Tuesday, May 31, 2011

Tarif Naik, Harga Makanan Turut Naik

http://koran.republika.co.id/images/news/2009/05/20090529150139.jpgHarga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng.

Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.

"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.

"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.

Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.

Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.

"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya. -mk

6 comments:
Write comments
  1. Kalau harga minyak dan tarif elektrik naik, mestilah benda-benda lain juga akan turut naik.

    ReplyDelete
  2. harap pekara ini sentiasa dipantau bagi mengelakkan rakyat terbeban.

    ReplyDelete
  3. makin byk yang naik ni. rakyat akan terus terbeban jika begini.

    ReplyDelete
  4. harap gaji pun naik juga..

    ReplyDelete
  5. Tidak hairan perkara ini akan berlaku. Memang lumrah hidup harga barang utama naik pasti akan menjejaskan harga barang lain.

    ReplyDelete
  6. harap pembangkang akan terus mendesak kerajaan menghapuskan subsidi IPP dan TNB..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.