Tuesday, January 13, 2015

Benarkah kes Altantuya satu konspirasi?

Dia dibunuh kejam pada 2006.

Kini, selepas hampir sedekad, dua bekas anggota polis dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan, sekali gus menjadikan kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan Altantuya Shaariibuu sampai ke penghujungnya.

Tetapi adakah kes melibatkan warganegara Mongolia itu benar-benar berakhir?

Daripada kes di Mahkamah Tingi Shah Alam yang mendapati Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar bersalah, kemudian keputusan sebaliknya di Mahkamah Rayuan kepada hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan, terdapat satu perkara yang sukar difahami – motifnya.

Mahkamah tidak menyatakan alasan berhubung tindakan mereka, yang bertugas dengan unit khas ketika itu, membawa Altantuya ke dalam hutan dan meletupkannya.

Sebuah lagi persoalan penting berhubung panggilan telefon yang dilapor dibuat oleh Azilah daripada tapak kejadian. Dengan siapa sebenarnya beliau bercakap?

Dan sekarang Sirul sendiri hilang dan dikatakan berada di luar negeri.

Selain itu, kes berbelit-belit itu juga mencipta kejutan apabila dikaitkan dengan kes pembelian kapal selam ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Polis telah membersihkan nama Najib manakala orang kepercayaannya Abdul Razak Baginda, yang mengaku mempunyai hubungan dengan Altantuya, dibebaskan daripada tuduhan bersubahat.

Ketidakhadiran Sirul di mahkamah hari ini membuka sebuah lagi 'teori konspirasi', dengan ada yang percaya bahawa dia mungkin akan membongkar sesuatu.

-mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Benarkah kes Altantuya satu konspirasi? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx