Sunday, December 23, 2012

S'pura Juara Piala AFF Suzuki Kali Keempat

Singapura menamatkan penantian mereka untuk muncul juara buat kali keempat selepas lima tahun dengan menundukkan Thailand 3-2 secara agregat pada aksi final kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand malam Sabtu.

Skuad 'The Lions' sebelum ini mencatatkan kemenangan selesa 3-1 ke atas Thailand pada perlawanan final pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Rabu lepas.

Gol tunggal perlawanan pada malam ini dihasilkan penyerang Thailand, KiratiKeawsombut menerusi tandukan pada minit ke-45, jelas tidak membantu skuad 'Changsuk' (Gajah Perang) itu untuk menghalang 'The Lions' dari mencatat kejuaraan kali keempat selepas muncul pemenang pada 1998, 2004 dan 2007.

Pasukan bimbingan Winfried Schafer ini wajar menyalahkan diri mereka sendiriselepas gagal menyempurnakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol pendahuluanpada separuh masa pertama sehinggalah Kirati membuka tirai jaringan selepasbeliau menanduk masuk hasil sepakan sudut daripada Theerathon Butmathan.

Bersambung pada separuh masa kedua, Singapura mengekalkan corak bertahanyang kental menerusi gandingan dua pemain tinggi lampai Baihakki Khaizan dan Daniel Mark Bennett sehingga menyukarkan jentera serangan Thailand untuk menggandakan jaringan.

Thailand berpeluang untuk menambah gol pada minit ke-65 namun sepakan percuma daripada pemain tengah, Jakkapan Pornsai hanya sedikit melepasi pintu gol pasukan Singapura.

Strategi taktikal Schafer dengan memasukkan dua pemain tengah iaitu Chanathip Songkrasin dan Apipoo Suntornpanavej pada pertengahan separuh masa kedua juga tidak banyak membantu pasukan berkenaan yang kerap kehilangan bola kepada pemain The Lions.

Kekalahan berkenaan menyaksikan hasrat Thailand untuk meraih kejuaraan buatkali keempat tidak kesampaian selepas muncul pemenang pada 1996, 2000 dan 2002.

Skuad Harimau Malaya selaku juara bertahan gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas kalah 1-3 secara agregat kepada Thailand di perlawanan separuh akhir.BERNAMA

1 comment:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.