Thursday, May 26, 2011

Keputusan Semakan Tarif Elektrik Diumum Esok

Majlis Ekonomi Negara (NEC) akan membuat keputusan jika terdapat sebarang semakan semula kepada tarif elektrik, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata mesyuarat NEC akan diadakan di Putrajaya esok dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kabinet telah memutuskan yang Majlis Ekonomi akan membuat keputusan akhir.

"Ia akan menentukan jika kita akhirnya telah memperkenalkan tarif elektrik yang baharu," kata beliau kepada pemberita di Cyberjaya hari ini.

Beliau bercakap selepas pelancaran "Dare To Dream Challenge" bersempena dengan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia 2011 yang kedua (IGEM 2011), di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Cyberjaya.

Mengulas mengenai tuduhan yang menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 telah meningkat sekali ganda kepada RM1 bilion, Chin berkata butiran mengenai projek itu masih lagi dibincangkan.

"Ia adalah projek kerajaan-kepada-kerajaan dan masih lagi dibincangkan dengan kerajaan China," kata beliau.

- Bernama

14 comments:
Write comments
  1. Harap penjelasan yang baik diberikan oleh NEC.

    ReplyDelete
  2. tunggu dan lihat...harap kepentingan rakyat diutamakan.

    ReplyDelete
  3. harap tarif elektrik di negara ini tidak dinaikkan.

    ReplyDelete
  4. Harap kerajaan merancang sesuatu yang baik kepada rakyat. Jangan sampai membebankan rakyat dengan tindakkan yang diambil.

    ReplyDelete
  5. hrp kerajaan membuat keputusan yang baik.

    ReplyDelete
  6. Tunggulah pendedahan lanjut esok.

    ReplyDelete
  7. Kalau nak naikkan tariff tu, jgn la terlalu tinggi ya...kesian kami ni rakyat susah, kais pagi makan pagi, kais petang malan petang....

    ReplyDelete
  8. Satu lagi berita yang membebankan hati dan kewangan rakyat jelata.
    Harap ia tidak naik dlam masa dua tahun ini.

    ReplyDelete
  9. Adakah keputusan ini meliputi negeri Sabah?

    ReplyDelete
  10. Ron 95, gas, letrik, gula, apa lagi yang tidak naik harga?
    Barang disebut atas merupakan keperluan harian, tidak pakai, susah.
    Tolong.....!!!

    ReplyDelete
  11. Kita doa agar tarif elektrik tidak naik.
    Kerajaan harus perihatin dengan beban yang dialami rakyat sekarang.

    ReplyDelete
  12. Buat masa ini bukan masa yang sesuai untuk menaikan tarif eletrik kerana pru bakal dijalankan tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  13. Berlubang lagi poket ku kalau tarif eletrik dibenarkan naik. Harap tidak naik.

    ReplyDelete
  14. kalau tarif elektrik naik, semua itu adalah jasa pembangkang yang tidak henti2 mendesak kerajaan menghapuskan subsidi IPP dan TNB..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.