Wednesday, December 26, 2012

Ketua Penerangan ANAK Ditahan & Diikat Tangan

Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat Pahang, kelmarin kecoh apabila Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda yang mengetuai konvoi ditahan dan diikat tangannya.

Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang Noraza dan peserta konvoi memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor.

Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin yang turut menyertai program berkenaan berkata, pada awalnya konvoi berjalan dengan lancar dari Felda Bukit Kepayang, Bera.

"Suasana bermula apabila konvoi tiba di Felda Kampung Awah. Noraza ditahan dan diikat kedua belah tangannya.

Katanya, tindakan tersebut menimbulkan kemarahan peserta konvoi dan berlaku ketegangan di kawasan tersebut.

Menurutnya, keadaan kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan, Sulaiman A. Hamid campur tangan dan mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok dilepaskan.

Katanya, hasil rundingan dengan penduduk, konvoi dibenarkan memasuki kawasan Felda dan meneruskan program penerangan jelajah di Markas Pas di dalam kawasan Felda itu.

Shamsuri berkata, insiden berkenaan cukup mengecewakan dan pihaknya mengutuk tindakan tidak bermoral pihak yang menghalang jelajah berkenaan.

Menurutnya, peserta konvoi juga terkilan dengan tindakan pihak yang mencetuskan provokasi.

“Perbuatan ini melanggar Perlembagaan dan undang-undang yang memberi hak kepada semua rakyat negara ini untuk ke mana sahaja dan berhimpun dengan aman.

“Pemuda Pas Maran yakin bahawa sebahagian besar peneroka dan penduduk Felda kini matang dalam berpolitik, mereka tahu untuk memilih pimpinan dan wakil dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mereka.

Kelmarin, Kembara Oren di Negeri Sembilan kecoh apabila ratusan penduduk menghalang laluan konvoi berkenaan.

Sebelum ini pada 3 November insiden yang sama berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak. -SH

8 comments:
Write comments
  1. Ini untuk mempertahankan putrajaya hingga ke titisan darah yang terakhir kata Najib!

    ReplyDelete
  2. haha...takkan peserta konvoi duduk saja tengok si noraza tu kena ikat??....aduhhh wayang-wayang...

    ReplyDelete
  3. Aku ponn ndak tau kenapa sampai member tu kena ikat ?? Tengok jer ke. Kalau si Noraza tu sorang diri lain le,ini beratus org konvoi tu. Bukan wayang tapi BODOH.

    ReplyDelete
  4. bukan semestinya wayang...kan geng2 umno tu pandai buat strategi dan perangkap...sedangkan berjuta rakyat Malaysia pun boleh dikelentong inikan pula baru beratus org berkonvoi tu :D:D:D

    ReplyDelete
  5. Aku nak cakapkn pada NGO ANAK tu pimpinan Sdr Mazlan Aliman atau sapa2 shj. Kembara sebegini kalau mmbahayakan peserta,tak perlu diadakan. Hanya cukop dgn ceramah perdana atau roadshow sederhana utk menerangkan perkara sebenar mngenai FELDA/FGV/Isa samad atau seumpamanya. Saya percaya warga felda yg juga org PAS atau atas pagar,akan dtg dgr ceramah penerangan mngenai mereka. Tak semesti masuk kesetiap halaman rumah Felda,kalau dah jadi masalah sebegini. Niat betul utk mmberi kesedaran dan penerangan tapi kalu kaedah tu sampai mmbahayakan jemaah, cari kaedah lain.

    ReplyDelete
  6. Mengapa mereka menjadi ganas dan pengganas,,sebab mendapat restu di semua pihak, mereka boleh buat apa saja asalkan untuk umno bn..merka tertipu oleh wajah umno bn..

    ReplyDelete
  7. United Mengampu Najib Organisation

    ReplyDelete
  8. kemana perginya tamadun manusia, kalau bersikap agresive, bertindak lah secara propsional, kita bukan nya di zaman kuno, kalau tak puas hati buka gelangang perdebatan, baru lah dikatakan bijak, bukannya selinsing lengan tunjuk kekuatan, kita telah berada di zaman moden, x tahu lah kalau mereka-mereka itu masih menganggap belum merdeka lagi, itu lah sebabnya kena buat jelajah merdeka rakyat, kerana ada setengan nya masih rasa tidak merdeka, jelajah merdeka kan rakyat kena beri penerangan kepada mereka-mereka yang rasanya masih tidak merdeka lagi......

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.