Wednesday, May 25, 2011

Laman web Sony digodam di tiga negara

TOKYO - Syarikat Sony semalam menyatakan laman webnya di tiga buah negara telah digodam termasuk di Greece. Di Greece, sebanyak 8,500 akaun pengguna Sony telah terjejas.

Namun, syarikat itu menganggap data kad kredit pengguna telah dicuri penggodam.

Syarikat itu menyatakan bahawa pihaknya pada Ahad lalu mendapati berlaku satu perlanggaran kawalan keselamatan di laman Greek Sony Music Entertainment.

Ekoran gangguan itu, pihak syarikat tersebut bertindak segera dengan menutup perkhidmatan berkenaan.

Syarikat dari Jepun itu juga menyatakan bahawa satu muka surat di laman webnya di Indonesia juga telah dipinda.

Laman web muzik tersebut di Thailand juga tidak didapati mengalami masalah dan ia kemungkinan mengalami serangan pengodam untuk mencuri maklumat. - AFP

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.