Thursday, January 15, 2015

Bodi Pesawat Air Asia QZ8501 Ditemui

Selepas kejayaan menemui dan mengangkat keluar "Black Box" penerbangan QZ8501 AirAsia, kini badan utama atau fiuslaj pesawat berkenaan telah pun ditemui oleh kapal Singapura MV Swift Rescue di dasar laut ketika operasi pencarian mengesan bahagian itu dilakukan.

Penemuan itu disahkan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen melalui laman sosial Facebooknya sebentar tadi.

Laporan berkenaan turut disusuli dengan gambar bangkai pesawat itu dengan tulisan “Now Everyone” yang biasa tertulis di badan sebuah pesawat AirAsia.

Semalam, Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) memaklumkan bahawa badan pesawat berkenaan masih belum lagi ditemui menafikan laporan awal bahawa mereka sudah pun menemui bangkai utama pesawat itu.

Pasukan mencari yang terdiri daripada beberapa buah negara termasuk Malaysia dan Singapura kini berusaha keras membantu Indonesia mengesan bangkai utama atau fiuslaj pesawat itu kerana dipercayai banyak mayat masih terperangkap di dalamnya. Gb

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.