Isteri kepada salah seorang tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO), Dr D Jeyakumar, R Mohana Rani menyifatkan hanya selepas pemerintahan negara bertukar, barulah akta zalim seperti EO dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dihapuskan.
"Hanya itu sahajalah satu-satunya jalan untuk mengakhiri EO dan dan ISA. Tendang keluar kerajaan Barisan Nasional,"kata beliau dalam satu ceramah di Ipoh.
Dr D Jeyakumar yang merupakan ahli parlimen bagi kawasan Sungai Siput bersama lima yang lain ditahan semula mengikut EO selepas dibebaskan pada 2 Julai lalu.
Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".
Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Berdasarkan barangan yang dirampas mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).
Oleh itu mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.
Namun selepas dibebaskan, mereka kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana dikatakan terlibat dengan pihak luar dan telah diresapi anasir subversif.
Walau bagaimanapun, peguam kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Edmund Bon mencabar dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa enam anggota PSM itu ditahan di bawah EO berikutan dalam 37 afidavit yang diterima bagi tujuan permohonan habeas corpus menunjukkan, mereka ditahan hanya kerana mendalangi perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu.
Dalam pada itu, bercakap di pentas yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, EO merupakan satu undang-udang zalim yang begitu senang disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.
Justeru itu beliau mendesak akta tersebut dimansuhkan dan enam anggota PSM dibebaskan.
"Ini adalah kes politik. Dr Jeyakumar dan enam yang lain ditahan kononnya mengisytiharkan perang ke atas Agong. Adakah ia jenayah sebenar? Dr Jeyakumar dan enam yang lain mesti dibebaskan, angkat tangan anda (sebagai sokongan),"kata Kit Siang. -tvsnews
Tuesday, July 26, 2011
Kezaliman Berakhir Hanya Selepas BN Berkubur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tunggulah dan lihat apa macam bila PRU-13.
ReplyDeletekita lihat siapa yang lebih dipercayai oleh rakyat pada pilihanraya nanti.
ReplyDeletewajarkah mereka menggunakan Ordinan Darurat ni ke atas rakyat yang telah melaksanakan hak untuk bebas bersuara?
ReplyDeletepembangkang sering mengeluarkan propaganda bahwa BN itu Zalim, tapi bukankah selama ini kia hidup dalam keadaan aman.
ReplyDeleteSiapa suruh ikut kempen "Udah La Tu Bersaralah". Kan dah kena tangkap.
ReplyDeleteNama pun pembangkang. Memang mereka akan memburuk-burukkan kerajaan. Kalau pembangkang yang mengambil alih tampuk pemerintahan, belum tentu mereka boleh berlaku adil dan bersih juga. Cakap saja lebih.
ReplyDeletePembangkang sendiri yang mencari masalah selepas dikenakan tindakkan mengatakan BN zalim dan sebaliknya. Jangan hanya tahu menunding jari. Kalau BN zalim sudah lama Anwar dan ketua PR lain terkubur. Tapi kita sendiri dapat rasakan keamanan negara kita buat masa ini. Huru-hara cuma berlaku apabila Pembangkang yang melakukannya. Jadi siapa yang Zalim disini?
ReplyDeleterakyat pasti boleh menilai siapa yang zalim sebenarnya.
ReplyDeletekezaliman memang ada pada BN, hanya rakyat yang bijak menilai
ReplyDeleteThe opposition thinks that everyone is on their side.
ReplyDeletejust wait and see what the majority vote.
ReplyDeletelain kali kalau pihak berkuasa sudah keluarkan amaran, jangan la lawan. jangan bertindak melebihi undang2..
ReplyDelete