Sunday, April 4, 2010

Polis buru pencuri atau mangsa?

KESUNGGUHAN Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim mengarahkan Pegawai Kanannya menjalankan siasatan rapi berhubung kes pelacuran yang disiarkan NTV7, amat membanggakan rakyat Sabah sekalipun kelihatan seolah-olah diarah oleh ‘Kuasa Ghaib’ yang menafikan ketepatan laporan NTV7.

Polis Sabah amat sinonim dengan bidalan bagaikan ‘penyamun menangkap pencuri’ seringkali melakukan amalan sonsang dengan menyiasat mereka yang membuat laporan dan membiarkan ‘penjenayah’ lepas bebas untuk merasuah polis bagi menutup kes berkenaan.



Walaupun dikatakan bagi memenuhi Standard Operation Prosedur (SOP), namun SOP yang dilakukan polis lebih kepada ‘menghukum dan memaksa mangsa’ mengaku salah atau ‘menutup kes’ yang dilihat sebagai mengkhianati amanah jabatan yang mendapat tauliah ‘Di Raja’.

Sabahkini.net, salah satu portal yang sering dimangsakan polis kerana laporan yang tepat dan sarat dengan bukti namun disifatkan sebagai ‘Fitnah’ oleh Polis Sabah yang gemar menjatuhi hukuman sebelum dihadapkan ke Mahkamah Undang-Undang.

Sebelum ini dilaporkan Polis Sabah begitu tekun menjalankan siasatan terhadap Editor Sabahkini.net berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh adik Datuk Seri Shafie Apdal, Hamid Haji Apdal berhubung artikel beliau mengenai Tun Sakaran Dandai; yang disifatkan cuba menutup latar belakang Tun Sakaran yang berasal daripada Indonesia dan mendapat kerakyatan Malaysia secara 'songsang.'

Lazimnya, jika seseorang ‘mangsa’ merasakan beliau difitnah, maka beliau hanya perlu membuat laporan polis dan membawa kes berkenaan ke Mahkamah; namun dalam kes Tun Sakaran, polis telah menyalahguna kuasa mereka dengan menyiasat Mutalib M.D sedangkan ‘penjenayah’ sebenar ialah Tun Sakaran yang telah memalsukan keterangan diri untuk membolehkannya menjadi Adun, Menteri, Ketua Menteri dan Yang Di Pertua Negeri Sabah.

Begitu juga dalam kes Tingkayu, para penulis Sabahkini.net sentiasa diburu dengan ancaman dan ugutan pegawai kanan polis; sedangkan penjenayah sebenar bebas dan terus melakukan jenayah di Tingkayu tanpa sebarang ‘halangan’ daripada Jabatan Siasatan Jenayah yang diketuai oleh seorang berpangkat ASP tetapi lebih berkuasa daripada DSP.

Kenapa Datuk Noor Rashid tidak menangkap Mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang secara terang dan tanpa berselindung mengatakan; 40% polis Malaysia boleh ditangkap tanpa bicara kerana mereka terlibat dengan rasuah! Bukankah ini satu ‘Fitnah’?

Dalam pendedahan terbaru berhubung Skandal GRO dan Pelacuran di Labuan, Datuk Noor Rashid tidak berminat untuk mengarahkan pegawainya menjalankan kajian kerana Labuan, mungkin kerana Labuan bukanlah kawasan Ketua Menteri Sabah.

Senario ini agak mengejutkan kerana pihak berkuasa menutup mata berhubung pendedahan Sabahkini.net; terutama penglibatan seorang tokoh politik PBS, Peter, menjadi agen untuk menguruskan kemasukan dan menjamin lebih 1,000 orang GRO Filipina sebagai ‘Pelayan’ tetapi menjalankan tugas sebagai ‘Pelacur’ di semua pusat hiburan di Labuan.

Polis turut memainkan peranan menukarkan Labuan daripada Pusat Pelancongan dan IOFC kepada ‘Pusat Pelacuran‘ atau ‘Little Manila’ kerana gagal mengambil tindakan dan menguatkuasa undang-undang.

Sampai bilakah Polis Sabah akan mengamalkan SOP yang betul dan tidak sesuka hati menahan pembayar cukai tanpa reman dan menjatuhi hukuman sebelum di hadapkan ke mahkamah?

Anehnya, Polis Lahad Datu yang mendapat ranking ke-5 terbaik di seluruh Sabah takut untuk menangkap dan mendakwa seorang lelaki asing yang mendapat kad pengenalan projek walaupun laporan polis dan doktor telah diserahkan kerana mencederakan seorang pekerja wanita tempatan di khalayak ramai?

Rata-rata warga Lahad Datu bertanya, apakah Lahad Datu mengamalkan 'Bebas Tangkapan' bagi penjenayah sehingga rakyat beranggapan tidak guna lagi membuat laporan polis disebabkan penjenayah boleh melarikan diri ke Indonesia atau Filipina sebelum polis membuat siasatan atau tangkapan?

Oleh: HAFIZ JAMAIL (sabahkini)

1 comment:
Write comments
  1. Diharapkan Pihak polis Malaysia akan meningkatkan usaha mereka untuk mengawal keamanan dan juga menegak keadilan bagi rakyat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.