Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013 pinggir rakyat Sabah, Sarawak

Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin melahirkan rasa kekecewaan apabila kerajaan Umno BN terus meminggirkan rakyat Sabah dan Sarawak pada Bajet 2013 yang dibentangkan hari ini.

Bajet 2013 bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4 petang tadi.

Lajim yang ditemui sejurus selepas perbelanjaan bajet tersebut memberitahu tiada peruntukan khusus diberikan kepada Sabah mahupun Sarawak.

"Tumpuan kepada Sabah dan Sarawak terus dipinggirkan, tidak ada langsung disebutkan melainkan hanya mewujudkan jelapang padi di Kota Belud dan Batang Lupar sedangkan kita tahu Sabah merupakan 'fixed deposit' kepada Barisan Nasional, tiada satu pun projek yang dikhususkan khas untuk rakyat Sabah," jelasnya.

Beliau turut menyatakan bajet kali ini juga tidak menunjukkan satu penyelesaian yang kuat akan dilakukan oleh kerajaan pada tahun 2013.

"Ia seperti bantuan di kalangan belia yang belum berkahwin diberi RM250 apakah itu satu penyelesaian jangka panjang, apa yang disediakan itu hanya untuk jangka pendek sahaja.

"Apa yang kita mahu ialah kerajaan perlu meletak penyelesaian untuk tempoh jangka panjang supaya rakyat Malaysia terutamanya golongan muda lebih terjamin masa depan mereka," sambung beliau lagi.

Beliau yakin bajet yang dibentangkan kali ini merupakan satu bajet politik untuk Barisan Nasional menghadapi pilihanraya umum.

Bajet 2013 diperuntukan sejumlah RM251.6 bilion dengan meletakkan RM201.9 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

Pakatan Rakyat sebelum ini membentangkan belanjawan Pakatan Rakyat 2013 telah meletakkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM233 bilion.

-HD

51 comments:
Write comments
  1. Nilai undi rakyat Sabah dan Sarawak ialah sama dengan 1 biji tangki air. Sebab itu Najib bagi peruntukan tangki sahaja bagi Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  2. Siapa cakap sabah dan serawak di pinggir,sabah dan serawak mendapat project penghinaan dengan pemberian tangki 40 ribu,bodoh punya BN ini kalau ada tangki tapi tidak ada air macam mana,mahu isi dengan air kencing kah?bah rakyaat sabah dan serawak kita humban kan BN kali ini,bikin panas saja ini BN.

    ReplyDelete
  3. MEMANG BENAR APA YG DI KATA TAPI AKU AMAT SANJUNG YB DATUK MOKTAR@SUPER MOK BELIAU PEMIMPIN YG AMAT BAIK TIDAK SOMBONG DAN BERJIWA RAKYAT KAMU PEGILAH KEBUKIT GARAM TENGOK SENDIRI JALAN JALAN SAMPAI KEKAMPUNG SUDAH TIDAK LOKEK

    ReplyDelete
  4. Mana Pemuda UMNO Sabah..tolong jawab ,bah. Penghinaan apa inih ? Pusat pandang Sabah hanya kerana padi dKota belud aje kah? Ntah2 Pemuda UMNO Sabah ini Butun dr Indon kot?

    ReplyDelete
  5. lu fikirlah sendiri wahai rakyat sabah sarawak.pedulikah lagi anda diperbodohkan buat selama-lamanya.

    ReplyDelete
  6. Sedarkah anda kenapa BN seolah2 pinggirkan Sabah dlm bajet 2013? Kan dSabah ni majoriti PATI, bajet tu utk warganegara. Jadi apa salahnya BN tu.

    ReplyDelete
  7. Tak pe le, kan SS tanah jajahan, isap dulu madu bumi SS, lepas tu baru beri autonomi. Apo nak di kato ...nasib badaaan, ksian!

    ReplyDelete
  8. Reformasi! Ini Kali La! Tuuuuukaaaarrrrrrrr.....

    ReplyDelete
  9. Tukar PR. OK BAH KALAU KAU.

    ReplyDelete
  10. Teda apa2 bagi Sabah dalam bajet kali ini. Lupakan UMNO. Kita sukung Pakatan. 5 tahun sahaja. Janji2 Pakatan utk Sabah sangat menarik dan jauh2 lebih baik daripada BN. Kalu tak tunai kita undi balik BN. Tak rugikan.

    ReplyDelete
  11. dalam siaran astro ada tayangan gambar bertajuk "rise plenet of the apes"begitu lah tajuknya kalau salah tulong betulkan,dimana mengisahkan sekumpulan beruk yang dijadikan sebagai bahan kajian untuk tujuan perniagaan,dan terdapat seekor beruk yang bernama "chesser"memimpin sekumpulan beruk untuk melepaskan diri mereka dari bahan kajian dan perniagaan oleh manusia..fikir punya fikir terdetik hati saya bahawa binatang yang kita tindas dan hina kalau sudah penghinaan sampai ke tahap yang tidak terkawal akan bertindak balas,saya rasa begitu juga kita disabah kalau kita masih tidak sedar dengan penindasan oleh BN.

    ReplyDelete
  12. itu pun mutu tangki yg d berikan adalah tangki buangan yg tak berkualiti langsung. tangki tu sesuai unk simpan najis sahaja.terlalu murah dan rendahnya maruah pengundi di SABAH.

    ReplyDelete
  13. nah semua sudah tengo bajet BN tu. ada kah bajet khas utk sabah yg jadi fix deposit BN? adakah selamanya kita mcm pokok lalang saja? kita semua tahu jalanraya di sabah paling teruk di malaysia bersama dgn sarawak tetapi mana dlm bajet najib mau bikin jalanraya di sabah? bikin panas hati saja. duit RM500.00 dan RM250.00 adakah cukup belanja untuk 5 tahun? BN cuba utk mau rasuah pengundi kah? sendiri mau fikir la.

    ReplyDelete
  14. semua sekali pemberian tunai najib lebih kurang 7 billion iaitu termasuk BRIM dan duit utk org bujang berjumalh RM250.00.

    kalaulah najib buang 1 billion saja untuk upgrade jalanraya di sabah, kitapun teramatlah gembira tetapi kita org sabah mcm dapat penghinaan drpd bajet tu pula. sebagai negeri fix deposit BN habuk pun tak dapat melainkan RM500.00 dan RM250.00 yg boleh habis dlm 2 3 hari saja.

    bingung samada mau lagi undi BN untuk PRU13 atau tidak.

    ReplyDelete
  15. The Budget 2013's emphasis on the welfare of the people in Sabah and Sarawak dispels claims by the opposition that the Barisan Nasional (BN) government is treating the people in the two states as 'stepchildren', according to leaders in the two states.

    ReplyDelete
  16. Datuk Seri Peter Chin Fah Kui said the budget would help to lower the price of goods with the allocation by the government to subsidise transportation costs of essential items in Sabah, Sarawak and the Federal Territory of Labuan.

    ReplyDelete
  17. Education-wise, the allocation to upgrade schools should be lauded, considering that the facilities in some schools, students' hostels and teachers' quarters in the interior of Sarawak are of lower standard

    ReplyDelete
  18. Tan Sri Joseph Kurup welcomed the expansion of the 1Malaysia People's Shop (KR1M) to Sabah, Sarawak and Labuan. Besides the KRIM, the standardisation of prices and provision of transportation subsidy will benefit the people of Sabah, Sarawak and Labuan especially those in the interior.

    ReplyDelete
  19. PBB youth chief Datuk Fadillah Yusof said the budget proved the government's earnestness in its struggle for the people, particularly in the allocation of RM386 million to standardise the price of goods in Sabah and Sarawak.

    ReplyDelete
  20. Najib bagi tangki dengan kata begini," Kamu orang Sabah Sarawak tadah air hujan saja dulu sebab belum habis hasil bumi Sabah kami ambil" Itu yang Mahathir suruh rakyat Sabah bersabar tunggu habis hasil bumi Sabah habis diambil baru dimajukan Sabah!

    ReplyDelete
  21. Najib berkata bahawa beliau sentiasa mengutamakan rakyat Sabah dalam aspek pembangunan.

    ReplyDelete
  22. Pembangkang pasti akan mengambil kesempatan untuk mengkritik bajet 2013 untuk menarik perhatian dan undi rakyat.

    ReplyDelete
  23. Dari BERJAYA, PBS lepas itu BN masih tidak dapat membangun..ada fikir ka mengapa?? jawapannya sebab pemimpin nya adalah org yg SAMA bah....lompat sana, lompat sini...tidak kira la kerajaan atau pembangkang yg akan memerintah nanti selagi pemimimpin2 ini tidak ditukar selagi itulah tidak membangun...maka oleh itu dari peringkat akar umbi tukarlah pemimpin muka baru yg lebih tegas dan berjiwa rakyat....jangan di salahkan KERAJAAN semata2 bahhhhh.....

    ReplyDelete
  24. contohnya macam si lajim ukin kan...lompat sana lompat sini...mahu kena jadi calon lagi konon...orang macam lajim memang patut kita tolak...orang macam dia ni hanya pentingkan perut sendiri dan kroni...

    ReplyDelete
  25. kalau mahu muka baru, jangan undi pemimpin recycled macam si lajim dan wilfred...

    ReplyDelete
  26. cakap besar pula si lajim ni...dulu masa dalam kerajaan tiada pun suara2 sumbang dia...siok saja sebab duit masuk poket...sekarang poket sudah penuh, bank sudah overload, dia keluar pok PR bagi dia ang pow lagi...

    ReplyDelete
  27. yang akan menjadi pengkritik ialah rakyat...rakyat akan menilai..

    ReplyDelete
  28. bajet pembangkang bukan bajet politik juga kah lajim?

    ReplyDelete
  29. yang penting saya dapat tu rm500...undi biarlah rahsia...

    ReplyDelete
  30. Sebab Lajim bukan dalam kerajaan, baru mahu cakap itu ni. Talam dua muka.

    ReplyDelete
  31. Bajet mengambil kira kepentingan, kesejahteraan, keperluan dan kehendak rakyat dari semua lapisan masyarakat

    ReplyDelete
  32. Najib berkata bahawa beliau sentiasa mengutamakan rakyat Sabah dalam aspek pembangunan ( Tai palatlah! Berapa bilion Najib peruntukkan buat jalanraya macam kerbau di Sabah dalam budjet kali ini )

    ReplyDelete
  33. Sebanyak RM386 juta diperuntukkan bagi menyeragamkan harga barangan di Sabah.

    ReplyDelete
  34. Dah lama kami sebagai Rakyat Borneo tahu hal ini. Tapi kerajaan korup BN negeri pandai menutup kesalahan. Lebih2 lagi dgn bantuan kerajaan UMNO(BN) dari Semenanjung melalui media yg terus menipu rakyat Sabah dan sarawak dgn perangkaan yg menipu rakyat. Misalnya, dalam media selalu sebut kelebihan projek BAKUN untuk menjana elektrik kepada penduduk di seluruh Sarawak. Namun hakikatnya sampai sekarang hidro BAKUN belum ada tanda2 ianya akan disalurkan ke rumah penempatan penduduk. Hakikatnya ia telah disalurkan kepada Syarikat peleburan aluminium mega milik negara CHINA.

    **undi mahal!!

    ReplyDelete
  35. Kat semenanjung, kos 1km = rm2.8juta je. Biasanye harga Sabah akan di up kan 50% lg = 4.2juta. Yg 10.7 juta lg tu lampu jalannye kot

    ReplyDelete
  36. Untuk pengetahuan Lajim bajet 2013 ini tidak meminggirkan Sabah dan Sarawak pun.

    ReplyDelete
  37. Apa pun hara pembangunan di Luar bandar akan lebih diberikan tumpuan oleh KKLW.

    ReplyDelete
  38. Kalau betul-betul kerajaan BN perihatin kepada rakyat kenapa
    jalan raya di kg.ToboH Laut masih lagi tahun 70an oleh itu wahai orang Toboh Laut undilah pembangkang PR, supaya ketua kampung di situ yang lama berkuasa di ganti, good luck Toboh Laut . Kalau kamu mahu lihat "gunung batu" datang saja di sungai pegalan kg. Toboh laut

    ReplyDelete
  39. Dulu Lajim pernah cakap Sabah telah menerima kesan pembangunan infrastruktur melalui Bajet 2011, hari ini dia cakap Sabah TERUS dipinggirkan pula.

    ReplyDelete
  40. Jika benar Sabah TERUS dipinggirkan, bagaimana dia boleh cakap Sabah telah menerima kesan pembangunan sebelum ini? Seolah-olah dia nafikan sendiri pengakuan yang telah dia buat.

    ReplyDelete
  41. Bagaimana dengan insentif cukai dan bukan cukai untuk minyak dan gas di Sipitang, pemasangan CCTV untuk PBT di Sabah, pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Luar Bandar (RTC), 40 ribu tangki air, pengangkutan bas berkualiti, program penyeragaman harga dan sebagainya? Semua ini ada dibentangkan oleh Datuk Najib, bukan hanya jelapang padi.

    ReplyDelete
  42. Berkenaan dengan bantuan RM250 kepada belia bujang pula, Memang betullah bantuan itu bukan bersifat jangka masa panjang.

    ReplyDelete
  43. amun perlu diingat, dalam pembentangan bajet 2013 ini juga turut memberi penekanan kepada masa depan belia muda melalui Graduate Employability Blueprint, Program Skim Latihan 1Malaysia, peruntukan RM738 juta ringgit bagi pembangunan belia dan sukan, program Y-Creative, penubuhan New Entrepreneur Foundation, Lautan Biru 1Malaysia For Youth atau 1M4U dan Pakej Komunikasi Belia. semua ini untuk masa depan belia muda.

    ReplyDelete
  44. The people of this nation are now beginning to reap the benefits from the transformation programmes carried out by the Barisan Nasional government under the Najib administration for the past three years. The promises made by the BN government in developing the country and helping the people had been fulfilled through the various programmes implemented during the period.

    Within the last three years alone,There have been a remarkable development and people are saying real change is taking place. Should the present administration be given another five years, certainly there will be can make more changes and betterment for the common people, thus it is safe to asay that not only the government made promises, but also intends to fulfill them.All efforts could be implemented through the idea and implementation capability of the BN government which had been proven all this while: This includes 1Malaysia People's Aid (BR1M), 1Malaysia Public Housing (PR1MA), 1Malaysia Clinic and the Urban Transformation Centre (UTC) and Rural Transformation Centre (RTC) proved that the government had succeeded in implementing all that it had planned.

    Apart from that, the Prime Minister made emphasis of the importance of intellectual capacity to think of new ideas because in the 21st century.He noted that leaders with better ideas will get the support of the people. This clearly demonstated that the present administration have ideas to help the common people. Not only did the present administration have implemented BR1M, PR1MA, but also bent on the implementation of urban transformation.On that note, the Prime Minister also reminded the people not to accept people who make empty promises and do not fulfil them - people who lie. A government must fulfil their promises.

    ReplyDelete
  45. Lajim Kecewa kerana tidak dilantik ke Jawatan Ketua Menteri Sabah

    Dulu dia cakap Sabah telah menerima kesan pembangunan infrastruktur melalui Bajet 2011, hari ini dia cakap Sabah TERUS dipinggirkan pula. Jika benar Sabah TERUS dipinggirkan, bagaimana dia boleh cakap Sabah telah menerima kesan pembangunan sebelum ini? Seolah-olah dia nafikan sendiri pengakuan yang telah dia buat.

    ReplyDelete
  46. Lajim Kecewa kerana tidak dilantik ke Jawatan Ketua Menteri Sabah

    Selain menafikan pengakuan sendiri, ulasan Datuk Lajim melalui artikel di atas juga terlalu lemah dimana beliau hanya melihat "jelapang padi" dan "bantuan RM250 kepada belia" daripada keseluruhan teks ucapan Datuk Seri Najib.

    ReplyDelete
  47. Lajim Kecewa kerana tidak dilantik ke Jawatan Ketua Menteri Sabah

    Sepanjang pembentangan bajet ini, apa yang Datuk Lajim buat hinggakan dua perkara itu sahaja yang mampu dia ingat? Bagaimana dengan insentif cukai dan bukan cukai untuk minyak dan gas di Sipitang, pemasangan CCTV untuk PBT di Sabah, pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Luar Bandar (RTC), 40 ribu tangki air, pengangkutan bas berkualiti, program penyeragaman harga dan sebagainya? Semua ini ada dibentangkan oleh Datuk Najib, bukan hanya jelapang padi.

    ReplyDelete
  48. Lajim Kecewa kerana tidak dilantik ke Jawatan Ketua Menteri Sabah

    Berkenaan dengan bantuan RM250 kepada belia bujang pula, Datuk Lajim cuba mempertikaikan bantuan itu dengan alasan ianya bukan bersifat jangka panjang yang boleh manjamin masa depan belia muda.

    Memang betullah bantuan itu bukan bersifat jangka masa panjang, namun perlu diingat, dalam pembentangan bajet 2013 ini juga turut memberi penekanan kepada masa depan belia muda melalui Graduate Employability Blueprint, Program Skim Latihan 1Malaysia, peruntukan RM738 juta ringgit bagi pembangunan belia dan sukan, program Y-Creative, penubuhan New Entrepreneur Foundation, Lautan Biru 1Malaysia For Youth atau 1M4U dan Pakej Komunikasi Belia. Bukankah semua ini untuk masa depan belia muda?

    ReplyDelete
  49. Lajim Kecewa kerana tidak dilantik ke Jawatan Ketua Menteri Sabah

    Agak menghairankan bila Datuk Lajim membangkitkan persoalan-persoalan itu selepas jawapannya telah dibentangkan. Saya sarankan eloklah Datuk Lajim baca balik intipati bajet 2013 kerajaan BN sebelum membuat ulasan-ulasan yang bersifat dangkal dan memesongkan fakta sebenar.

    ReplyDelete
  50. Lajim Kecewa kerana tidak dilantik ke Jawatan Ketua Menteri Sabah

    sebelum ini, Lajim pernah juga membuat kenyataan seperti ini selepas PRU 2008 "Sabah di bawah kepimpinan Datuk Musa terus membangun dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi."

    ReplyDelete
  51. Lajim Kecewa kerana tidak dilantik ke Jawatan Ketua Menteri Sabah

    Lajim juga pernah buat kenyataan seperti ini "Rakyat boleh menilai sendiri pembangunan yang dibawah oleh Datuk Musa yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan Sabah terus membangun."

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.