Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini membuat laporan polis berhubung pendedahan terdapat rakyat negara ini yang mempunyai dua kad pengenalan berbeza.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil kira-kira jam 11 pagi tadi.
Turut serta, penolong setiausaha, Kamaruzaman Mohamad, Pengarah Pilihan Raya, Mohd Sany Hamzan dan Exco, Suhaizan Kaiat.
Pada sidang media selepas itu, Khairul Faizi memberitahu kewujudan dua kad pengenalan pada seorang individu itu bukan sahaja akan membolehkan individu tersebut mengundi dua kali, malah boleh mengancam keselamatan negara.
"Kita nak polis buat siasatan benar atau tidak, berlaku pemberian dua kad pengenalan kepada seorang individu.
"Sekiranya benar berlaku kita nak pihak polis ambil tindakan kepada pegawai JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) ke yang terlibat melakukan penyelewengan ini," katanya.
Laporan polis itu adalah merujuk kepada dua kes yang berlaku melibatkan individu bernama Mariam Binti Su dan Murugan A/L Subramaniam yang disemak melalui web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mariam memiliki dua kad pengenalan baru berbeza iaitu bernombor 720616025472 dan 720610025738, tetapi mempunyai no kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510.
Sehubungan itu beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.
Dua nombor kad pengenalan baru Murugan pula adalah 731002025877 dan 731002025201 yang juga mempunyai dua kali hak mengundi.
Kes tersebut dedahkan Suhaizan dan mendapat respon daripada Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar seperti disiar oleh akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 dengan tajuk EC: Help us purge 'clones' from electoral roll.
Wan Ahmad antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.
Suhaizan dalam pada itu berkata, beliau yakin kes itu berlaku akibat kecuaian JPN itu sendiri yang telah mengeluarkan dua kad pengenalan baru daripada satu kad pengenalan lama.
Akibat dari itu katanya, SPR menerima data yang salah dari JPN sekaligus membenarkan seorang pemilih mempunyai hak mengundi lebih daripada sekali.
"Sebab itu saya kata pilihan raya di Malaysia ini ruang manipulasi terlalu banyak dan ianya mudah digunakan oleh mereka yang berkepentingan untuk memenangi pilihan raya," katanya.
Biometrik tak atasi undi lebih sekali
Mengulas penggunaan sistem biometrik oleh SPR pada pilihan raya akan datang, Suhaizan dengan tegas berkata ianya tidak praktikal buat masa ini.
Ia kerana memerlukan SPR membersihkan pengkalan data terlebih dahulu agar tidak diragui sebelum dilaksanakan.
Ianya juga perlu kepada pengkalan data sepusat agar semua tempat mengundi boleh mengakses pengkalan data pusat untuk mengesan sebarang pertindihan.
Sekiranya tiada pengkalan data sepusat, ianya akan mendedahkan kepada manipulasi pihak tertentu.
"Macam Mariam Binti Su, dia ada dua kad pengenalan. Maknanya dia boleh mengundi di dua tempat, dan melalui biometrik, Mariam Binti Su ini boleh mengundi di kedua dua tempat itu kerana mempunyai kad pengenalan yang sah," katanya. -HD
Tuesday, July 26, 2011
Pengundi Klon: PAS Buat Laporan Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagaimana ada 2 kad pengenalan? Hal perlu disiasat dan diberi perhatian serius.
ReplyDeleteEach M'sian just can get 1 identity card.
ReplyDeleteHarap perkara ini disiasat dan dijelaskan kepada rakyat.
ReplyDeleteSemoga perkara-perkara seperti ini dapat diselesaikan sebelum PRU-13 diadakan.
ReplyDeletehal ini perlu diambil perhatian dan disiasat. jgn biarkan wujud pengundi klon.
ReplyDeletesaya pasti masih terdapat individu lain di luar sana yang mempunyai dua kad pengenalan.
ReplyDeletesiapa agaknya pihak yang berada di sebalik pemberian dua kad pengenalan ini? takkan individu yang ada dua kad pengenalan ni pergi mengundi dua kali di tempat yang berbeza pada waktu pilihanraya kalau mereka memang tahu tentang undang2.
ReplyDeleteBersihkan senarai nama pengundi daripada pengundi hantu terlebih dahulu.
ReplyDeleteMacam mana sampai boleh ada dua kad pengenalan? Adakah ini dibuat dengan sengaja? Janganlah jadi pengkhianat negara.
ReplyDeletepekara ini perlu disiasat untuk mengetahui sama ada pekara ini benar atau tidak dan tindakan bersesuaian dapat diambil..
ReplyDeletekenapa individu yang mendapat 2 pengenalan kad ini tidak melaporkan kepada JPN pada awalnya?
ReplyDelete"Ianya juga perlu kepada pengkalan data sepusat agar semua tempat mengundi boleh mengakses pengkalan data pusat untuk mengesan sebarang pertindihan.
ReplyDeleteSekiranya tiada pengkalan data sepusat, ianya akan mendedahkan kepada manipulasi pihak tertentu."
ya, setuju dengan cadangan di atas!
JPN yang memainkan peranan dalam pengeluaran MyKad ini.
ReplyDeleteNot fair la if like that.
ReplyDeleteIt makes me wonder whether it is possible for Malaysia to have a clean and fair election..
ReplyDeletecuba jejaki semua individu yang mempunyai lebih dari satu kad pengenalan dan bawa kepada SPR atau JPN..
ReplyDeleteInilah salah satu sebab rakyat mengadakan perarakan Bersih lalu.
ReplyDeleteJangan biarkan pekara begini berlaku. Ia cuma mencemarkan kewibawaan SPR dan kerajaan.
ReplyDeleteJika pekara ini tidak ditangani dengan baik, ada alasan buat Bersih berhimpun lagi,
ReplyDeleteBersih tuntut agak senarai pengundi disenak semula dan dibersihkan. Ada sebabnya. Pekara atas antara tuntutan mereka.
ReplyDeleteKeraguan rakyat dapat dihilangkan sekiranya SPR menuruti kehendak rakyat membersihkan senarai pengundi.
ReplyDeleteJangan abaikan kesilapan ini. Selesaikannya dengan segera.
ReplyDeletePerkara sebegini perlu disiasat dengan teliti sebelum perkara yang lebih teruk mengancam ketenteraman rakyat. Siapakah yang bertanggung jawab diatas perkara sedemikian? Cara penyelesaian? Langkah mencegah perkara tersebut berulang?
ReplyDelete