Inilah konsep yang selalu digunakan oleh pengamal SkimCepat Kaya
untuk memperdaya orang ramai.
Mereka berselindung disebalik kononnya konsep MLM. Konsep seperti di atas TIDAK DILULUSKAN oleh Kerjaaan Malaysia.
DENVER (Amerika Syarikat): Seorang lelaki yang menganjurkan skim piramid bernilai AS$71 juta ($92 juta) dan menipu berpuluh pelabur, termasuk bekas bintang National Football League, John Elway, dijatuhi hukuman penjara 40 tahun.
Sean Michael Mueller dijatuhi hukuman maksimum itu kerana kesalahan mencuri, menipu dan menjalankan kegiatan haram.
Bekas pengurus dana berusia 42 tahun itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut bulan lalu.
Pasukan pendakwa berkata persetujuan pengakuan itu membabitkan pemulangan wang AS$65.46 juta.
Menurut pihak berkuasa, 65 individu melabur AS$71 juta dengan syarikat itu dalam tempoh 10 tahun tetapi ia hanya memiliki aset bernilai AS$9.5 juta dan hutang berjumlah AS$45 juta pada April lalu.
Elway memberitahu mahkamah bahawa beliau dan seorang rakan niaga memberi Mueller AS$15 juta pada Mac lalu. -- AP.
Thursday, December 9, 2010
Dalang skim piramid mewah dijel 40 tahun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.