Wednesday, September 26, 2012

Bajet Pakatan tak berasaskan dasar kaum

Bajet alternatif 2013 Pakatan Rakyat mengandungi peruntukan untuk tindakan afirmatif yang tidak berasaskan kaum, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Membentangkan dua hari lebih awal daripada bajet nasional, Anwar berkata, tindakan itu diambil ekoran pengalaman mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Negara mesti bergerak ke fasa baru kerana dasar bumiputera telah disalahguna untuk memperkayakan beberapa pihak sahaja.

"Sokongan (kepada yang memerlukan) melalui tindakan afirmatif, akan diteruskan tetapi tidak perlu berdasarkan etnik untuk membantu golongan miskin," katanya.

Tambahnya, di Selangor dan Pulau Pinang, dasar seperti skim mikro kredit tidak berasaskan kaum, tetapi sebahagian besar bumiputera menerima manfaatnya.

"Ini bermaksud, kaum India yang layak juga akan dibantu, dan ini tidak merompak hak orang Melayu," katanya.

Bajet alternatif itu juga mensasarkan tindakan untuk membatalkan 1Malaysian Development Berhad (1MBD) yang ditubuhkan kerajaan, dengan semua kepentingannya diambil alih oleh cabang pelaburan persekutuan Khazanah Malaysia.

Menteri kewangan akan membentangkan bajet 2012 Jumaat ini. -MK

36 comments:
Write comments
  1. Aku ndak faham la apa itu bajet suma. Aku tau sapa2 jadi kerajaan, jgn menipu,bha. Aku juga mau cuba PR ini kali, ok bah kalau kau !!

    ReplyDelete
  2. Kalau tak faham diam ! Jgn menunjukkan kebodohan disini.

    ReplyDelete
  3. Melayu merupakan KAUM DOMINAN kat Malaysia nie. Yang peliknya Melayu juga DOMINAN jadi HAMBA di negara sendiri.

    Kita boleh tengok di rumah2 FLAT, Melayu paling ramai. Padahal Pemimpin2 kebanyakkan Melayu.

    Kita boleh tengok di pasaraya Melayu JAGUH jadi Sale Promoter. Tu belum lagi kerja despacth, McD, kedai serbaneka.

    KALAU KORANG MALAS!!! Ada 2 golongan akan ambil KESEMPATAN.

    1. Pemimpin2 KAPITALIS
    2. Warga Asing

    Nak SELESAIKAN ISU ini hanya dengan satu cara sahaja. Kita pecahkan PERUNTUKKAN ini.

    Cuba lihat kenyataan ini.

    "Belanjawan alternatif 2013 Pakatan Rakyat mengandungi peruntukan untuk tindakan afirmatif tidak berasaskan kaum, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim."

    Ini adalah cara terbaik untuk mengajar Melayu2 yang merasakan REZEKI akan TURUN dari LANGIT, atau BN adalah TUHAN mereka.

    MELAYU JANGAN JADI MALAS!!! AYUH BUKTIKAN KITA BUKAN BANGSA YANG MALAS!!!! TINGGALKAN BN dengan OTAK JAHILIYAH mereka!!!

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!

    ReplyDelete
  4. Alangkah cantiknya Belanjawan Pakatan ini dijadikan Belanjawan Negara... Belanjwan BN dah tahu... belanja pilih bulu... bantu
    rakyat dengan tipu sama rakyat..

    **amek koo.

    ReplyDelete
  5. Pakatan Rakyat sewajarnya tidak membelakangi Kerajaan yang memerintah Negara dalam membentangkan Bajet 2012.

    ReplyDelete
  6. Economists warned that proposals, such as the waiver of student loans, should be weighed carefully as the implications and trade-offs would be sizeable.

    ReplyDelete
  7. While highway tolls are a burden, rolling back any of these tolls would impact government revenue.

    ReplyDelete
  8. In the case of the automotive sector, any move to cut prices would adversely affect the second-hand car business and other supporting industries."

    ReplyDelete
  9. Presuming that plugging leakages can reduce significantly the fiscal deficit, without serious tax reforms and cutting fuel subsidies, is a brave assumption.

    ReplyDelete
  10. Mungkin juga ada sebab kenapa Anwar mempercepatkan bajet ini. Kerana mungkin ada persamaan dengan Bajet kerajaan nanti. Jadi dengan cara ini nampak yang mana PR akan menuduh Kerajaan BN mencuri Idea mereka.

    ReplyDelete
  11. Kita tidak pasti apa yang bajet 2013 pembangkang ini benar atau cuma gimik politik semata-mata. Tapi kita tunggu apa yang akan diumumkan oleh PM kita mengenai bajet 2013 ini.

    ReplyDelete
  12. eh, mahfuz s.a.p dlm SPM pun ada? hahaha. dia ni ada kes masa bekerja dgn dca nie..dah jadi MP? hahaha. orang `cerdik` mana pilih dia tu? alih2 sebut ekonomi pula. haii, kena tipu lah korang. Ir Nizar `jurutera wayar lift` pun ada..

    btw, apa peranan PAS dlm pembentukan bajet nih? serius!! aku nak check dasar kewangan dan sistem ekonomi makronya dulu. islamik @ PAS akan jadi barua hanya utk PR??!!

    *dulu PAS, bila dah pulang ni.. BN lah!

    ReplyDelete
  13. pengaruh DAP amat besar sekali dlm bajet ini! kita saksikan pembabitan wakil dari Bt. Benderanya tuh! semuanya berpihak & memenangkan pihak mereka

    *kppm

    ReplyDelete
  14. Aku ndak tau,bah apa itu bajet. Yg aku mau tau sapa2 jadi kerjaan, jgn tipu rakyat ,bah.Aku jugak mau cuba itu PR kali ini,bah. OK BAH KALAU KAU..

    ReplyDelete
  15. apa kata kalau perkataan 'bajet' itu sendiri ditukar balik ke 'belanjawan'.
    *suatu ketika dulu, setiap kali ada pembentangan belanjawan negara, saya mendengar. bukan pasal isi kandungannya tetapi perkataan-perkataan melayu 'pelik' yang digunakan oleh DSAI yang tak pernahpun saya guna heheh...

    ReplyDelete
  16. Apa pun Parti Politik yang punya wawasan untuk ketampuk pemerintah Malaysia tidak lari dengan Bajet dari parti masing-masing. Kita rakyat Malaysia perlu menghormati matlamat parti.
    Kenapa Barisan Nasional perlu mempertikaikan Bajet parti lawannya?
    Dan patut pun rakyat Malaysia perlu mempertikaikan Bajet dari pemerintah Malaysia(BN) kerana rakyat telah dapat menilai banyak penyelewengan dari ketelusan.
    Jika sesiapa menafikan dan tetap bersetuju Pemerintah sekarang telus, rakyat akan menilai pada PRU13 nanti.
    Insyaallah.

    ReplyDelete
  17. Di mana saya nak tengok bajet 2013 dari pakatan rakyat,sini tidak memberi penerangan pun,cuma topik sj,nak kenalpasti samada bajet pakatan pratikal ke tak.

    ReplyDelete
  18. Kalau banding dgn bajet BN, BN yang lebih realistik, jangan2 pakatan memberi harapan kosong kep rakyat, panjat lebih tinggi, jatuh lagi sakit.

    ReplyDelete
  19. Tapi bajet pakatan tidak realistik.

    ReplyDelete
  20. Baru aku tau bajet Bn tu bajet pemanis. Hidup Umngokk!! Bajet pembangkang ndak realistik katanya, tapi bajet BN tu aku ndak tau apa yg realistik. Cuma baru jelas,memang bajet pemanis kerana harga gula bakal naik selepas kerajaan hidangkan mcm2 tunai buat rakyat baru2 ni. ROSMAH sebat duit kerajaan brjuta2 utk shopping, rakyat dhidangkan dgn BR1M. Hutang negara RM502b yg ndak parnah dbayar oleh BN. Itu yg realiti dsamping bajet yg realistik tu..

    ReplyDelete
  21. boleh percaya ke bajet dari pakatan ni?

    ReplyDelete
  22. pemimpin2 Pakatan ada baca intipati bajet 2013 yang dibentangkan Najib ka?? bajet kerajaan BN juga meliputi semua kaum, bukannya satu2 kaum..

    ReplyDelete
  23. apa jaminan bahawa bajet pakatan tidak mengkayakan kroni?? macam mana dengan skandal pasir selangor?? penyelewengan tender di kedah??

    ReplyDelete
  24. Once again Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak remained consistent with his commitment to put the people first by providing something for almost every group when tabling the 2013 Budget in Parliament.

    ReplyDelete
  25. The 2013 Budget, themed 'Prospering The Nation, Enhancing Well-Being of the Rakyat: A Promise Fulfilled' covers five main focus in line with the concept of 'People First, Performance Now' which has become a pillar of his administration.

    ReplyDelete
  26. The five areas are Stimulating Economic Activities, Empowering Education and Training, Acculturation of Innovation, Increasing Productivity, Fiscal Consolidation and Enhancing Efficiency of Public Service and the People's Wellbeing.

    ReplyDelete
  27. Disabled children, farmers, fishermen, retired civil servants, pension less ex-servicemen, school bus operators, students and ferry users in Sarawak, Labuan and Sabah are among those who received the government's attention.

    ReplyDelete
  28. With a strengthened national economy, following government revenue next year estimated at RM208.6 billion, the government will continue to reduce deficit to four per cent.

    ReplyDelete
  29. As expected, the 2013 Budget which was tabled in two hours and 15 minutes, allocated a large portion to education with RM38.7 billion, or 21 per cent of the overall budget.

    ReplyDelete
  30. The 2013 Budget showcased a bigger expenditure of RM251.6 billion compared with RM232.8 billion allocated during the 2012 Budget.

    ReplyDelete
  31. Najib also introduced several new incentives in the budget, which included the first nursery for disabled children, the Takaful Padi Protection Scheme for owners of paddy fields, extension of the 1Malaysia People's Aid (BR1M) to single unmarried individuals aged 21 and above who earn RM2,000 monthly.

    ReplyDelete
  32. Youths aged between 21 and 30 will also enjoy one-off rebates worth RM200 for smart phones, as well as a one and a half month bonus for civil servants.

    ReplyDelete
  33. To lessen the burden of medical treatment for the public, 70 more 1Malaysia Clinics will be opened nationwide next year while Malaysians earning below RM3,000 will enjoy a 50 per cent discount to use KTMB komuter services.

    ReplyDelete
  34. In line with the government's philosophy and readiness to listen to the peoples woes, the government is providing RM1.9 billion to build 123,000 reasonably priced homes in strategic areas throughout the country.

    ReplyDelete
  35. Besides announcing a reduced sugar subsidy of 20 sen per kilogramme, Najib also called on traders to not burden the people by increasing prices of goods.

    ReplyDelete
  36. While stating that this would be the last budget before the 13th general election, Najib also confidently predicted that the country would see the Barisan Nasional (BN) government table six more budgets.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.