Saturday, April 10, 2010

PATI IC PROJEK KINI MENJADI 'RAJA' DI TANAH ADAT?

PENDATANG tanpa izin yang mendapat kad pengenalan projek bukan sahaja berani menjadi Ketua Cawangan UMNO, malah merampas tanah adat dan bersubahat dengan Penolong Pemungut Hasil Tanah untuk mendapat geran hak milik ke atas tanah adat yang diceroboh.

Seorang pewaris tanah adat, Ninah Binti Gaya, 34, memaklumkan beliau tidak pernah menyangka tanah adat peninggalan arwah ayahnya, Gayah Bin Mansur di Kampung Silam telah diceroboh dan cuba dirampas Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood, Haji Wahab Bin Nonong.


LAPOR.... Ninah (kanan) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat sebelum ini namuntidak diambil tindakan oleh polis memaksa Ninah membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Daerah Lahad Datu. Manakala suami Ninah memegang surat keputusan penyiasatan tanah yang memberi hak kepada Wahab untuk mendapat sebahagian tanah adat yang diusahakan keluarga Ninah.


“Menurut bapa saudara saya, tanah ini adalah tanah adat kerana kami pohon atas geran NT apabila salah seorang pemohon asal, Allung Laedin tidak lagi berminat atas tanah yang diteroka dan menjual bahagiannya kepada bapa saya,” ujar Ninah yang mendakwa PT79114519 yang dipohon oleh bapanya telah dibatalkan sedangkan Allung telah menyerahkan bahagiannya PT 72111313 kepada arwah bapanya.

Kata Ninah, Wahab yang sebelum ini menumpang di tanah arwah bapanya telah menggunakan surat kuasa palsu untuk memperdaya Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu kerana beliau memohon tanah tersebut melalui PT 89110399 menggunakan pelan tanah yang diduduki keluarga Ninah selama ini; sedangkan pada dasarnya Wahab memohon kawasan lain.

“Saya terkejut kerana Kerajaan mengeluarkan Geran Draf CL 115403640 atas nama Wahab Bin Nonong di atas tanah adat yang kami duduki sejak 1950-an lagi, walaupun beliau hanya menumpang tanah adat milik keluarga kami,” ujar Ninah yang kesal kerana kecuaian Jabatan Tanah dan Ukur mengeluarkan geran draf berkenaan.

Setelah dibantah mengikut Seksyen 15, Ordinan Tanah Sabah, Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu, Awang Fauzi Bin Awang Tahir telah memanggil Ninah dan Wahab ke Pejabatnya pada 5 Mei 2009 untuk menyelesaikan bantahan tersebut dengan memerintah tanah tersebut dibahagi sama rata dengan Ninah.

PPHT juga mengarahkan agar geran draf CL 115403640 yang telah dikeluarkan atas nama Wahab Bin Nonong dibatalkan selaras dengan Seksyen 88, Bab 68, Ordinan Tanah Sabah.

“Bagaimana boleh dibahagi dua sedangkan Wahab tidak berhak ke atas tanah ini kerana adik beradik saya ramai. Keputusan ini tidak adil dan saya percaya berlaku amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang begitu ketara sehingga Wahab diberikan geran draf yang hampir melupuskan hak kami jika saya tidak membuat bantahan,” ujar Ninah yang mendapat perintah mentadbir harta pusaka arwah ayahnya daripada Mahkamah Syariah Tawau.

Tegas Ninah, PPHT tidak berhak untuk menentukan pertikaian dan memutuskan tanah adat berkenaan diserahkan kepada pemohon lain yang tidak ada kena mengena dengan keluarganya.

Sehubungan itu, Ninah mendesak agar Pengarah Tanah dan Ukur campurtangan untuk menyelesaikan pertikaian tanah tersebut dan polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap Wahab Nonong kerana menceroboh tanah adat keluarganya.

Ninah turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana Wahab boleh mendaftar permohonan tanah dan diberikan kelulusan di atas tanah adat yang diduduki keluarga sejak zaman colonial sehingga kini.

Bagi menegaskan tindakan beliau, Ninah telah menghubungi peguamnya dan membuat laporan polis, LDD/RPT/1777/10 pada jam 11.20 malam, 17 Mac 2010 dan mendakwa bahawa;

“PADA jam lebih kurang 4.30 petang bertempat di rumah Taman Kafoh, No.10, Jalan Segama Lahad Datu, saya dimaklumkan oleh bapa saudara saya, Hj Aspala Bin Sahiran bahawa tanah yang kami duduki seluas lebih kurang 15 ekar adalah tanah adat yang telah diusahakan oleh bapa saya. Sebagai pewaris yang sah yang mendapat perintah pentadbir harta pusaka Gayah Mansur, saya datang ke balai membuat laporan agar Polis di-Raja Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan dibawah undang-undang jenayah terhadap sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau bersubahat sehingga kerajaan mengeluarkan geran draf CL 11543640 kepada Hj Wahab Bin Nonong No kad pengenalan H0568477 secara tidak sah, culas dan bercanggah dengan Ordinan Tanah Sabah. Laporan ìni juga dbuat terhadap Hj Wahab Bin Nonong kerana telah menceroboh tanah adat milik keluarga saya dengan menebang beberapa pokok dan menanam kelapa sawit di atas tanah yang telah diceroboh. Laporan ini juga dibuat terhadap Ketua Polis Daerah Lahad Datu kerana gagal mengambil tindakan di bawah undang-undang jenayah terhadap Hj Wahab Bin Nonong kerana telah mengugut untuk membakar rumah yang kami duduki sejak 39 tahun lalu jika kami tidak keluar daripada tanah berkenaan; walaupun saya telah membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu melalui LDD/PRT/584208 pada 7 Oktober 2008. Laporan ini juga dbuat terhadap Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu, Awang Fauzi Bin Awang Tahir kerana telah memberikan sebahagian tanah adat tersebut kepada Hj Wahab Bin Nonong melalui pembicaraan tanah melalui surat LE 46/2008/(18) bertarikh 5 mei 2009; sedangkan beliau tahu bahawa Hj Wahab tidak berhak ke atas tanah berkenaan.”

Dalam pada itu, Siasatan Sabahkini.net mendapati Wahab adalah pendatang haram Filipina yang mendapat kad pengenalan projek bernombor H0568477 dan kini memegang Mykad 400103-12-5117 merupakan Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood dan pemilih berdaftar di Kampung Silam, daerah mengundi Sapagaya, Lahad Datu.

Wahab menggunakan pelbagai nama sebelum mendapat kad pengenalan dan pernah bekerja dengan Pacific Hardwood. Menurut rekod surat nikah adik kandungnya, Siti Nohi Bin Upau, nama Wahab dicatatkan sebagai Kowon Bin Upau dan pernah menggunakan beberapa nama seperti Konong, Nonong dan kini menggunakan salah satu daripada nama Tuhan, ‘Wahab’ (sewajarnya ada Abdul sebelum namanya).


ADIK..... Adik Wahab Nonong bernama Siti Nuhi Upau masih memegang IMM13 IP-12071-3076 berlatar belakangkan rumah Wahab.

Sehingga kini adik Wahab, Siti Nuhi Upau masih memegang IMM13 sedangkan Wahab yang datang bersama adiknya telah mendapat kad pengenalan projek dan berlagak sebagai ‘Raja Tanah’ setelah menjadi Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood.

Pejabat Imigresen Lahad Datu yang berdiam diri selama ini mempunyai rekod Wahab namun belum bertindak kerana Wahab menjadi penyokong kuat Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur; melainkan jika Jabatan Imigresen disapena ke Mahkamah untuk memberi keterangan siapa Wahab sebenarnya dan bagaimana beliau boleh mendapat kad pengenalan projek dan merampas tanah adat milik Anak Negeri Sabah.

Penduduk tempatan di Silam hairan kenapa Polis gagal memberkas Wahab yang melakukan jenayah menceroboh tanah dan mengugut untuk membakar rumah Ninah sedangkan laporan polis dibuat?

Oleh: MUHAMMAD HAIKAL HALIM (sabahkini)

4 comments:
Write comments
  1. rakyat haruslah diberi taklimat mengenai dengan status tanah mereka untuk mengelak perkara seumpama berulang (peranan PBT)...kerajaan (jentera pelaksana) juga seharusnya memainkan peranan dengan lebih aktif yang membabitkan isu2 seumpama...kualiti sistem penyampaian maklumat juga haruslah ditingkatkan bagi mengelak daripada timbul rasa tidak puas hati di kalangan rakyat...konsep 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' haruslah diterapkan secara efektif dalam pentadbiran kerajaan...

    ReplyDelete
  2. kita sebagai rakyat sabah haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara ini berlaku. jika perkara ini dibiarkan kita sebagai orang tempatan akan hidup merempat ditempat sendiri. oleh itu kita haruslah sama-sama menbentung perkara ini.

    ReplyDelete
  3. pendatang asing merupakan masalah isu yang relah lama berlaku di sabah. isu ini tidak pernah selesai malah ia menjadi semakin menjadi-jadi, kita sebagai rakyat sabah haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengelakkan perkara ini berlaku. jika perkara ini dibiarkan kita sebagai orang tempatan akan hidup merempat ditempat sendiri. oleh itu kita haruslah sama-sama menbentung perkara ini. pihak kerajaan dan orang awam haruslah bekerjasama.

    ReplyDelete
  4. Habislah kena berak bah!!

    aduhai..!!

    admin_sakit perut dengar ni isu sampai terkentut-kentut ketawa bah huhuhu...

    By :- Admin

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.