan tindakan melampau polis menyekat kebebasan awam merupakan kegagalan pentadbiran baik oleh kerajan serta penafian kedaulatan undang-undang. - tvsnews

20 comments:
Write comments
  1. Harap negara kita tidak akan menjadi negara junta.

    ReplyDelete
  2. diharap sistem pemerintahan yang lari dari prinsip demokrasi negara segera diperbaiki.

    ReplyDelete
  3. Polis hanya bertindak mengikut arahan. Tak boleh nak salahkan 100%.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan harus menangani masalah ini dengan lebih bijak. Jika kerajaan silap percaturan, kelak akan merugikan pihak anda sendiri.

    ReplyDelete
  5. Demokrasi hanya kulit sahaja.

    ReplyDelete
  6. Sekiranya mendatangkan bahaya kepada orang ramai, polis berhak untuk menghalang mana2 aktiviti2 yang diadakan.

    ReplyDelete
  7. setuju dengan komen Ngam ka tu, jika terdapat aktiviti yang memberikan kesan tidak baik terhadap orang awam, maka ada baiknya jika polis menghalang.

    ReplyDelete
  8. polis berhak menghalang mana2 aktiviti yang tidak baik.

    ReplyDelete
  9. Kuasa polis harus disekat. Bukan tanda baik jika polis bertindak tanpa batas.

    ReplyDelete
  10. Hormat dan patuhi Perlembagaan Malaysia dan hak rakyat. Dengan ini, maka semua pihak dimanfaatkan. Hak rakyat dilindungi, polis dihormati.

    ReplyDelete
  11. Peguam alif dalam bidang perundangan. Kata Surendran berasas. Kerajaan kenalah bertindak membuat perubahan.

    ReplyDelete
  12. Tiada pihak yang mengatasi undang-undang, mahupun polis.

    ReplyDelete
  13. Semua polis mengambil sumpah sebelum diamanahkan tugas. Melindungi hak rakyat dan keselamatan rakyat adalah amanah utama mereka dan bukan menjadi taring pihak-pihka tertentu.

    ReplyDelete
  14. Tugas polis berat. Menangani jenayah tidah mudah zaman ini. Biar mereka tumpukan perhatian kepada tugas mereka dan bukan menderhaka rakyat yang sepatutnya dilindungi mereka.

    ReplyDelete
  15. The people should be given the chance to voice out.

    ReplyDelete
  16. neway, the police was just instructed by the higher authority. It is their duty to prevent any activity that would harm the country peace.

    ReplyDelete
  17. Polis menjalankan tanggung jawab mereka menjaga keamanan negara ini. Menjaga ketenteraman rakyat. Jadi itu bukan salah polis tapi salah para perhimpunan haram itu sendiri tidak mendengar amaran dan larangan dari pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  18. macam-macam ulasan..

    ReplyDelete
  19. jangan pula tajuk di atas direalisasikan.

    ReplyDelete
  20. Malaysia ada kebebasan tapi disalahgunakan oleh ahli2 politik. kalau mau anjurkan perhimpunan pun, buat la di satu tempat, bukannya berarak beramai2 dijalanraya sambil melakukan provokasi kepada anggota polis.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.