SAAT PKR sudah hampir memutuskan siapakah calon mereka untuk pilihan raya kecil P94 Hulu Selangor 25 April ini, UBN masih lagi menemui berbagai bomoh untuk menentukan siapakah kalangan mereka paling layak. PKR yang bersidang hari ini katanya sudah pun memutuskan calon mereka. Tilikan utama UBN ialah bagi menentukan parti manakah bakal mewakili mereka. Apakah MIC ataupun Umno?
Berbagai bomoh, Siam, Jawa, Banjar dan Minang sudah didatangi oleh wakil-wakil UBN. Nampaknya sukar juga bomoh untuk menentukan parti manakah paling layak.
Ada bomoh mengatakan kalau bukan calon dari MIC, bukan senang untuk UBN menang. Boleh jadi 19 peratus pengundi India sebahagian besarnya akan memulau pilihan raya berkenaan kalau pun tidak akan memberi undi kepada PKR. Tindakan sebegitu oleh pengundi India akan memarahkan keadaan UBN.
Manakala bomoh lain pula menilik kalau diberikan kepada MIC, apa lagi kepada G Palanivel seperti mana dicadangkan Samy Vellu, kemungkinan pula orang Melayu akan memboikot calon UBN itu. Kekalahan UBN menerusi Palanevil dalam pilihan raya umum lalu kerana kemungkinan ianya diboikot oleh orang-orang Melayu dijadikan iktibar.
Fakta ini jelas sekali apabila dicampur undi yang diperolehi ketiga calon UBN di kerusi DUN di kawasan Parlimen itu pada pilihan raya lalu ternyata ia melebihi undi yang diperolehi G Palanivel. Kerana kekurangan itulah menyebabkan calon PKR, Allahyarham Dr Zainal Abidin Ahmad menang dengan majoriti 198. Perbezaan undi UBN untuk parlimen dengan kerusi Dun ialah sebanyak 3,087 undi. Palanevil mendapat, 22,979 manakala tiga calon UBN di ketiga kerusi mendapat, 26,264. Sementara undi yang diraih Dr Zainal ialah 23,177.
Berdasarkan kepada kenyataan itu menyebabkan UBN takut untuk mencalonkan semula Palanevil. Walaupun pilihan raya kecil berbeza suansana dan moodnya dan UBN mempunyai banyak advantage namun UBN tidak mempercayai suasana itu akan mudah berpihak kepada mereka. Dalam keadaan UBN ingin memenang kerusi berkenaan sebagai hadiah genap setahun Najib Razak menjadi PM, mereka memerlukan perhitungan yang teliti dan kemas.
Justeru, para bomoh tidak dapat membuat kesimpulan berhubung parti manakah paling layak untuk diberikan peluang pada 25 April nanti. Sementara di bawah pula sudah berlaku kempen mengempen untuk menaikkan calon masing-masing. MIC sudah menggerakan kempennya untuk mendapatkan kerusi berkenaan. Sikap Samy Vellu yang awal-awal lagi menyerahkan nama calonnya adalah sebagai perasmian kempen oleh masyarakat India (MIC). Begitu juga dengan Umno.
Sepanduk dan kain rentang yang dipasang di beberapa tempat di Hulu Selangor memberi mesej yang mereka mahukan kepada bekas MB, Muhammad Mohd Taib itu. Penobatan kepada Muhammad taib itu memberi gambaran Umno mahukan kerusi berkenaan. Salah seorang bekas pemimpin Umno bahagian itu juga secara lantang menyatakan kerusi berkenaan sepatutnya diberikan kepada Umno kerana parti itu sudah 'kehilangan' kerusi berkenaan selama 53 tahun.
Yang lain pula dengan nada sedikit lunak mahukan kerusi berkenaan digilir-gilirkan. Namun natijah kepada pandangan dan cadangan itu semua ialah Umno mengidamkan kerusi berkenaan.
Muhyiddin Mohd Yassin yang diberi tugas memikul jentera UBN dalam pilihan raya itu menyebut kemungkinan besar calonnya dari MIC. Kenyataan itu agak berbeza dengan suara akar umbi Umno dan ia semacam menyanggah arus. Namun MIC tidak boleh berharap sangat kepada kenyataan Muhyiddin itu. Mungkin strategi Muhyiddin untuk mengusik sentimen orang Melayu di Hulu Selangor. Mahu uji sejauh mana mereka mahukan kepada kerusi berkenaan. Atau juga mungkin Muhyiddin ingin memberi signal kepada Muhammad Taib, bahawa Muhyiddin tidak berapa gemar kalau Muhammad Taib kembali ke dalam gelanggang.
Muhyiddin dan Muhammad Taib ada sejarah tersendiri dalam Umno. Ingat, Muhammad adalah calon tunggal yang menentang Muhyiddin untuk jawatan Timbalan Presiden dalam Umno. Bagi Muhyiddin beliau harus menjaga kelestarian politiknya lebih dahulu daripada menjaga keletarian politik Umno. Muhyiddin tahu kalau Muhammad Taib kembali ke dalam Parlimen menyebabkan beliau akan tercabar untuk tiga atau empat tahun akan datang. Ini dihitung secermat mungkin oleh TPM dan menteri pelajaran itu.
Bagi Muhyiddin pilihan raya kecil Hulu Selangor memberi peluang kepadanya membunuh kerjaya Muhammad Taib yang tersisa itu. Muhyiddin sanggup mematahkan harapan Melayu Hulu Selangor demi menjaga survia politiknya. Muhyiddin tidak perlu pedulikan Melayu Hulu Selangor kerana beliau perlu menjaga kelangusangan dan ketenangan musim politiknya.
Melihat ini saya merasakan tidak mudah untuk Umno mengembalikan semula Muhammad Taib ke dalam gelanggang walaupun peluang UBN untuk menangi pilihan raya itu lebih besar kalau diletakkan bekas MB Selangor itu. Kedudukan Muhammad Taib hari ini samalah dengan kedudukan Mohd Isa Samad di kerusi Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Walaupun Mohd Isa sudah disalut lemak dan sudah kemandulan politik namun kerana peluang cerah UBN dengan meletakkan Mohd Isa, UBN tidak kira sama ada Mohd Isa mandul atau monopouse tetapi Isa diletakkan juga sebagai calon. Ternyata strategi itu tidak sia-sia.
Apakah UBN akan melakukan hal yang sama?
Di kalangan Umno setakat ini tidak ada nama lain yang diketengahkan, kecuali Muhammad Taib. Ini menunjukkan kalau UBN bersedia mengkhianati hati MIC, Muhammad Taib adalah pilihan tepat. Dari konteks UBN, mereka harus mengenepikan dahulu agenda politik Muhyiddin kerana kemenangan yang utama. Dalam hal ini Najib akan membuat keputusan dan Muhyiddin akan mengumumkannya.
Apa yang berlaku di Bagan Pinang akan berlaku di Hulu Selangor. Muhyiddin yang menunjukkan sikap kurang menyokong Mohd Isa, akhirnya dipaksa untuk mengumumkan Muhammad Taib?
Saya tidak mahu mengulas sejauh mana kedudukan pengundi India di Hulu Selangor nanti kalau UBN mencalonkan Muhammad Taib. Ada bomoh mengira akan berlaku pemboikotan besar-besaran kalau Umno tidak diberi peluang dan begitu juga kalau MIC dinafikan hak. Namun saya tidak fikir begitu. Kuasa politik, projek di dalam piliahan raya kecil sangat besar. Pengundi akan berubah tekad dan itqan apabila disogokkan semua itu. Feonomen ini menunjukkan bahawa pemimpin yang di pilih menerusi undi itu bukan yang sejati melainkan pemimpin palsu yang naik kerana wang dan kebendaan.
Buat sementara saya yakin UBN akan mencalonkan tokoh dari Umno tetapi belum pastikan apakah orang itu Muhammad Taib? Alasannya lain kenapa UBN akan memberi kepada Umno kerana kemampuan MIC untuk mengawal anggotanya, dan juga bimbang kepada sikap pengundi Melayu yang sudah dicerminkan dalam pilihan raya umum lalu yang tidak memberi undi kepada Palanevil
http://msomelayu.blogspot.com/
Sunday, April 4, 2010
Bomoh Belum Tentukan Parti Mana Wakilkan UBN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.