PARA sasterawan dan karyawan tempatan khususnya penulis muda, mestilah menjadi pemangkin pembangunan negara dengan menghasilkan lebih banyak karya-karya yang kreatif dan bermutu untuk mencetus pembangunan minda.
Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, kematangan golongan sasterawan dengan menghasilkan tulisan dalam pelbagai bidang pembangunan negara seperti sains teknologi dan teknologi maklumat (IT) dapat membantu proses kematangan generasi berkenaan.
Katanya, tulisan-tulisan sedemikian juga dapat menimbulkan semangat dan kekuatan kepada generasi mendatang supaya lebih tabah dan berani dalam menghadapi dugaan dan rintangan masa akan datang.
''Sasterawan perlu bijak menghasilkan penulisan yang bukan sahaja berkisar tentang kehidupan masyarakat tetapi juga menghasilkan karya yang mencatat pembangunan dan kemajuan semasa bangsa dan negara,'' katanya ketika berucap merasmikan Sidang Penulis Muda Sabah di Dewan Besar Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini.
Jamawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom seterusnya berkata, golongan itu juga sepatutnya menghasilkan lebih banyak karya mengisarkan sejarah bangsa dan negara sendiri supaya ia dapat memandu generasi akan datang dalam mencapai dan mengekalkan kejayaan yang dikecapi sekarang ini menurut beliau penting kerana ada usaha pihak tertentu mengenepikan perjuangan tersebut hanya semata-mata untuk kepentingan peribadi mereka.
Untuk itu, katanya, karya penulis muda yang telah dihasilkan pada masa ini perlu dicatatkan (dicetak) bagi menghargai sumbangan penulis muda menyuburkan bidang kesusteraan tanah air melalui jangkauan pemikiran yang mereka miliki.
''Segala keindahan alam semula jadi, soal perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri, keunikan budaya dan sebagainya juga boleh dijadikan ilham dalam melahirkan kepelbagaian topik dalam berkarya,'' katanya.
Menurutnya, karya-karya seumpama itu penting dalam memberi gambaran jelas kepada masyarakat luar tentang keindahan budaya, adat resam dan juga nilai perpaduan rakyat pelbagai kaum di negeri ini yang perlu dipertahankan dan dikekalkan bagi memberikan kesedaran tahap keharmonian tersebut perlu dipertahankan pada masa akan datang dalam membina sebuah negara bangsa yang aman makmur dan terus maju.
Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID (sabahkini)
Saturday, July 30, 2011
HASILKAN BANYAK KARYA BERMUTU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
para2 sasterawan perlu lebih aktif dalam menghasilkan karya2 yang bermutu.
ReplyDeletePenghasilan karya yang bermutu adalah penting dengan skop tajuk yang lebih luas.
ReplyDeletePenulisan karya yang bermutu harus dijaga dengan baik agar ianya boleh dijadikan bahan rujukan pada masa akan datang.
ReplyDeleteBetul, hasilkan lebih banyak karya yang bermutu.
ReplyDeletelebih banyak karya bermutu akan menjadikan hasil penulisan lebih dihargai dan diminati.
ReplyDeletekarya2 yang dihasilkan biarlah memberi kesan yang positif kepada para pembaca.
ReplyDeleteSemoga berjaya kepada sasterawan dan karyawan negara kita.
ReplyDeleteKarya2 dalam bahasa tempatan lain seperti Bahasa Kadazan, Bajau, Murut dan sebagainya juga boleh dimartabatkan juga...
ReplyDeleteSabahan jugalah yang paling hebat dan berbakat.
ReplyDeleteTeruskan usaha dan pastikan karya yang bermutu terus dihasilkan.
ReplyDeleteitulah yang sepatutnya dilakukan oleh para sasterawan dan karyawan.. bukannya menggunakan bakat penulisan untuk menimbulkan provokasi, menghasut atau apa sahaja yang bertujuan untuk menjaga kepentingan sebelah pihak.
ReplyDeleteUsaha para sasterawan amat dihargai untuk menghasilkan lebih banyak karya yang bermutu tinggi and bersifat positif kepada masyarakat muda-mudi ini.
ReplyDelete